Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Downgrade taraf kehidupan bukan bermaksud kita gagal, lemah atau telah tewas… ia bukti kita sudah semakin matang dan tahu membuat keputusan dan mengetahui keutamaan dalam kehidupan.
Menurunkan taraf hidup memang susah, terutama bila kita sudah terbiasa dengan zon selesa.
Contohnya, individu A telah membeli kereta jenama C untuk keselesaan diri dan demi untuk mendapatkan perhatian keluarga. Kemudian beliau sedar, bayaran bulanan kereta itu sangat membebankan perbelanjaan bulanan
Beliau pun buat keputusan untuk jual kereta tersebut dan membeli kereta jenama tempatan yang ada spek hampir sama. Dengan downgrade kenderaan beliau telah berjimat lebih RM1500 setiap bulan!
Jangan malu untuk ‘downgrade’ kehidupan. Ini beberapa manfaatnya:
Kurang Beban Kewangan: Lebih banyak wang untuk disimpan dan dilaburkan.
Kesihatan Mental Lebih Baik: Kurang tekanan dan kebimbangan.
Fleksibiliti: Lebih mudah menyesuaikan diri dengan perubahan.
Kualiti Hidup: Fokus pada perkara yang benar-benar penting.
Fokus Pendidikan: Lebih banyak sumber untuk belajar dan meningkatkan kemahiran.
Hubungan Keluarga Erat: Masa dan perhatian lebih untuk keluarga bukan untuk membayar hutang!
Bersedia untuk Masa Depan: Simpanan lebih baik, siap hadapi cabaran.
Jangan takut untuk ubah cara hidup demi kebahagiaan jangka panjang!
Sumber: PHM
Agreed...Sebab tu org kata sederhana itu lebih baik...kan? =)
ReplyDeleteBetul tu.
DeleteKadang bila kita dah sampai satu tahap tu, kita rasa yg simple², yg biasa² pun dah lebih dari cukup sebenarnya.
ReplyDeleteSaya sedang merasainya. Hidup ringkas lebih tenang, daripada pening kepala tiap-tiap bulan.
DeleteBetul, saya setuju. Tak malu pun.. yang penting rasa bahagia.
ReplyDeleteHidup aman sejahtera.
DeleteYang penting sederhana dan seimbang
ReplyDeleteYaaa... kita pilih tengah-tengah je haa, lebih selamat.
Delete