Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Probiotik adalah bakteria yang baik yang menghuni usus kita. Probiotik memainkan pelbagai peranan dalam badan kita seperti membantu menghadam makanan yang tidak dapat diurai secara cekap, meningkatkan metabolisme badan dengan mengekstrak lebih banyak tenaga daripada nutrien makanan, menghasilkan vitamin B, menyingkirkan toksin, dan membantu mengekalkan kesihatan usus kita.
Makanan kaya probiotik sebahagian daripada diet harian, termasuklah produk makanan tradisional kita yang ditapai seperti;
- Tempe
- Tapai Ubi Tempoyak
- Acar Timun
- Budu
- Cencaluk
“Anda harus berterusan menambah bakteria baik dalam usus anda untuk mengekalkan mikrobiota usus yang seimbang.” - Profesor Madya Dr Raja Affendi Raja Ali adalah Pakar Perunding Perubatan dan Gastroenterologi.
Peminat makanan yang kaya dengan probiotik,
Sharhanah
Alhamdulillah, ldy makan semua kecuali cencaluk.. xpandai makan..
BalasPadamLama saya tak makan cencaluk
PadamTempe tu uncle suka lah!
BalasPadamGoreng pun sodapp
PadamWah, bagusnya perkongsian ini.
BalasPadamSaya selalu makan yang disebut tu tapi tapai ubi jarang pula ada di tempat saya. Tapai pulut boleh kot.