Biskut Raya Yang Terakhir...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Syawal dah lama tinggalkan kita. Rumah siapa yang masih ada biskut raya? Sila komen sikit kat bawah.

Biskut Bangkit Cheese Perisa Koko.
Tu, tinggal 5 ketoi je lagi tak habis-habis. Tanya anak, kenapa tak habiskan? Diorang jawab, rasa macam makan tepungπŸ˜….

Yang perisa original dah lama arwah. Tak sempat hujung Syawal. Ramai tetamu yang suka. Termasuk saya. Tapi, yang ini... Slow melow jenuh nak habiskan.

Biskut ni antara biskut yang diberi oleh majikan saya. Ada 4 balang pelbagai jenis. Semuanya sedap. Yang satu ni je kurang sambutan. Ikut-ikut banyak ketoi lagi yang tinggal. Masa mak ada di rumah saya, mak yang rajin makan. Seketoi-seketoi mak ambil setiap hari. Tapi, mak dah balik.

Ni kalau tak habis juga, boleh bawa ke Raya Haji.

Sharhanah

7 comments:

  1. Ada sikit lagi tart blueberry dan kuih gunting. Memang sengaja tinggalkan selalunya habis Syawal mula teringin biskut. Hihi

    ReplyDelete
  2. Tinggal sebiji dua kuih samprit dan kuih sampan.

    ReplyDelete
  3. masih ada, walaupun x beli tetap ada sebab adik beradik yg bagi..

    ReplyDelete
  4. Betul2... convert jadi kuih raya haji pulak! haha

    ReplyDelete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...