Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Maksud Aqiqah ialah *binatang ternak (Al-An'am) yang disembelih sempena kelahiran bayi. Hukumnya adalah sunat muakad dan wajib jika bernazar.
Dalil Naqli Aqiqah
Daripada Samurah bin Jundub meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya;
Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya, maka pada hari ketujuh disembelih haiwan, diberi nama dan dicukur rambutnya (Riwayat At-Tirmizi)
Binatang ternak yang disyaratkan aqiqah:
- Unta
- Kambing
- Kerbau
- Biri-biri
- Lembu
Syarat Sah Aqiqah
- Berniat Aqiqah
Berniat Aqiqah ketika binatang disembelih.
- Masa Perlaksanaan
Setelah bayi dilahirkan.
- Cukup Umur
Unta: 5 tahun dan ke atas.
Lembu atau kerbau atau kambing: 2 tahun dan ke atas.
Biri-biri: 1 tahun atau sudah bersalin gigi hadapan setelah berumur 6 bulan.
- Sifat Al-An'am
Perkara Sunat Aqiqah
- Berdoa semasa hendak menyembelih (Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada Mu. Ini aqiqah ....nama anak)
- Menyembelih ketika matahri sedang naik.
- Melakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran.
- Tidak dipatah-patah tulang binatang semasa memotong daging kecuali mengikut sendi-sendinya.
- Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan. Memberikan nama yang baik kepada bayi.
- Bersedekah dengan emas atau perak seberat rambut bayi yang telah dicukur.
- Sunat dimasak dengan masakan manis dan disedekahkan sesudah dimasak.
- Masakan itu afdhal disedekahkan kepada orang miskin.
- Masakan itu juga sunat dimakan oleh orang yang beraqiqah.
- Menzahirkan kesyukuran kepada Allah atas kurniaan cahaya mata.
- Menghebahkan berita kelahiran supaya tidak timbul prasangka.
- Menyuburkan sifat pemurah dan menjauhi sifat bakhil.
Alhamdulillah. Semua anak abe kie telah selamat diaqiqahkan.
ReplyDeleteAlhamdulillah.
DeleteDengan aqiqah juga golongan miskin mendapat rezeki
ReplyDeleteBetul. Klau tak, time perayaan besar je baru orang miskin dapat merasa makan daging segar.
Delete