▼

Kiko Menjerit!

 Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Tadi santai-santai di ruang tamu, dengar bunyi kucing menjerit kuat. Waktu tu suami nak pergi keje. Aku ingat kucing Oren bergaduh nak merebut awek. Rupanya suara Kiko. Ya, Allah! Terus aku rasa seram sejuk. 

Orang Perempuan Bila Dia Sedar Dia Makin 'Menua'....

MENITI SENJA... Perjalanan pulang ke rumah selepas hantar anak ke asrama

1. Mula pakai baju longgar. Dia tahu batang tubuh adalah aurat. Malu rasa nak pakai ketat-ketat. Segan rasa nak kenakan yang sendat-sendat. Dia sendiri akan sedar pakai longgar-longgar pun cantik juga.

Demi Masa Depan


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sekarang asal petang jer hujan,  rezeki FP agak kurang. Syukur juga jiran-jiran dan cikgu-cikgu ada yang order karipap pusing. Yer la, makan hujan-hujan sedap kot. Hehehe. Kadang ingat eskrem tak laku, rupanya ada jer yang beli.

Setel-kan Dalam Kereta Jer Dulu


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Pernah pergi isi minyak kete sorang-sorang tak? Lepas tu, dekat kaunter Q panjang dan nak beratur pula. Pernah sekali tu, aku terus lupakan hasrat nak isi minyak kete. Padahal, kete dah dalam petak pam minyak pun. Cakap dalam hati, esok pagi jer la... atau suruh suami tolong isikan nanti. Hehehe

Mummy Ayu's Birthday Giveaway

Assalammualaikum, 

Ini adalah penyertaan pertama aku menyertai GIVEWAY sepanjang aku aktif di blog baharu aku ni. Moga-moga ada rezeki, manalah tahu... kalau menang, bagi aku lebih semangat dalam dunia blog ni kan. Tapi takpe, mencuba memang tak salah daripada tak cuba langsung. Dapat juga kawan baharu at least... betul tak Mummy Ayu?😊 (salam kenal)

Tambah Barang Kiko

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Update pasal Kiko lagi. Hahaha, dah macam blog kucing pula. 

Kiko lebih suka ayam daripada ikan

 


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sudah 3 minggu kami menjaga KIKO. Alhamdulillah, sihat dan aktif. 

Semua Orang Perlu Rasa

1 pek Patin Tempoyak. Ada 1/3 bahagian ikan patin bersama pes tempoyak

Ikan patin masak tempoyak di dalam kuali. Kurang setengah jam didihkan, siaplah dihidang.

Siapa suka ikan patin? Lagi-lagi masak tempoyak.

Kenangan - Pulau Redang 2013

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Sebenarnya mood nak berjalan. Tapi apakan daya, boleh tengok album lama je lah. Sekarang bukan macam dulu, nak jalan bila-bila pun boleh.

BigPay - Debit Kad Yang Banyak Kelebihan

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Anda dah ada kad BigPay belum? Saya dah hampir dua tahun guna. So far, best sangat. Sebab ia adalah kad prepaid Mastercard/Visa dan bukan kad kredit yang perlu berhutang dulu pastu  baru bayar. Ada duit baru boleh guna okey.

Kiko, si anak kucing


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Minggu lepas, tetiba anak kucing ntah datang dari mana bermain-main dengan budak-budak depan rumah. Minggu sebelum tu, anak kucing terbiar jiran bawa balik. Kurus kering anak kucing tu. Esoknya dah mati pula. 

Belajar melukis dengan menggunakan Ibis Paint


Salam Jumaat. Hari ini belajar menekap gambar menggunakan aplikasi Ibis Paint. Belum pandai nak melukis lagi,  tapi faham lah penggunaan “layer”. Belajar pun anak yang bantu. Nak betul-betul belajar, kena ambil masa. Bila dah tua macam ni, rasa lambat nak faham, al-maklumlah … banyak benda nak difikir.

Di luar rumah pakai face mask, di dalam rumah kita pakai penapis udara




Ni ha... saya nak bagi review jujur pasal penapis udara Lombok II. Saya pakai sejak bulan Ogos 2020. Lebih kurang setahun lebih juga la.

Kami Masih Setia Di Sini

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Minggu ni ramai yang dah mula merentas negeri. Saya masih di sini. Tak rentas mana-mana lagi😅. Biarlah orang lain balik dulu. Kami akan menyusul nanti. Lagipun, anak-anak belum full vaccinated. Lagi... Akaun perniagaan baru jer dapat tadi. Sekarang masih fokus kepada perniagaan kecil ku ini. Insha-Allah, saya rancang nak balik kampung pada Krismas nanti.

Bunyi yang mendamaikan


Dah agak lama terperuk dalam rumah, bunyi seperti ini menjadi terapi minda. Alhamdulillah. Sejuk dan damai.

Sharhanah 

Anak-Anak Dah Besar

View dalam bilik tidur 3 orang anak

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dua hari kalut dengan anak-anak nak vaksin. Si sulung jer lepas, si nombor dua tak lepas dek tercicir namanya dalam senarai sekolah. Lepas tu saya bergegas ke bank atas satu urusan yang belum settle sejak 2 minggu lepas. Malangnya, tak dapat selesaikan juga disebabkan masalah sistem.

Sesekali Ku Rasa Teringin…

 

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hari ini puasa ganti. Buat lunch siap-siap untuk keluarga. Beria mak depa masak, rupanya sapa pun tak makan sampai ke petang. Baik puasa sekali satu famili😅 Buat penat sungguh la. Depa ni tak dak selera kot kalau mak depa tak makan sekali. Bila buka puasa, penuh meja ngan anak-anak. Apakah?

Tips goreng karipap pusing

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Saya mula meniaga karipap pusing ni sejak Jun 2021. Baru lagi kan... Tapi, dah hari-hari goreng... Dah tahu cara camner nak dapatkan karipap yang rangup dan tak berminyak.

Mencuba rezeki di ShopeeFood

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Pada 18 September 2021, saya daftar restoran homebased  di ShopeeFood Malaysia (SF). Nak bergantung harap sangat dekat FP, tak boleh juga. Sekarang ni ramai pelanggan bijak memilih platform mana yang lebih berbaloi. Maka, kita sebagai penjual pun haruslah bijak juga. 

Daftar Sendiri Sebagai Vendor Foodpanda

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Selepas saya hantar notis sebulan nak berhenti kerja pada bulan April lepas, saya terfikir benda apa yang boleh saya buat untuk menambah pendapatan isi rumah merangkap membantu meringankan bebanan suami. Terus terfikir nak daftar nak jadi vendor Foodpanda (FP). Boleh berniaga dari rumah, tak perlu nak sewa-sewa kedai. Lagipun saya dah ada produk nak meniaga. Ya, saya daftar sendiri tanpa agen. Walaupun tak pandai, sis cuba!😅 Alhamdulillah dah 4 berbulan saya berniaga guna platform FP.

Berkelah di Sungai Gabai, Hulu Langat

DDengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

ahulu, sewaktu saya keje sebumbung dengan suami… hujung minggu jer, kami akan bawa anak-anak keluar jalan-jalan. Paling suka sangat ke Taman Tasik Ampang. Anak-anak panggil “taman bulat bulat”.

Kini dan selamanya.... aiskrim Malaysia



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Sapa tak pernah makan aiskrim Malaysia waktu zaman kecik-kecik dulu? Majoriti ramai yang pernah. Dulu, zaman 80-an, aiskrim paling terkenal ialah aiskrim Malaysia perisa asam boi dan perisa sirap bandung. Dengan keadaan iklim Malaysia, aiskrim ini laku sepanjang tahun.

Rempah Ayam Goreng Mamak by Bonda Izzah

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Rempah Ayam Goreng Mamak, c beli daripada kawan sejak saya masih bekerja. Anak-anak suka memandangkan derang selalu makan ayam goreng letak garam kunyit jer. Sesekali tukar, memang akan bertambah nasik tu. Saya memang akan simpan buat stok dalam peti sejuk. Kalau nak guna, keluarkan jer.

18 tahun dalam dunia pekerjaan!

Hidup ini adalah pilihan

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Lamanyaaaa…. Ya! Bekerja menjadikan saya seorang yang menjaga masa. Terbawa-bawa perangai tu sampai sekarang.