πŸͺ

Tentang Penulis

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani

Nama saya ialah Sharifah Hasnah S A (Sharhanah) merupakan seorang anak tengah daripada 7 adik-beradik, isteri dan juga ibu kepada empat orang cahaya mata. Dilahirkan pada era 80-an di utara Semenanjung, saya membesar dengan cerita sederhana dan langkah yang perlahan, tetapi penuh makna. 

Saya mempunyai kelulusan dalam bidang Pengajian Perniagaan dari sebuah universiti tempatan dan berpengalaman hampir 14 tahun dalam bidang pengurusan maklumat, khususnya dalam industri media. Dunia kerja hampir membentuk cara saya berfikir, bekerja dan melihat kehidupan.

Di luar rutin, saya meminati fotografi - belajar sendiri melalui pembacaan dan pemerhatian. Saya juga gemar mengembara (jika ada bajet) dan berekreasi (jika ada masa). Minat ini menjadi ruang kecil untuk bernafas dan melihat dunia dari sudut yang lebih tenang. 

Kini, saya bekerja dari rumah (WFH) sebagai pembantu tadbir, sambil menguruskan perniagaan dalam talian secara kecil-kecilan. Setelah sekian lama menyepi, saya kembali aktif menulis blog sebagai ruang berkongsi, bercerita dan menyusun semula rasa.

Blog pertama saya, Baca-Lah masih boleh dilayari, walaupun sudah lama tidak dikemaskini. Mungkin di sinilah saya bermula semula, dengan versi diri yang lebih matang dan jujur.

Salam kenal semua.

Semoga entri pertama  ini menjadi permulaan kepada cerita-cerita yang lebih baik.

Sharhanah

5 comments:

  1. salam perkenalan, semoga ukhuwah kita berpanjangan

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan juga. Aamin… terima kasih sudi singgah :)

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan LZ hulurkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan LZ. Terima kasih sudi singgah ke sini ya.

      Delete
  4. Salam kenal Syafiqa. Oh, ada di sidebar sebelah kanan. Berdekatan dengan butang "SEARCH". Terima kasih sudi ke sini.

    ReplyDelete