🌿 Let's Be Friends

Dari Matrikulasi ke Universiti

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, 14 Ogos lalu keputusan UPU dah pun keluar. Sofea dapat pilihan ke-2 iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor. Insya-Allah, Sofea akan menyambung pengajian selama 4 tahun dan pendaftaran dijadualkan pada awal Oktober nanti.

Rasa macam baru semalam hantar Sofea masuk Darjah Satu, tahu-tahu dah sampai masa nak melangkah ke alam universiti pula. 🥹 Masa tengok keputusan tu, lega dan bersyukur sangat. Yang penting, Sofea dapat peluang sambung belajar dalam bidang yang dia pilih.

Nampaknya kami sekeluarga akan turun ke Johor pula. Boleh tahan lama juga saya tak menjejakkan kaki ke sana. Jadi sambil hantar Sofea daftar universiti, bolehlah ambil kesempatan jalan-jalan. Kalau ada yang biasa tinggal atau pernah belajar di kawasan UTM Skudai, bolehlah kongsikan tempat makan yang sedap-sedap. Kalau ada yang makanan Johor yang memang wajib cuba, lagi bagus.

Jadi, warga Johor… apa tempat makan yang wajib kami cuba nanti?  Boleh tinggalkan cadangan di ruangan komen. Mana tahu ada yang boleh jadi panduan untuk kami dan ibu bapa lain yang bakal menghantar anak masuk UTM nanti. 😊

Yang penting, doakan perjalanan Sofea dipermudahkan. Semoga empat tahun di UTM nanti menjadi satu perjalanan yang penuh dengan pengalaman manis, ilmu dan kenangan yang baik-baik. 

Semakan keputusan

Sharhanah

8 comments:

  1. Alhamdulillah..tahniah Sofea..selamat menjadi pelajar nanti...Johor macam2 ada..setakat ni SA paling suka makan kat Kacang Pool Haji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SA.
      Insha-Allah, nak try la Kacang Pool Haji

      Delete
  2. Alhamdulillah tahniah! Semoga dipermudahkan urusan dan sukses selalu utk Sofea 🤲🏻

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, tahniah buat Sofea! Sekejap je masa berlalu dah nak masuk universiti, dah sedia nak menjelajah makan-makan kat Johor tu! Boleh try Kacang Pool Haji atau Nasi Beriani Gam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas ucapan dan cadangan. Kacang Pool Haji dan Nasi Beriani Gam tu, nanti kami try😀

      Delete
  4. Alhamdulillah tahniah Sofea! Good luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih banyak! Doakan Sofea...

      Delete