Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Baru-baru ini saya dan anak-anak menyertai Bengkel Terapi Mewarna di Kuala Lumpur. Banyak ilmu yang kami perolehi selama 8 jam di sana. Paling tak boleh lupa, saya dan anak bongsu memenangi pertandingan dalam kategori masing-masing. Siap bawa balik hadiah!
Saya akui, inilah pertama kali saya belajar teknik yang betul untuk mewarna. Selama ni, guna teknik bedal je. Itupun, pernah menang beberapa kali pada peringkat sekolah. Kira nasiblah tu.
Anak-anak saya pun, sejak di bangku sekolah memang telah didedahkan dengan pertandingan mewarna. Pernah si kakak sulung jadi juara dan memenangi tempat ke-2. Dapat hadiah berupa wang tunai telah membakar semangat dia untuk menyertai lagi pertandingan ini.
Saya bukan apa, anak-anak saya ada sifat cepat give-up, malas nak habiskan sesuatu kerja dan tiada keyakinan diri. Saya sering memaksa supaya mereka enjoy dengan proses mewarna. Saya tahu, anak-anak saya ada bakat, cuma mereka ni malas. Yer la, telefon pintar lebih menarik.
Rupanya ada teknik mudah untuk mewarna tau.
Pilih 3 warna pensel yang sama geng. Contohnya, biru pekat, biru sederhana dan biru cair.
Bahagikan 3 bahagian. Warnakan 1.5 bahagian dengan warna biru pekat. Lepastu, guna biru sederhana untuk mewarna 2.5 bahagian lagi. Akhir sekali, guna biru cair untuk mewarnakan kesemua bahagian.
Tipsnya, jangan terlalu menekan pensel warna bila mewarna. Sebab? kita akan penat dan cepat berputus asa. Mana taknya, orang sebelah dah nak habis mewarna, kita masih mewarna suku bahagian.
Nak tahu tak apa faedah mewarna?
- Rasa tenang
- Kurangkan stress
- Berfikiran positif
- Tingkatkan daya fokus
- Serlahkan kreativiti
- Kurang bergantungan kepada teknologi
- Boleh dilakukan di mana-mana dan oleh sesiapa sahaja
- Sebagai hobi
Syyyy... Saya nak kongsi 3 petua untuk memenangi pertandingan mewarna;
Pertama, puji-pujian kepada pihak penganjur. Contoh KKM Terbaik!
Kedua, lukis objek tambahan. Contoh gambar awan ada pelangi/burung/kapal terbang
Ketiga, warna dengan bertona.
Sharhanah
Saya yang rindu zaman sekolah!