Pertama Kali Berniaga Di Platform Pada Bulan Ramadan

Alhamdulillah. Sudah 3 Ramadan. Saya tetap buka “Dapur Apron Hijau” seperti biasa. 

Shopeefood dan Foodpanda boleh beroperasi 24 jam sehari. Saya buka setakat 1 tengahari hingga 7 malam sahaja. Penatlah kalau nak buka 24 jam. Masuk dua order pun saya tak menang tangan. Mana nak masak menu untuk berbuka lagi.

Lagipun, buat bisnes kecil-kecilan jer di rumah. Stok dah ada. Hanya masak. Ini semua dapat isi masa lapang dan serba sedikit dapat ringankan beban suami. Saya lah bos, saya lah tukang masak, saya juga kerani!… hahaha. Lainlah kalau ada restoran. Memang kena ada staf, boleh la bos rileks sikit.

Menu paling banyak pelanggan order ialah karipap pusing dan patin masak tempoyak. Semua ni senang nak disediakan. Cuma leceh dapur saya hanya ada duaπŸ˜…. Bila ada yang order ketupat palas utara sekali, tempoh penyediaan akan jadi lambat. Mesti bara si rider bersidai menunggu. Kalau tak bulan puasa, boleh la hulur air. Sejuk hati dia.

Saya mula memasak menu berbuka untuk keluarga seawal pukul 3 petang. Rileks sikit sebab lepas Asar jer, order akan mula masuk. Kalau tak buat macam ni, kang merebut dapur pula. Letih juga la berdiri. Syukur, lepas Zohor anak saya dah balik sekolah. Dia lah yang akan membantu saya di dapur jika ada order masuk. Lagi sorang dah balik asrama. Kurang staf saya.

Paling suspen, notifikasi Grabfood masuk di smartphone tapi tak perasan. Tau-tau rider dah sampai depan rumah. Apalagi, kalut cek phone. Kalau order aiskrim Malaysia, lega la hati… hanya packing sahaja. Cuba kalau order yang masuk tu patin … seram oiiii

Kalau ShopeeFood okey sikit, notifikasi menjerit SHOPEE!!! Kalut la tengok phone. Tak macam Foodpanda, ada device siap boleh print resit. Bunyi pun satu taman boleh dengar. Ekekeke.

Apa-apapun saya suka berniaga macam ni di rumah sahaja. Rasa macam dah takde hati nak cari keje lain. Seronok tengok anak bongsu saya membesar depan mata. Untung laaaa… saya sentiasa di sisinya... 

Sharhanah 

2 comments:

  1. kena cari cara nak bagi notification tu keluarlah..
    sebenarnay bila kitchen lama sediakan makanan...yg kena marah tu biasanya grab boy. dah banyak kali ammi tgk budak grab kena marah padahal dorang hantar je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cari.. ambil notifikasi yang bunyi sakit telinga tuπŸ˜‚. Rider Grab selalunya kalau merchant lambat, komisyen derang ditambah.. rider paling cool adalah rider Grabfood.

      Delete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...