Tamatlah Sudah Segmen Pencarian Bloglist Aktif - Jom Penuhkan Sidebar Blog Sharhanah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah, syukur! Cukup sebulan tempoh Segmen Pencarian Bloglist Aktif - Jom Penuhkan Sidebar Blog Sharhanah berlangsung. Kini secara rasminya berlabuh... Mula-mula saya nak ucapkan jutaan terima kasih daun keladi kepada semua rakan blogger yang sudi luangkan masa buat entri untuk segmen ni. Anda semua memang terbaik! 👍

dah tamat segmen pencarian bloglist aktif

Pengajaran Selepas Pulang Umrah: Kisah di Bumi Berkah Penuh Didikan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Kepulangan daripada umrah benar-benar membawa penghijrahan besar dalam hidup saya. Di sebalik keletihan fizikal, skrin kehidupan saya mula berubah. Bumi suci itu mengajar saya satu tarbiah yang sangat mahal iaitu belajar erti penyerahan mutlak apabila takdir Allah mengatasi segala logik, menjaga lisan, dan menjaga hati.

Tangan di tingkap pesawat

Giveaway Anniversary ke-17 Blog Saje Suka-Suka: Kenapa Saya Suka Singgah Sini?

  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saya terpanggil untuk join giveaway yang agak istimewa sempena sambutan ulang tahun ke-17 blog Saje Suka-Suka milik Notie ni. Pejam celik, sudah 17 tahun blog beliau mewarnai dunia penulisan maya sejak November 2009. Satu tempoh yang cukup matang dan membuktikan kesetiaan tuan blog dalam berkongsi cerita. Hebat kan? Blog saya baru berusia 5 tahun, masih tadika... hahaha jauh lagi perjalanan.

Giveaway Anniversary ke-17 Blog Saje Suka-Suka: Kenapa Saya Suka Singgah Sini?
Klik gambar untuk ke entri asal

Episod Akhir: Lambaian Akhir di Bumi Berkah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Hari sebelum berangkat pulang ke tanah air, masa diisi dengan aktiviti santai dengan bersiar-siar di sekitar hotel penginapan. Memandangkan niat asal saya adalah fokus kepada kembara ibadah dan baki duit belanja sudah kekeringan, saya memutuskan untuk tak meluangkan masa dengan membeli-belah. 

pemandangan kaabah dari bawah

SR! Saya Nak TNG eWallet!

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Lepas Asar tadi, saya duduk santai depan PC. Kebetulan kerja tak banyak pun hari ni, memang rasa tenang dan santai betul la kan. Perut lapar. Dah alang-alang masa terluang macam ni, mood nak blog walking pun tiba-tiba mai. Mana tau, kot jumpa resipi best... boleh buat untuk makan petang.

SR! Saya Nak TNG eWallet!
Klik sahaja pada banner di atas untuk terus ke entri asal

Episod 7: Jejak Wahyu di Kemuncak Jabal Nur

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Jam di dinding bilik hotel sudah berganjak ke angka 1.30 pagi, menandakan detik pengembaraan yang paling mendebaran sepanjang kami berada di Kota Mekah bakal bermula dalam masa beberapa minit sahaja lagi.

Episod 6: Kedinginan Taif & Lipatan Sirah yang Meruntun Jiwa

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

Kembara kami kali ini diteruskan menuju ke Kota Taif, sebuah kota tanah tinggi yang terletak sekitar 90 kilometer dari kota Mekah. Di sebalik kedinginan udaranya yang menyegarkan, kota ini menyimpan lipatan sejarah sirah yang sangat meruntun jiwa iaitu tempat di mana Rasulullah SAW pernah dilempari batu, dihina, dan diusir dengan kejam ketika cuba menyampaikan dakwah Islam. Justeru, lawatan ke Taif ini bukan sekadar untuk menikmati keindahan panorama, tetapi sebuah ziarah wajib untuk kami menyelami sendiri sisa-sisa keperitan perjuangan baginda, sekali gus mendidik hati agar lebih menghargai nikmat iman yang dikecap hari ini.

Perpustakaan Abdullah Bin Abbas

Episod 5: Gema Doa di Baitullah & Makan Malam di Bumi Arafah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

Pakej umrah kami didatangkan sekali bersama dengan sarapan pagi di hotel. Seawal pagi, dewan makan sudah dipenuhi dengan pelbagai jenis hidangan yang menyelerakan… daripada menu tempatan Arab sehinggalah menu antarabangsa.


senaskah al-quran dengan pemandangan kaabah dari bilik hotel