Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Lagi dua bulan, genaplah setahun saya menggunakan cawan haid atau lebih dikenali sebagai menstrual cup (MC). Kalau diimbas kembali, permulaan saya mencuba produk ini sebenarnya agak spontan. Ia bermula ketika saya merancang percutian ke Pulau Kapas untuk aktiviti snorkeling tahun lepas. Pada waktu itulah saya terfikir, “Macam mana kalau haid datang masa bercuti?” Dari situlah bermulanya pencarian saya. Ia boleh diguna sehingga 10 tahun!
![]() |
| Sumber: Google |
Saya mula membaca pelbagai maklumat tentang MC dan mendengar pengalaman orang lain. Dalam hati terdetik, kalau orang lain boleh guna, kenapa tidak saya? Tanpa berfikir panjang, saya pun membeli satu dengan harga RM79.20. Apabila barang sampai, saya hanya mampu membaca arahan penggunaan berkali-kali. Nak cuba, memang belum ada keberanian lagi.
Akhirnya, saya memberanikan diri untuk mencuba. Sebelum penggunaan pertama, saya sterilkan cawan tersebut menggunakan air panas. Sepanjang tempoh haid, saya hanya mencuci dengan sabun selepas setiap penggunaan. Selepas haid tamat, saya simpan kembali dalam pouch. Untuk kitaran seterusnya, barulah saya sterilkan semula.
Sejujurnya, perasaan pertama saya memang takut. Saya risau kalau-kalau tak boleh keluarkan macam mana? Namun, apabila dimasukkan, semuanya terasa mudah dan langsung tidak sakit. Malah, saya tidak rasa apa-apa pun! Perasaan takut bertukar menjadi teruja. Bila dah pakai, rasa macam tak period pula. Nak tidur melasak pun takde masalah.
Cabaran sebenar adalah ketika hendak mengeluarkannya. Pada mulanya, saya panik. Tetapi selepas memahami teknik yang betul. Tarik stem dan picit di bahagian bawah cawan dan tarik perlahan. Rupanya sangat mudah. Lama-kelamaan, saya semakin mahir.
Kekurangan...tidur agak terganggu sebab nak kena bangun kosongkan MC bila aliran banyak.
Kalau dalam perjalanan jauh, nak kosongkan MC kena bawa sabun sendiri. Takkan nak keluar ambil sabun di luar. Sekali tekan, sabun dah habis. Naya.
Perlu hati-hati keluarkan MC. Risau jatuh ke dalam mangkuk tandas je. Pengalaman sangatttt ni π
Terbaca pula Menstrual disc (MD). Macam MC juga. Tapi kapasiti tampungannya lebih banyak. Katanya, lebih mudah dan best daripada MC. Huhuhu.
Saya sering tertanya-tanya kenapa saya tidak mencuba dari dulu lagi? Pengalaman menggunakan cawan haid ini memang sangat memuaskan. Ia tidak memberi sebarang kesan negatif kepada saya, malah sangat menjimatkan dalam jangka masa panjang.
Apa pun, bagi saya, ini adalah satu pengalaman yang membuka mata. Ia bukan sahaja dari segi keselesaan, tetapi juga dari segi keyakinan diri dalam menguruskan haid dengan lebih bijak.

Banyak dah baca cuma masih blur nak masukkan tu. Dah siap tengok video contoh hari tu.
ReplyDeleteAda teknik lipatan cup tu. Kena rileks je kaedahnya. Bila dah masuk, tak rasa pakai apa-apa pun!
DeleteAkak x tau apa rasanya pakai cup ni..nak jalan selesa ke..blurr jugak macam Cie
ReplyDeleteTak rasa apa-apa pun. Nak berlari pun takde masalah.
Deleteso dia tak leaking?
DeleteLeaking kalau dah penuh sangat.
DeletePernah juga tahu pasal ni tapi as usual benda2 yang masuk macam ni memang akak sejenis takut nak menggunakannya. Mungkin juga ia menyenangkan tapi akak skip lah. Macam pakai contact lense jugak la. Takut nak pakainya jadi dulu pakai cermin mata.
ReplyDeleteSaya pun takut awalnya. Tapi aktiviti terhad kalau pakai pad biasa. Memang beranikan diri juga lah. Tiada effect pun sebab bahan diperbuat daripada silikon gred perubatan yang lembut, tak meruap bau dan sangat selesa.
ReplyDelete