Ibadah Umrah Yang Perlu Kita Tahu

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, saya pernah sekali menunaikan ibadah Umrah. Itu pun tidak dirancang. Cukup jer duit simpanan, terus kawan ajak.

Persediaan mental dan fizikal hanya dalam 3 bulan sahaja. Dalam tempoh itulah, saya menghadiri kursus Umrah sebanyak 2 kali, mengambil vaksin Meningococcal Meningitis, memperbaharui pasport dan menyediakan kelengkapan untuk ke bumi Harmain selama 10 hari.

Sebelum berangkat, perlulah kita wajib tahu ibadah Umrah terlebih dahulu. Memohon doa kepada Allah agar urusan kita dipermudahkan di sana.

Pemandangan luar pintu dari dalam rumah di Thaif.

Maksud Umrah
Daripada sudut bahasa, Umrah ialah ziarah. Manakala daripada sudut istilah pula, bermaksud mengunjungi Baitullah al-Haram pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadah tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

Hukum Umrah
Wajib sekali seumur hidup

Syarat Wajib Umrah

  • Islam
  • Baligh (cukup umur)
  • Berakal
  • Merdeka
  • Berkemampuan

Ciri-Ciri Berkemampuan adalah seperti berikut;

  • Cukup perbelanjaan pergi dan balik
  • Cukup keperluan nafkah asas bagi orang yang ditinggalkan
  • Ada kenderaan pergi dan balik
  • Aman perjalanan pergi dan balik
  • Sihat tubuh badan

Rukun Umrah

  • Niat
  • Tawaf di Kaabah
  • Sa'ie
  • Tahlul (bergunting/bercukur)
  • Tertib

Perkara Wajib Umrah

  • Niat di Miqat (Makani/Zamani)
  • Menjauhi larangan ihram

Apakah Larangan Dalam Ihram?

  • Berwangi-wangian
  • Mencabut bulu/rambut
  • Memotong kuku
  • Memakai pakaian berjahit/bercantum bagi lelaki
  • Menutup kepala bagi lelaki
  • Menutup muka
  • Memakai sarung tangan
  • Memburu binatang
  • Memotong atau merosakkan tumbuhan
  • Hubungan seksual
  • Berkahwin atau wakil menerima nikah
  • Melakukan perbuatan merangsang syahwat

Perkara Sunat Umrah

  • Mandi sunat ihram
  • Solat sunat ihram
  • Membaca talbiah
  • Solat sunat selepas melakukan tawaf
Kesimpulannya, terdapat banyak kelebihan menunaikan umrah ini. Antaranya, mendapat status ‘tetamu Allah s.w.t’, doa-doa akan dimakbulkan, dapat menghayati sirah Nabi serta hubungan sesama umat Islam akan terjalin dengan lebih erat.

Semoga perkongsian maksud dan pengertian apa itu umrah dapat memberi manfaat kepada pembaca dan juga bakal jemaah yang akan menunaikan ibadat Umrah.

Juga buat kakak-kakak saya yang akan menunaikan ibadah ini tidak lama lagi.

Sharhanah

No comments:

Post a Comment

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...