Tapak Perkhemahan Di Port Dickson

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pemandangan malam di H&n Campsite

Ada yang suka berkhemah? Atau yang suka sangat dengan pantai dan laut? Kalau suka, saya ada cadangan. Saya dah beberapa kali ke H&n Campsite yang terletak di Jalan Pantai, Batu 4, Port Dickson.

Tapak perkhemahan ni agak unik. Kiri, pemandangan pokok bakau. Kanan, pemandangan pantai dan depan, pemandangan laut. Kiranya, ia berada di kawasan tanjung. Macam kita berkhemah di tengah-tengah laut gitew.

H&n Campsite, dekat dengan Pantai Saujana.

Pertama kali saya pergi berkhemah 2H1M selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Waktu tu tak ramai sangat. Senang nak cari tapak untuk dirikan khemah. Saya bawa sendiri khemah. Pacak betul-betul depan open sea. Angin bayu membawa diri ku... Sepintas lalu ku terkenang kan muuu...🎢 Eh!

Caj tapak yang dikenakan hanyalah RM30 (sekarang dah RM50/tapak). Ada kemudahan seperti sewaan khemah, kabin surau, beberapa buah tandas dan bilik mandi, parkir, kereta sorong (untuk bawa barang ke tapak), genset untuk lampu dan plug point juga disediakan.

Di sini bolehlah buat aktiviti seperti memancing, BBQ, berenang, membina istana pasir, menangkap ketam, mengumpul siput waktu air surut dan menyaksikan matahari terbenam.

Tak bawa bekalan makanan? Jangan susah hati... keluar sedikit ke jalan raya utama, banyak gerai makan sedang menunggu. Cuma buka dan tak buka je la. Berhampiran stesen minyak, ada pasar malam. Boleh lah nak tapau bawa balik ke khemah. Makan tepi laut bertemankan cahaya lampu.

Kadang, saya tidak bermalam disebabkan suami kerja esoknya. Hanya santai-santai dalam khemah dan melayan karenah anak-anak mandi laut. Pernah juga saya buat kerja sambil menikmati deruan ombak. Baca di sini. Bestkan.. tapi, kena pastikan bateri telefon penuh lah.

Cuma yang tak best, waktu puncak, waktu pengunjung ramai. Nak dapat tapak best, memang susah sikit. Baru-baru ni saya ke sana lagi, tepi laut semua dah penuh dengan khemah. Saya dapat pacak di bawah pokok. Kekurangan? Tak privacy sebab laluan pengujung, agak panas sebab terlindung daripada laluan angin dan agak jauh nak ke tebing. Itu yang malas nak melepak dalam khemah. Panasss...

Kalau duduk sebelah kiri, seram pula tengok pokok-pokok bakau. Di bahagian hadapan, kalau air surut... nampak pemandangan bongkah batu. Rasanya tanjung buatan kot (ditambak)... ya, sebelah kanan port paling best. View pantai, laut yang luas… dekat dengan tebing, boleh duduk sambil celup kaki bila air pasang. Tapi, port ni cepat habis...

Lagi satu bab tandas dan bilik mandi. Lagi-lagi dah nak masuk maghrib. Waktu tu la ramai yang nak guna.. waktu puncak, jenuh menunggu. Lepas penat menunggu, waktu giliran kita nak mandi, air pula habis. Hahaha... naya. Kalau subuh tu, kena bangun awal tau.

So far, tempat ni best je. Kalau anak-anak ajak ke pantai, memang ke sinilah kami. Tak bawa khemah, kami bentang tikar melepak di Pantai Saujana. Nampaklah H&N Campsite dari jauh. 

You happy, we happy.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan: Klik SINI

Cahaya matahari menembusi awan

Sedap dia tidooo..
Sharhanah

Adab Ketika Berziarah

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

"Hak kewajipan Muslim kepada Muslim yang lain ada lima; menjawab salam, menziarahi orang sakit, menghantar jenazahnya, memenuhi undangannya, menjawab ketika bersin (jika mengucap "Alhamdulillah" maka jawablah dengan "Yarhamukallah")". - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Adab Ketika Berziarah

  • Waris dan sahabat bersedekah bagi pihak pesakit.
  • Lunaskan hutang sesama manusia dan hutang dengan Allah seperti hutang nazar, zakat dan fidyah mahupun kafarah yang belum sempat ditunaikan.
  • Saling bermaaf-maafan dan berlapang dada dengan pesakit serta mendoakan.
  • Elakkan bergambar sedangkan pesakit dalam keadaan mengaibkan.
  • Santuni pesakit-pesakit lain dan waris mereka.
  • Nyatakan penghargaan kepada kakitangan hospital yang banyak membantu.
  • Lakukan ziarah pada waktu sesuai dan janganlah terlalu lama.
  • Bawa hadiah yang boleh membantu dan menggembirakan pesakit.
  • Nyatakan harapan sembuh dan pahala besar di sisi Allah apabila sabar dan tabah juga berbaik sangka kepadaNya.
  • Niat lah ziarah ku ini lillah kerana kasih sayang dan ukhwah kerana-Nya.
  • Berdoalah di sisi pesakit

Sharhanah

Resipi: Nasi Ayam Sedap Dengan Bahan Mudah

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Semalam buat nasi ayam kali ke-2 guna resipi mudah. Sebab apa saya kata mudah? Sebab tak banyak bahan🀭. Saya guna je apa yang ada di rumah (daging ayam, bawang putih, halia, minyak bijan, daun bawang, sos tiram, kicap, sos cili, daun pandan, timun dan cili).

Saya sejenis malas nak keluar membeli walaupun ada kedai depan rumah. Apa yang ada... Yang itulah saya guna. Sesuai sangat untuk orang yang WFH. Ya la, 2 kerja dalam 1 masa. Kejar masa untuk memasak sebelum anak balik sekolah.

Sebab suami dan anak-anak bagi rating beratus bintang, hahaha... saya konfiden nak share resipi dalam blog. Teruskan membaca.

Bahan dan cara (Sup):

  • Tulang/leher/kaki ayam
  • Daging ayam potong 8 (lumur dengan sedikit garam setengah jam)
  • Daun bawang (bahagian bawah)

Rebus semua bahan di atas dengan api yang perlahan. (Saya tak letak kiub ayam sebab takde... So far ok je, rasa original)

Bahan dan cara (Nasi):

  • 4 pot Nasi - basuh dan toskan.
  • Sedikit lemak ayam
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 1 inci halia - ditumbuk halus
  • 1 sudu mentega dan 2 sudu minyak bijan untuk menumis.

Panaskan mentega dan minyak bijan. Goreng lemak ayam sampai keperangan. Kemudian, masukkan bawang putih, halia dan daun pandan. Dah naik bau, saya curahkan ke dalam beras. Masukkan juga beberapa senduk air rebusan ayam (angaran 4 pot seperti sukatan beras) dan sedikit garam. Kacau sebati. Masukkan ayam (yang dipotong 8 dan direbus tadi) dan susun ke dalam periuk nasi. Masak seperti biasa.

Bahan dan cara (Sambal cili):

  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 cili hidup
  • 1 cili padi
  • 2 sudu sos cili

Tumbuk bawang putih, halia, cili hidup dan cili padi sehingga lumat. Masukkan sos cili. Keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk kecil. Campurkan 1 senduk sup ayam dan kacau sehingga sebati, hidangkan.

Bahan dan cara (Kicap):

  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 1 sudu minyak bijan
  • Kicap
  • Sos tiram
  • Sedikit garam dan gula

Panaskan minyak bijan dan goreng bawang putih sehingga keperangan. Masukkan kicap, sos tiram dan 1 senduk air rebusan ayam. Kacau sebati dan hidangkan.

Bahan untuk hiasan:

  • 2 biji timun - dipotong serong
  • Daun bawang
  • Bawang goreng

Tadaaaaa... hasilnya seperti di bawah.


Hidangan sepinggan Nasi Ayam

Cubalah, pasti semua terpikat!

Sharhanah

Kisah Anak Nombor Tiga - Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan Satu

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, keputusan untuk kemasukan sekolah Tingkatan Satu dah dapat. Tapi, anak nombor 3 ditawarkan ke sekolah lain. Saya terpaksa menolak.

Walau macam mana pun, dia tetap akan tinggal dan merasai kehidupan di asrama. Rezeki di negeri Darul Makmur. Untungnya di sini, dia dapat bersekolah satu bumbung dengan kakaknya.

Bagi seorang ibu, inilah pilihan terbaik untuk masa depannya. Hanya pada ALLAH sahaja saya berserah. Moga pengorbanan ini berbaloi.

Kisah anak nombor 3 ini sedikit unik. Lahir secara normal selepas sehari ulangtahun saya dan 2 hari selepas ulangtahun kelahiran suami. Kiranya anak ini "hadiah istimewa" buat kami berdua pada tahun itu. Kebetulan pula, anak lelaki. Suami sudah ada geng!

Anak ini membesar dengan susu ibunya. Cuma dia tak nak direct feed. Terpaksalah saya mengusung Medela FS ke mana sahaja saya pergi. Banyak saya coret pengalaman di blog lama saya. Kalau stress, setitik susu pun tak keluar. Maka, melalak lah dia minta susu.

Masuk umur 4 tahun, saya masukkan dia ke taska. Umur 5 dan 6 tahun saya daftar ke pra sekolah. Bersekolah di sekolah kerajaan setakat Tahun 2 sahaja. Tahun 3, saya pindahkan ke sekolah swasta (8 pagi - 5 petang) disebabkan agak susah untuk saya pantau dari pejabat bila anak kena transit sekejap di rumah.

Kisahnya, anak saya kerap tertinggal bas. Dia terlajak tidur selepas balik sekolah agama. Kami hanya berhubung dengan menggunakan telefon. Masalah selesai bila dia bersekolah swasta. Makan minum semua terjaga. Di sekolah baru, dia dilantik menjadi ketua kelas. Cuma, prestasi setiap tahun mula merosot. Saya jadi risau.

Bila saya sudah bekerja dari rumah, saya pindahkan semula anak saya ke sekolah kerajaan. Lagi pula, suami perlu susun semula kewangan memandangkan pendapatan isi rumah kami sudah jatuh 1 kategori, banyak kena kurangkan kos. Al-maklumlah, sekolah swasta ni buku teks pun kena beli.

Anak yang ini rajin membantu saya meniaga. Adik-beradik yang lain perempuan kan... semua malu... dan atas faktor keselamatan juga mereka tak mahu. Nampaknya, lepas ni 100% guna platform online je la.

Tahun ni akan berbuka puasa tanpa 2 orang anak. Tiada lagi salam selamat malam dan pelukan sambil minta maaf setiap hari. Tinggal kami berempatlah. Mungkin sedikit berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Apa-apa pun, saya terima perubahan ini.

Ummu Hariz

Peserta Kuiz Pendidikan Islam.

Di tengah, dapat nombor 2.

Jom Kenal Jenis Dan Fungsi Pisau

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya selalu guna jenis pisau utiliti. Potong bawang ke, potong sayur ke, potong kentang ke... Potong daging ke...sudahnya, cepat betul pisau tu tumpul. Dah la sejenis tak pandai nak asah pisauπŸ˜….

Jom kenal dan fungsi "mereka".

Jenis-jenis pisau dan kegunaannya 

Bukan pengumpul pisau,
Sharhanah


Pekerjaan Apa Pun Yang Halal, Bersyukur Je La…

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Fuh, awal tahun dah sakit kepala dengan kerja. Lama tak stress kan, sesekali ia muncul. Melayan juga. Cuma saya terasa gastrik naik, perut kenyang dan cepat gelabah. Huhuhu. Puncanya daripada pelanggan yang tidak suka membaca T&C dan kalut bila membuat bayaran tanpa menyemak terlebih dahulu.

Kerja saya perlu tenang. Rileks-rileks sudah. Tapi bila dah jadi orang tengah untuk semua urusan, memang stress juga. 

Inilah kekurangan bila kerja dari rumah. Kerja rumah kena buat, kerja admin pun kena buatπŸ˜‚. Double dalam satu masa. Bila anak-anak dah pergi sekolah, waktu tu lah saya akan struggle mengemas rumah dan memasak. Perlu selesaikan sebelum pukul 11 pagi.

Sambil memasak tu, boleh lagi melayan inquiry. "Auto reply" dan "quick replies" sangat membantu kerja saya. Terima kasih dengan kemudahan ini.

Sejenis saya, suka settlekan masalah dalam hari yang sama. Tak suka simpan berlapis-lapis masalah. Penat nanti. Itu yang waktu makan pun dah terlupa. Bila azan berkumandang, cepat-cepat solat dulu. Kalau berlengah, alamat la...

Berbeza dengan kerja lama saya dulu-dulu di pejabat. Kerja 9 pagi - 6 petang. Kiranya melangkah kaki keluar pejabat, semua kerja hari tu dah selesai. Kerja pula tak mengadap pelanggan. Memang happy go lucky. Ada jamuan makan, ada kuliah Zohor di surau, seminggu sekali ada la artis datang untuk photoshoot, ada je company besar-besar bagi goodies, sponser buka puasa la...jamuan Raya la...memang tak bosan.

Mungkin baru ditakdirkan saya bekerja yang perlu berurusan dengan pelanggan. Dulu masa awal kahwin, saya pernah dapat 2 panggilan temuduga untuk khidmat pelanggan di sektor kerajaan. Tapi saya tak pergi, sebab waktu tu saya mengandung dan satu lagi saya dah selesa bekerja di syarikat akhbar. Malas sudah nak pergi ke Putrajaya.

Begitulah manusia... Tak pernah bersyukur. Bila fikir-fikir balik, apa-apa kerja pun ada kelebihan dan kelemahan... Saya tersentak. Kerja sekarang inilah yang pernah satu tika dulu antara doa saya yang telah dimakbulkan Allah. Saya nak bekerja dari rumah tanpa perlu memandu dan melayan jem untuk ke tempat kerja. Inilah dia... 

Anak bongsu tengah pilih apa nak beli... 
Paling utama, anak bongsu dapat membesar di depan mata saya. Bahagia paling mahal.

Baru saya perasan, nama-nama pelanggan yang ada karakter kalut dan tidak suka membaca hampir sama. Dah boleh keluarkan senarai personaliti mengikut nama pulak lepas ni.🀭

Sharhanah

Rabu Yang Bisu - Rindu Anak-Anak Masa Sekolah Rendah

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


3 Produk Murah Dan Terbaik Untuk Kurangkan Berat Badan

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Penafian: Saya tak jual produk kurus. Percayalah, bila mengimbas kembali 20 tahun yang lalu, berat badan saya ialah sekitar 58 kg - 63 kg. Saiz seluar 34. Agak berisi tapi dengan ketinggian 170 cm, isi tak berapa nak nampak. Untung di situ. Selepas menetap di lembah klang, berat saya mendadak turun ke 55kg. Berat ini kekal sehingga saya berkahwin, mempunyai anak 4 dan sampai lah sekarang. Berat waktu mengandung pernah mencecah 70kg!

Macam mana saya boleh kekalkan berat badan jadi 55 kg?

Berat saya pada 16/1/2024

Selepas berkahwin saya mengamalkan 3 produk ini;

1. Sayur hijau

Pastikan atau wajib dalam setiap hidangan waktu makan, ada sayur hijau. Paling mudah nak dapat ialah ulam-ulaman termasuk timun dan salad. Ada sayur kangkung pun dah okey sangat dah tu. Bila ambil fiber atau serat, ia akan membantu kurangkan penyerapan gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Maka, ia boleh mengurangkan penyerapan kalori sekaligus mengurangkan berat badan kita tau.

2. Air kosong

Sebaik bangun pagi, lantas saya ke dapur untuk minum air kosong. Tak kisahlah nak minum air suam ke, air sejuk ke, janji air tu kosong. Sebelum nak ambil sarapan pun, minum air kosong. Sebelum kenyang, berhenti makan dan akhiri dengan meminum air kosong juga. Sebab tu, kalau order makanan di luar, saya wajib order air suam kosong.

Kepada yang sedang dalam mood turunkan berat badan, dalam masa 14 hari, jangan ambil langsung minuman manis termasuklah kopi, hot chocholate, jus dan minuman yang viral sedap nakmateyyy tu. Sebab, percaya tak.... air kosong ni la produk yang paling powerful untuk menolong kita kurangkan berat badan.

3. Tidur

Saya cepat mengantuk seusai solat Isyak. Fakor umurlah kot. Tahu tak, lagi banyak kita tak tidur, lagi susah nak hilangkan berat badan. Lagi lama berjaga malam (sambil baring layan phone), lagi badan stress. Bila hormon-hormon stress tinggi, susah sangat untuk lemak dibakar dalam tubuh kita ni. Makanan yang kita makan akan lebih mudah disimpan sebagai lemak.

Tidur ni sebenarnya komponen yang sangat penting untuk kita jaga dan juga untuk mengekalkan berat badan. Mungkin sebab itulah, berat saya sama je. Bila dapat tidur yang cukup, tubuh kita tak stress atau kurang stress daripada biasa. Maka kita akan mula sedar, betapa mudah sebenarnya nak slim.

So, kepada sesiapa yang ada azam 2024 nak kurangkan berat badan, boleh cuba amalkan 3 produk yang saya senaraikan di atas.

Selamat berusaha dan berjaya,

Sharhanah

2H1M di Bandar Temerloh, Pahang

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Baru-baru ini, saya ke Temerloh atas satu urusan. Saya pergi bersama suami dan anak lelaki. Jarang kami bermalam di sana. Selalunya balik hari. Kali ini, suami cadangkan agar kami bermalam dan boleh juga berjumpa dengan anak nombor dua yang belajar di sana. Suami malas nak bertolak awal pagi memandangkan dia tak berapa sihat hari sebelumnya. Maka, santai-santai lah perjalanan kami bila bertolak awal sehari.

Dalam pukul 5 petang, kami sampai di Bandar Temerloh untuk daftar masuk di Hotel Merrinton. Saya menempah 4 hari awal di atas talian dengan mendapat harga terendah di Agoda untuk bilik Triple Deluxe. Urusan daftar masuk pun pantas, hanya tunjukkan tempahan yang diterima, tunjuk MyKad dan serahkan wang sekuriti deposit RM50 bersama RM3 (Caj Kelestarian Negeri Pahang). Terima kad kunci terus menuju ke bilik.

Baringkan dia untuk memudahkan urusan mengambil pakaian.

Katil single yang berada di tengah

Keadaan bilik hotel sebaik sahaja kami sampai sangat bersih dan kemas. Ada kemudahan internet, TV satelit/kabel, air botol minuman, kopi 3 dalam 1, almari, peti sejuk, penyangkut baju, tuala mandi, cecair mandian, meja, kerusi, telefon, penyaman udara, hot shower, tisu tandas dan kemudahan CCTV yang membolehkan tetamu memantau kenderaan masing-masing menerusi paparan skrin TV. So far, kemudahan ini dah okey sangat untuk kami berehat sebelum menyelesaikan urusan kami esoknya. 

Saya menunaikan solat Asar terlebih dahulu sebelum mengambil anak perempuan saya di asrama. Selepas mengambil anak, kami menikmati hidangan malam berdekatan dengan hotel tersebut. Rupanya, sangat mudah untuk mencari makan di sini. Kedai makan bersepah. Disebabkan saya teringin nak makan makanan barat, maka kami memilih Warung Acu.

Untuk menempah, isi kod menu di dalam kertas order (pen disediakan). Kod menu, boleh refer pada buku menu. Lepas tu, beri je kertas order kepada pelayan. Tunggu sehingga hidangan sampai.

Masa menunggu dalam 20 minit juga lah. Sebelum tu, kami dihidangkan dengan kerepek yang sedap. Air minuman pun sampai. Saya order air suam, hot chocolate, carrot juice dan minuman koko berais. Minum-minum dulu sambil sembang dengan anak perempuan saya. Sebenarnya dia dalam mood peperiksaan. Seronoklah dia, dapat keluar.

Complimentary kerepek ubi

Anak perempuan saya makan ni je... dia kata dah kenyang makan dekat asrama

Hidangan pilihan saya... lambchop. Lama tak makan. Huhuhu

Pilihan suami... ayam + daging + sosej + makaroni + coleslow

isi kod dan kuantiti... yang jadi 2 tu, anak lelaki saya nak juga tiru maknya.

Alhamdulillah, makanan dan minuman semua sedap. Kenyang betul. Patutlah ramai pelanggan yang datang. Sos lada hitam dia saya puji sebab sedap. Pernah makan di KL, kuah terlampau pekat la pula. Kalau macam ni, memang datang lagi la. Insha-Allah.

Harga dalam RM134 untuk 7 item. Ok tak? Bagi saya.. sesekali ok je. Jarang keluarga saya makan makanan macam ni. Puas makan siap tapau bawa balik bilik. Hahaha.. kami jenis makan tak banyak. Kecuali suami. Rasanya tak boleh nak habis sebab minum air bersusu. Cepat kenyang. Patutnya order air lemon je kan.

Pemandangan sisi Warung Acu.. semoga terus menghidangkan makanan yang sedap

Selepas makan, kami pun balik ke bilik untuk bersihkan diri, solat dan tidur. Suami ke dobi (di bawah hotel) untuk membasuh pakaian. Kebetulan anak saya bawa pakaian yang tak sempat dibasuh. Saya yang sejenis tidur awal, memang belayar dulu lah. 

Cuma nak bagitau, tilam hotel ini tak sesedap tilam Coway di rumah saya. Setiap katil ada 2 biji bantal. Saya tak guna bantal untuk tidur sebab sakit leher. Rasanya, kalau orang lain okey kot. Aircond pun okey je. Takde lah terlampau sejuk.

Oh ya, nak gitau juga... Air di bilik mandi sangat laju. Mandi puas. Bilik air dan tandas bersih. Saya bagi 5 bintang!

Esoknya, selepas subuh... Kami mandi dan mengemas untuk daftar keluar. Sebab apa awal? Urusan di luar bermula pada 8 pagi. Mana nak cari breakfast dulu kan. Saya terus hantar kad kunci. Yang best dekat sini, sentiasa ada staf di kaunter. Wang sekuriti saya dikembalikan. Staf pun baik dan berbudi bahasa. Boleh repeat kalau gaya macam ni. Hihihi

Kami berhenti makan di warung tepi jalan, Makwe. Di situ banyak jenis kuih-muih dan lauk pauk. Ada nasi dagang, nasi lemak dan nasi hujan panas. Fuh! Meriah. Tau saya ambil apa???

Bihun goreng je.

Kuih-muih kat sini lima ploh sen. Saya ambil kuih apam, pau goreng Malaysia dan pau inti kelapa. Saiz comel je. Lupa nak snap. Anak saya kata, popia sira tu sedap. Patutlah habis awal.

Lepas makan, terus ke tempat yang dituju untuk selesaikan urusan. Lepas selesai semua, saya ke Taman Esplanade Temerloh yang terletak di pesisir Sungai Pahang berhampiran Dataran Patin.

Pernah datang 2 kali, tapi kali ini banyak masa untuk menikmati keindahan sekeliling. Anak saya kata, selalunya hujan. Tapi, hari tu....cuaca sangat cantik. Panas pulak tu. Huhuhu

Tempat lepak-lepak sambil bincang masa depan

Tak pasti masih beroperasi ke tidak.

Konon nak naik jambatan gantung, tak jadi sebab panas dan perut tengah kenyang. Di bawah tu, macam bangsal terapung. Mudah para nelayan untuk berlindung daripada panas dan hujan bila menurunkan hasil tangkapan.

Jeti kah?

View terus ke sungai dari daratan.

Sungai dekat Pahang besar dan luas.  Kalau sungai dekat kampung saya (Pulau Pinang), kecil, jernih dan berbatu.

Laluan untuk turunkan perahu/bot.

Pokok jenis rain tree.

Pernah dengar nama Kuala Semantan dalam buku himpunan novel zaman kakak sekolah menengah. Sekitar tahun 80-an. 

Dulu tak pernah terfikir boleh kerap ke sini. Kalau negeri Pahang, pernah sampai Cameron Highlands je.

Lepas pusing-pusing kawasan sini, saya singgah membeli buah. Buah tangan untuk dibawa balik ke rumah dan buah tangan untuk dibawa balik ke asrama anak.

Saya beli sebab buah nampak segar. Tak macam di tempat saya, susah nak dapat yang elok. Huhuhu. Yang ini puas makan, manis pulak tu.

Pelbagai buah-buahan. Saya beli yang anak-anak suka je la.

Jambu air tu geram tengok... Cuma saya tak boleh nak makan sejak berumur ni haaa...

Selepas 2 plastik tapau masuk bonet, kami ke Semantan Walk. Anak nak beli barang sikit. Dia tahu la kawasan sini sebab kerap balik Kl naik bas.

Pemandangan hadapan. Penuh dengan gerai jalan. Konon nak beli churros depan ni, anak kata sedap... Rupanya tutup.

Masuk ke kedai beli selendang la... T-shirt la... Dia paw mak dia betul-betul ni. Lepas tu lintas jalan ke Watson. Beli barang dia juga, kemudian ke Family Mart. Maknya teringin nak makan bagel. Beli la satu, habuan nak merasa. Rupanya memang sedap. Blueberry tu tak manis... Roti tu dah la rangup. Memang kena dengan tu tekak maknya.

Makan satu pun dah kenyang... Alhamdulillah 
Dekat Temerloh ni best pula rasanya... Semua ada. Dekat-dekat pula tu. Kalau ada urusan dekat sini memang senang. Senang juga nak cari.

Jauh-jauh datang, dia cari ni jugak. Katanya, yang dekat rumah kecik saiznya. Ini besar. Murah pulak tu.

Selepas membeli-belah, kami pun dah nak balik. Hantar anak dulu balik ke asrama. Cuaca panas, bikin kami semua mengantuk. Masuk lebuhraya, singgah RnR untuk solat jamak Zohor dan Asar. Lepas tu, lapar la pulak. Keluar lebuhraya cari gerai makan. Dapat la makan nasi ayam penyet. Sedap. Sambal sedap dan ayam goreng pun rangup dan rasa segar. Lupa pula nama gerai ni.

Tauhu dan tempe pun sedap. Selalunya asyik dapat ayam keras la.. Sambal tak sedap la.. Ini memang terbaik! Makan pula tepi anak sungai. Syahdu.

Alhamdulillah, lepas makan... Kami meneruskan perjalanan pulang. Walaupun dua hari 1 malam je di Temerloh, kami tetap enjoy. Kebarangkalian untuk datang lagi sangat tinggi. Nanti nak kena bawa semua anak, belanja makan di Warung Acu.

Tiberrrr......balik ikut jalan lama...condition jalan teruk. Nyesal pula ikut kata hati. Tapi dapat lalu Gombak Utara, seumur hidup tak pernah sampai.

Sharhanah 

Bagaimana Mengekalkan Rumah Sentiasa Bersih?

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Siapa suka rumah bersih? Angkat lengan!

Bila duduk rumah, kerja memang tak pernah nak habis. Hari-hari ulang benda yang sama. Terfikir juga, solat pun kena buat hari-hari. Maka, selagi bernafas selagi itulah kehidupan perlu diteruskan. Mana boleh jemu. Buat je. Jangan mengeluh. Lagi-lagi bab untuk mengekalkan kerbersihan rumah. Yerlah, 24 jam saya duduk di rumah.  Kenalah bijak mengatur tugas memandangkan saya juga bekerja dari rumah. Pengurusan masa sangat penting.

Tapi kan, mana la larat nak buat semua. Saya ikut ni je;

Setiap hari

Kemas cadar, bantal dan tilam
Lap meja
Lap sinki dapur
Sapu lantai 1 rumah!
Buang sampah

Seminggu sekali

Lap kabinet TV
Berus lantai & dinding tandas
Bersihkan cermin di ruang tamu, bilik tidur dan bilik mandi
Lap habuk di rak
Tukar cadar dan sarung bantal
Vakum permaidani
Mop lantai

Sebulan sekali

Bersihkan oven dan microwave
Bersihkan peti sejuk
Bersihkan tong sampah
Buang sawang

Setahun sekali

Cuci karpet
Cuci tingkap
Cuci langsir

Anggap je buat aktiviti mengemas ni umpama senaman ringan. Penat tapi sihat.

Sharhanah

Makan Malam: Burger Simple

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Stok makanan banyak yang dah habis. Peti sejuk pun dah kosong. Nak restocknya lagi sehari dua. Makanlah apa yang ada dulu. 2 minggu lepas shopping barang dapur. Tak pernah-pernah cecah sampai RM600+ walaupun tak penuh 1 troli. Terkejut juga. Memang mahal harga benda sekarang.

Pagi buat nasi goreng sampai ke tengahari. Petang buat buah melaka. Si sulung tolong parutkan kelapa, anak no.2 bantu blend daun pandan untuk dapatkan warna dan aroma dan si bongsu pulak buat rancak! Dia nak tolong macam-macam, sudahnya dia keluar main.

Makan malam, buat burger simple. Kebetulan adik ipar saya hantar banyak roti. Apalagi, saya suruh anak-anak bakar roti, goreng patty & telur. Anak laki ke kedai belikan keju.

Siap je, saya susun. Roti bawah, patty, keju, telur, sos cili, mayonis dan roti bahagian atas. Buat sorang satu, makan ramai-ramai. Alhamdulillah.. Sedap dan kenyang..


Murahkan rezeki buat si pemberi dan murahkan juga rezeki untuk kami. Aamiin.

Sharhanah

Giveaway Perfume SR

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Tengah santai-santai ni kan, terjumpa pula giveaway yang dianjurkan blogger SR yang sangat rajin. Saya sempat follow beliau di TT dan terus buat entri ini sebagai tanda support saya.

Klik pada gambar untuk menyertai giveaway ini ok

Syarat-syarat Giveaway Perfume Blog SR:
1. Follow blog SR (https://syaznirahim.com)
2. Buat 1 post di blog tuan/puan bertajuk Giveaway Perfume SR
3. Copy banner di atas, dan letak sebagai gambar pertama di post pada syarat (2).
4. Tinggalkan link post tuan/puan di post ini.
5. Boleh join dari semua blog yang tuan/puan ada, tapi perlu ikut syarat (2), (3) dan (4).

Jom sertai! Pakat wangi lepas niπŸ˜™

Sharhanah

Sirah: Pembentukan Negara Madinah

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pertama kali menjejaki ke bumi Madinah pada awal tahun 2020, sangat mengujakan. Perasaan yang sangat damai dan tenang di sini sehingga anak sulung saya terkeluar perkataan "tak nak balik" selepas kami mengerjakan solat Subuh berjemaah pertama di Masjid al-Nabawi.

Jom ikuti sirah tanah suci ini dengan lebih santai.

Peta Madinah


Madinah terletak di Semenanjung tanah Arab, iaitu di utara Mekah. Nama asalnya ialah Yathrib.

Penduduk Madinah terdiri daripada berbilang bangsa, qabilah dan agama. bidang perniagaan seperti perniagan tamar dan bijirin menjadi salah satu sumber ekonomi mereka. Peperangan dan persengketaan sering tercetus antara qabilah. Qabilah yang paling berpengaruh di Madinah adalah;

dalam kalangan orang Arab - Aus dan Khawarij

dalam kalangam orang Yahudi - Bani Qainuqa, Bani Nadhir, Bani Quraizah.

Asas Pembentukan Negara Madinah

Madinah ialah negara Islam yang pertama didirikan oleh Nabi Muhammad SAW. Setelah Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, baginda telah meletakkan tiga asas penting dalam pembentukan negara Madinah.

Asas pertama

Pembinaan Masjid al-Nabawi di tapak tanah dua anak yatim Bani Najar. Baginda dan para sahabat berganding bahu dalam pembinaan masjid ini. Baginda menjadikan masjid tempat kaum muslimin berhimpun dan melakukan pelbagai aktiviti.

Nabi Muhammad SAW menjadikan masjid berperanan sebagai:

  1. Pusat ibadah bagi mengukuhkan keimanan kepada Allah SWT.
  2. Pusat pembelajaran Agama Islam dan perkembangan ilmu serta dakwah.
  3. Pusat pertemuan dan perhimpunan umat Islam untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan.

Pusat pemerintahan yang menjadi tempat perbincangan Nabi Muhammad SAW dengan para sahabat sebelum membuat sesuatu keputusan.

Asas kedua

Mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan Ansar

Kaum Muhajirin ialah para sahabat yang berhijrah bersama-sama dengan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah.

Kaum Ansar pula ialah penduduk asal Madinah yang memeluk Islam dan banyak membantu baginda dalam penyebaran Islam. 

Contoh persaudaraan yang dibentuk oleh Nabi Muhammad SAW:

  • Abu Bakar as-Siddiq r.a dengan Kharrijah bin Zuhair r.a
  • Umar bin al-Qhatab r.a dengan 'Itban bin Malik r.a
  • Jaafar bin Abi Talib r.a dengan Muaz bin Jabal r.a

Akhlak yang diamalkan kaum Ansar untuk mengukuhkah silaturahim dengan kaum Muhajirin:

  1. Memberikan perlindungan
  2. Membantu menyediakan keperluan
  3. Berkongsi harta dan keuntungan

Persaudaraan yang dibentuk oleh Nabi Muhammad SAW berjaya menghapuskan perkauman jahiliyah yang mementingkan keturunan dan harta benda. Seterusnya, persaudaraan berjaya membentuk masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.

Asas ketiga

Pembinaan negara Madinah: Mewujudkan Piagam Madinah

Piagam Madinah ialah satu perjanjian bertulis yang dibuat oleh Nabi Muhammad SAW. Perjanjian itu mengandungi aturan kehidupan bersama-sama dengan golongan Muslimin dan bukan Islam, iaitu golongan Yahudi yang tinggal di Madinah. Perjanjian ini bertujuan menjaga keselamatan dan keamanan negara Madinah.

Isi kandungan Piagam Madinah

Antaranya termasuklah:

Kewajipan umat Islam saling melindungi, bantu-membantu dalam kebajikan, menentang kezaliman, pergaduhan dan perbuatan dosa.

Kedudukan kaum Yahudi dan orang bukan Islam.

Diberi kebebasan mengamalkan agama mereka dan mempunyai hak dalam beragama serta melakukan kebaikan.

Tanggungjawab semua penduduk Madinah

Memperakui Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara.

Memberikan sumbangan kepada negara, hidup bersatu padu dan berkerjasama mempertahankan Madinah daripada pemberontak dan segala bahaya kepada negara.

Setiap perbalahan diadili mengikut ajaran Islam.

Iktibar daripada peristiwa pembentukan negara Madinah

Masjid mempunyai peranan penting dalam mengukuhkan hubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia.

Kita hendaklah mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti ibadah dan kemasyarakatan.

Memelihara dan mengeratkan silaturahim dapat mengukuhkan perpaduan umat Islam.

Sikap hormat-menghormati dan toleransi dengan pelbagai kaum dapat melahirkan masyarakat yang harmoni.

Kepimpinan Nabi Muhammad SAW  ialah contoh terbaik untuk dicontohi.

Bersikap adil, tegas dan mengutamakan kesejahteraan orang yang dipimpin.


Yang merindui,

Sharhanah

Resipi: Kari Ayam Mudah

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya ni tak pandai buat kek asas. Apatah lagi kek yang susah-susah. Pengemar kek pisang, kek marble dan kek pastry buah. Kalau buat pun mesti salah teknik. Rasa sedap, cuma tekstur payah nak dapat yang perfect. Kalau saya cuba banyak kali, membazir pula. Baik beli. Support ekonomi je lah.

Kalau memasak kari atau sambal tumis, itu kepakaran saya. Chewah! Suami dan anak-anak akan makan bertambah. Kiranya okaylah kan. Anak sulung saya minta resipi. Saya jawab, nanti refer blog mama je. Boleh rujuk hingga ke anak cucu. Apa yang baik, mama kongsi. Kalau rindu, sedekahkan Al-Fatihah dan buka blog ni.

Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk hidangan 4 pax,

Bahan-bahan:

8 ketul daging ayam dilumurkan sedikit garam dan kunyit - perap sejam

1 paket serbuk kari ayam/daging Faiza @ Cap O - Campur dengan setengah cawan air untuk dijadikan pes

2 ulas bawang merah - ditumbuk halus

2 ulas bawang putih - ditumbuk halus

1 inci halia - ditumbuk halus

2 biji ubi kentang - belah 4

1 batang lobak merah - hiris besar

1 biji bunga lawang

1 batang kayu manis

2 biji cengkih

2 biji cili merah - tidak dipotong atau dibelah

Garam secukup rasa atau nak letak kiub ayam pun ok

1 cawan santan - ikut citarasa, nak pekat masukkan lebih

Kaedah:

  1. Bismillah... Panaskan 1 senduk minyak masak di dalam kuali tanah liat. 
  2. Tumis bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis.
  3. Masukkan bahan yang telah ditumbuk halus dan pes. Kacau sebati.
  4. Masukkan daging ayam dan cili merah. Kacau sebati dan tutup penutup kuali. Buka api yang perlahan.
  5. Nampak kering dan pes pecah minyak, tambahkan air. Tutup semula penutup kuali.
  6. Masukkan ubi kentang. Tutup semula penutup kuali.
  7. Bila nampak ubi kentang dah lembut, masukkan santan dan 1 cawan air. Kacau sebati.
  8. Tunggu mendidih, masukkan garam secukup rasa. Tutup api.
  9. Sedia untuk dihidang.

Selalunya lauk kari ayam ni lawannya kobis goreng dan sambal belacan. Cukup dah tu. Nanti mama share resipi kari ikan, sambal tumis dan ayam masak kicap pulak. 

Heeee... resipi tu ikut style saya tau. Lain orang lain tekniknya. Kang ada yang pertikaikan, awatla cili merah masuk awal sangatπŸ˜…

Sharhanah

Akhlak: Tanggungjawab

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Bertanggungjawab ialah kesungguhan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan yang telah ditetapkan selagi tidak bercanggah dengan syarak.

Dalil:

"... sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota itu akan ditanya tentang apa  yang dilakukannya".

(Surah Al-Israa' 17:36)

Bahagian Bertanggungjawab

  • Tanggungjawab kepada diri sendiri - Menunaikan perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.
  • Tanggungjawab kepada Allah - Memelihara diri daripada perkara-perkara yang tidak diredhai Allah dan memantapkan iman dalam diri dan melaksanakan tuntutan rukun Islam dengan sempurna.
  • Tanggungjawab kepada ibu bapa - Mendoakan, bercakap dengan lemah lembut, taat dan berbakti kepada kedua-dua ibu bapa.
  • Tanggungjawab kepada guru - Menumpukan perhatian ketika guru mengajar, mematuhi segala yang diarah dan menghormati serta mendoakan kesejahteraan guru.
  • Tanggungjawab kepada negara - Kesetiaan, menjaga harta benda awam dan menjaga keselamatan serta keamanan negara.
  • Tanggungjawab kepada masyarakat - Melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat, saling menasihati dan berbuat baik serta memelihara kerukunan hidup berjiran.

Fadhilat Bertanggungjawab

Sudah pasti dikasihi Allah dan Rasulullah serta disukai oleh ibu bapa dan masyarakat. Apa kerja yang dilakukan akan menjadi sempurna dan mendapat faedah yang berpanjangan.

Akibat Tidak Bertanggungjawab

Apabila kita tidak bertanggungjawab, tentunya dimurkai Allah dan Rasulullah. Kerja yang diamanahkan tidak sempurna, hasil kerja yang sia-sia dan tidak mendapat keberkatan.

Jadilah insan yang bertanggungjawab dengan apa yang diamanahkan.

Sharhanah

Misi Mencari Bloglist Bermula!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Misi saya kali ini ialah untuk memenuhi ruang bloglist yang masih kosong di blog saya. Al-maklumlah, blog masih baby lagi kan. Jadi, saya lancarkan "Pencarian bloglist Blog Sharhanah sepanjang 2024". Semua yang join akan saya senaraikan di entry ini bila tarikh dah tamat. Kiranya, mudah juga pembaca nak blogwalking ke blog anda.

Hanya 10 blog sahaja yang akan disenarai pendek untuk diletakkan di ruang sidebar. Kelebihan? Mudah bagi saya untuk blogwalking ke blog anda tanpa perlu membuka "reading list".


Syaratnya sangat mudah;

  1. Follow saya (klik atas, sebelah kanan) 
  2. Buat entry dengan meletakkan banner di atas dan pautkan.
  3. Tinggalkan komen di bawah entry ini.
  4. Sertai segmen ini sebelum 3 Mac 2024.
Semoga segmen julung-julung kali ini mendapat banyak penyertaan untuk saya lebih bersemangat untuk berblog. Mana tahu, ada rezeki lebih, kita buat giveaway pulak 😊

Sharhanah

Kisah Seram: Rumah Inap Atau Rumah Tinggal?

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 

Entry kali ini agak seram sikit yer. Dah lama nak sambung kisah percutian ke utara, asyik terlupa je. Untuk yang belum membaca kisah percutian saya sekeluarga, boleh ke pautan di bawah dulu ya untuk ambik feel. Hehehe... Kalau yang dah baca, sila skip untuk terus ke kisah seram. 

Empangan Timah Tasoh - Petang Yang Mengasyikkan!

Kami kembali semua ke rumah inap/homestay selepas menikmati pemandangan lewat petang di Timah Tasoh. Perjalanan pulang hanya mengambil masa 13 minit sahaja. Tidak lah jauh.

Saya suka homestay ni sebab dekat betul dengan jalan raya utama. Rumahnya bersih dan selesa. Tuan rumah pun baik. Kami banyak berhubung menggunakan aplikasi WhatsApp sejak menempah sehinggalah daftar keluar.

Tuan rumah pun tinggal berdekatan. Mudah nak panggil kalau-kalau network coverage tak okey. Mana la tahu kan...

Kami sampai dalam pukul 8.15 malam. Tak sabar nak bersihkan diri dan solat. Pastu nak tidur. Waktu untuk rehatkan badan setelah seharian di luar.

Sampai di halaman rumah pada pukul 8.20 malam. Dongak je nampak bulan.

Kami memberi salam untuk masuk ke rumah. Itu telah menjadi kebiasaan kami sekeluarga. Selepas pintu rumah dibuka, suis lampu ruang tamu dihidupkan. Tetapi lampu tidak menyala. Hanya lampu di bilik sahaja yang ok.

Saya tak kisah sangat sebab nak tidur je kan. Tapi, jadi kisah pula bila bekalan air paip tak ada. Dah la belum solat lagi. Nasib baik masih ada air di paip luar rumah. Boleh la berwudhu dan solat dulu.

Saya WhatsApp tuan rumah untuk memberitahu masalah yang sedang dialami. Tuan rumah inform ada gangguan bekalan elektrik yang mungkin mengambil masa untuk pulih. Elektrik tu ok, cuma air takde ni macam mana?

Tuan rumah datang berjumpa dengan suami di luar. Dia inform nak bawa kami tukar homestay beliau yang lain. Saya ok, janji ada air. Kami pun bersiap. Semua beg kami bawa masuk bonet kereta dengan harapan, next homestay lagi best lah.

Kami follow dari belakang kereta tuan rumah. Homestay kali ini terletak di taman perumahan. Perjalanan mengambil masa dalam 10 minit juga. Keadaan pukul 9 malam agak lengang. Memang berbeza dengan lembah Klang. Santai betul.

Kami sampai di depan rumah disambut dengan hujan renyai. Saya masih di dalam kereta sambil menunggu tuan rumah buka pintu. Tengok tuan rumah berkali-kali juga cuba membuka kotak untuk mengambil kunci rumah.

Saya fikir, sah tuan rumah ni jarang ke sini atau homestay ni kawan dia yang punya. Takpe lah, saya dah tak sabar nak tidur. Mata saya dah layu. Suami dan anak lelaki saya yang masuk dulu bersama tuan rumah. Tunggu diorang sembang-sembang dulu. Baru saya nak masuk.

Selepas memberi salam, saya pun masuk. Pertama kali saya berjumpa tuan rumah face to face. Oh, baya-baya abang saya je ni. Dia peramah dan sangat berbudi bahasa. Sebelum dia minta diri, dia berpesan, esok boleh balik ke homestay pertama semula. La.. Ingatkan terus di sini. Penat je angkut semua beg. Kah kah kah. Macam kena prank!

Saya terus menuju ke dapur. Nak tengok lah macam mana rumah ni. Ya, besar. Dua tingkat. Bahagian dapur luas. Tapi bukan macam homestay. Macam rumah tinggal je. Serammmm. Langsung saya tak ambil gambar disebabkan faktor mengantuk, keadaan yang tak menarik dan suram. Tak tau nak cakap macam mana, warna cat rumah pun saya tak berkenan.

Masuk tandas, sabun pun tak ada. Lantai pun banyak dengan taik cicak. Boleh bayangkan tak? Memang ini rumah tinggal. Rasanya tuan rumah pun tak bersedia untuk beri kepada tetamu menginap. Masalah diluar jangka. Kalau saya tahu awal, memang saya tak ambil offer untuk bermalam di sini. Biarlah air takde sekejap. Esok pagi mesti ada kan...

Masuk bilik berdekatan ruang tamu tu, mak aiii.... Berhabuk! Jenuh kibas-kibas. Tilam pun tak berapa nak selesa. Penghawa dingin, alhamdulillah... Sejuk kemain.

Saya bercadang nak naik ke tingkat atas. Konon nak tinjau-tinjau bilik mana yang best... Sekali tak jadi. Tengok tangga pun seram weh! Anak-anak pula pakat tak nak tidur bilik berdekatan dapur tu. Semua nak tidur dekat ruang tamu sebab ada TV. Bergaduh pula pakat nak tidur di tengah.

Yang anak lelaki, tidur atas sofa. Yang kakak-kakak dan adik bentang toto depan TV. Saya dan suami, tidur dalam bilik berdekatan ruang tamu. Saya tengok rumah ni pun tak terurus dan aura tak best. Malas nak cakap lebih memandangkan semua perancangan percutian saya yang uruskan dari A sampai Z. Tak sangka pula jadi macam ni. Tidurlah. Malas fikir. Esok nak ke Wang Kelian layan matahari terbit.

Malam tu, tidur memang tak berapa nak nyenyak. Sejuk sangat la, tilam tak best la..tapi boleh lena juga. Jenis tidur awal, kalau diberi pilihan... Ada makanan best dan bantal, pilih yang mana? Saya pilih bantal. Bak peribahasa, bagai orang mengantuk disorong bantal. Tiberr.

Saya tak tahu saya lelap pukul berapa. Yang saya tersedar, bangun sebelum subuh. Saya gosok gigi dan ambil wudhu. Kejutkan anak-anak dan buka TV9 dengan harapan, rutin seperti di rumah. Mudah untuk anak-anak bangun. Kami perlu bertolak ke Wang Kelian pukul 6.30 pagi.

Anak bongsu saya demam rupanya. Rasa dahi dia, panas. Patutlah bermalasan nak bangun pagi. Semua siap solat dan kami keluar tepat pukul 6.30 pagi. Kunci dikembalikan ke dalam kotak yang disediakan. Selepas itu, kami pun bertolak selepas pintu pagar ditutup.

Dalam perjalanan barulah keluar cerita pasal malam tadi. Anak kedua saya bercerita yang dia tak boleh nak tidur. Dia nampak satu lembaga melintas laju menaiki tangga dari dapur rumah. Fuh! Nasib baik tak tidur dekat tingkat atas. Tempat dia rupanya. Mungkin, dia turun ke dapur...sekali ada tetamu daaa... tu yang dia terkejut terbang laju naik balik ke tingkat atas.

Tapi, macam mana pula si bongsu sampai boleh demam? Adakah dia pun nampak kelibat yang sama? Atau diganggu??

Hanya dia sahaja ada jawapannya.....
 

Seram seram sejuk,
Sharhanah

Giveaway By Blog Roziah Muhammad Nor

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 

Rabu itu hari yang bisu. Tapi, saya off day setiap hari tersebut. Tak boleh sangat nak bisu. Maka, hari ini saya ada banyak masa untuk blogwalking. Jalan-jalan jumpa giveaway di rumah Puan Roziah. Singgah dulu la, minum-minum sementara nak fikir tajuk next entry.

Klik imej untuk sertai giveaway ini

Jom memeriahkan Giveaway By Blog Roziah Muhammad Nor bermula 30 Disember 2023 jam 8.00 pagi hingga 29 Januari 2024 8.00 malam. Ia berlangsung selama sebulan. Memang banyak masa lagi kalau nak join.

Sharhanah

Selepas Pulih Daripada "Blackout", Ini Yang Berlaku...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pagi tu rasa sunyi sangat. Bangun subuh pun rasa lain macam sebab tak dengar laungan azan. Rupa-rupanya, kawasan perumahan saya dan sekitarnya ada masalah gangguan bekalan elektrik.

Baru perasan Wi-Fi rumah tiada sambungan internet. Syukur juga kerja saya dah siapkan awal lagi. Pagi tu hanya update dalam group WhatsApp je. Terpaksalah jadikan telefon pintar sebagai hotspot. Takde lah ia berdesup laju. Oklah ada daripada tiada.

Bila bekalan dah kembali normal, ada 1 masalah besar pula yang perlu dihadap. Anak mengadu tak boleh tengok TV. Box semua menyala kecuali box router.
Apa yang saya buat?

Selalu membantu saya menyelesaikan masalah berkenaan Unifi. Terima kasih awak.

Saya terus private message unifi page di Facebook. Takde la lama nak dapat balasan. Sambil memasak di dapur sambil ushar-ushar telefon.

Mula tu saya disuruh untuk cabut suis router selama 10 saat sementara pihak unifi reset port daripada sistem. Kemudian on router. Tetap takde perubahan.

Maka, isu ini memerlukan pihak teknikal membuat semakan lanjut. Slot temu janji paling awal adalah hari yang sama, sesi 1 pm - 6 pm. Saya setuju je memandangkan saya sentiasa ada di rumah. Internet dah jadi keperluan sejak WFH ni kan.
Dapat SMS

Tengahari tu, saya dapat panggilan daripada pihak teknikal, care crew yang akan datang ke rumah. Cepat betul. Lega rasanya isu ini akan selesai tak lama lagi. Kerja dah banyak nak kena buat. Al-maklumlah cuti sekolah. Pukul 1 tengahari tu isu ini selesai. Syukur sangat.

Tahu apa yang rosak? Adapter. Huhuhu.

Grrrrrr....

Lama dah ni... Masa banjir 2021, dia masih selamat.

Disebabkan saya pelanggan lama dan masih berkontrak, tiada sebarang caj dikenakan. 

Sedang buat laporan, isu selesai.
Alhamdulillah, laju Unifi buat kerja. Selaju 300Mbps yang saya langgan 🀭. So far, saya tiada niat untuk menukar mana-mana rangkaian.

Yang masih setia,
Sharhanah