Selepas Pulih Daripada "Blackout", Ini Yang Berlaku...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pagi tu rasa sunyi sangat. Bangun subuh pun rasa lain macam sebab tak dengar laungan azan. Rupa-rupanya, kawasan perumahan saya dan sekitarnya ada masalah gangguan bekalan elektrik.

Baru perasan Wi-Fi rumah tiada sambungan internet. Syukur juga kerja saya dah siapkan awal lagi. Pagi tu hanya update dalam group WhatsApp je. Terpaksalah jadikan telefon pintar sebagai hotspot. Takde lah ia berdesup laju. Oklah ada daripada tiada.

Bila bekalan dah kembali normal, ada 1 masalah besar pula yang perlu dihadap. Anak mengadu tak boleh tengok TV. Box semua menyala kecuali box router.
Apa yang saya buat?

Selalu membantu saya menyelesaikan masalah berkenaan Unifi. Terima kasih awak.

Saya terus private message unifi page di Facebook. Takde la lama nak dapat balasan. Sambil memasak di dapur sambil ushar-ushar telefon.

Mula tu saya disuruh untuk cabut suis router selama 10 saat sementara pihak unifi reset port daripada sistem. Kemudian on router. Tetap takde perubahan.

Maka, isu ini memerlukan pihak teknikal membuat semakan lanjut. Slot temu janji paling awal adalah hari yang sama, sesi 1 pm - 6 pm. Saya setuju je memandangkan saya sentiasa ada di rumah. Internet dah jadi keperluan sejak WFH ni kan.
Dapat SMS

Tengahari tu, saya dapat panggilan daripada pihak teknikal, care crew yang akan datang ke rumah. Cepat betul. Lega rasanya isu ini akan selesai tak lama lagi. Kerja dah banyak nak kena buat. Al-maklumlah cuti sekolah. Pukul 1 tengahari tu isu ini selesai. Syukur sangat.

Tahu apa yang rosak? Adapter. Huhuhu.

Grrrrrr....

Lama dah ni... Masa banjir 2021, dia masih selamat.

Disebabkan saya pelanggan lama dan masih berkontrak, tiada sebarang caj dikenakan. 

Sedang buat laporan, isu selesai.
Alhamdulillah, laju Unifi buat kerja. Selaju 300Mbps yang saya langgan ๐Ÿคญ. So far, saya tiada niat untuk menukar mana-mana rangkaian.

Yang masih setia,
Sharhanah 

2 comments:

  1. Wah, cekap Unifi ya. Saya dah lama merancang nak tukar ke Unifi. Tapi, tak buat lagi. Currently, pakai Maxis Fibre, bila ada gangguan, ambil masa 2-3 hari untuk baiki semula.

    ReplyDelete