Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Penafian: Saya tak jual produk kurus. Percayalah, bila mengimbas kembali 20 tahun yang lalu, berat badan saya ialah sekitar 58 kg - 63 kg. Saiz seluar 34. Agak berisi tapi dengan ketinggian 170 cm, isi tak berapa nak nampak. Untung di situ. Selepas menetap di lembah klang, berat saya mendadak turun ke 55kg. Berat ini kekal sehingga saya berkahwin, mempunyai anak 4 dan sampai lah sekarang. Berat waktu mengandung pernah mencecah 70kg!
Macam mana saya boleh kekalkan berat badan jadi 55 kg?
Berat saya pada 16/1/2024 |
Selepas berkahwin saya mengamalkan 3 produk ini;
1. Sayur hijau
Pastikan atau wajib dalam setiap hidangan waktu makan, ada sayur hijau. Paling mudah nak dapat ialah ulam-ulaman termasuk timun dan salad. Ada sayur kangkung pun dah okey sangat dah tu. Bila ambil fiber atau serat, ia akan membantu kurangkan penyerapan gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Maka, ia boleh mengurangkan penyerapan kalori sekaligus mengurangkan berat badan kita tau.
2. Air kosong
Sebaik bangun pagi, lantas saya ke dapur untuk minum air kosong. Tak kisahlah nak minum air suam ke, air sejuk ke, janji air tu kosong. Sebelum nak ambil sarapan pun, minum air kosong. Sebelum kenyang, berhenti makan dan akhiri dengan meminum air kosong juga. Sebab tu, kalau order makanan di luar, saya wajib order air suam kosong.
Kepada yang sedang dalam mood turunkan berat badan, dalam masa 14 hari, jangan ambil langsung minuman manis termasuklah kopi, hot chocholate, jus dan minuman yang viral sedap nakmateyyy tu. Sebab, percaya tak.... air kosong ni la produk yang paling powerful untuk menolong kita kurangkan berat badan.
3. Tidur
Saya cepat mengantuk seusai solat Isyak. Fakor umurlah kot. Tahu tak, lagi banyak kita tak tidur, lagi susah nak hilangkan berat badan. Lagi lama berjaga malam (sambil baring layan phone), lagi badan stress. Bila hormon-hormon stress tinggi, susah sangat untuk lemak dibakar dalam tubuh kita ni. Makanan yang kita makan akan lebih mudah disimpan sebagai lemak.
Tidur ni sebenarnya komponen yang sangat penting untuk kita jaga dan juga untuk mengekalkan berat badan. Mungkin sebab itulah, berat saya sama je. Bila dapat tidur yang cukup, tubuh kita tak stress atau kurang stress daripada biasa. Maka kita akan mula sedar, betapa mudah sebenarnya nak slim.
So, kepada sesiapa yang ada azam 2024 nak kurangkan berat badan, boleh cuba amalkan 3 produk yang saya senaraikan di atas.
Selamat berusaha dan berjaya,
Sharhanah
Oh ye ke..mungkin siang tu perlu buat banyak aktiviti fizikal dan mental. Saya mungkin sebab itu kot, siang memang sibuk. Masuk Maghrib bateri dah low๐
ReplyDeletethanks for sharing...3,3 tu eqin ssh nak ikut
ReplyDelete๐
Delete