Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Siapa suka rumah bersih? Angkat lengan!
Bila duduk rumah, kerja memang tak pernah nak habis. Hari-hari ulang benda yang sama. Terfikir juga, solat pun kena buat hari-hari. Maka, selagi bernafas selagi itulah kehidupan perlu diteruskan. Mana boleh jemu. Buat je. Jangan mengeluh. Lagi-lagi bab untuk mengekalkan kerbersihan rumah. Yerlah, 24 jam saya duduk di rumah. Kenalah bijak mengatur tugas memandangkan saya juga bekerja dari rumah. Pengurusan masa sangat penting.
Tapi kan, mana la larat nak buat semua. Saya ikut ni je;
Setiap hari
Kemas cadar, bantal dan tilam
Lap meja
Lap sinki dapur
Sapu lantai 1 rumah!
Buang sampah
Seminggu sekali
Lap kabinet TV
Berus lantai & dinding tandas
Bersihkan cermin di ruang tamu, bilik tidur dan bilik mandi
Lap habuk di rak
Tukar cadar dan sarung bantal
Vakum permaidani
Mop lantai
Sebulan sekali
Bersihkan oven dan microwave
Bersihkan peti sejuk
Bersihkan tong sampah
Buang sawang
Setahun sekali
Cuci karpet
Cuci tingkap
Cuci langsir
Anggap je buat aktiviti mengemas ni umpama senaman ringan. Penat tapi sihat.
Sharhanah
Tak habis mengemas hari2 kan. Cie pulak kureng suka mengemas. Lebih suka masak. So husband take part mengemas. Wife buat time rajin je. Hihi
ReplyDeleteKeje yang tak pernah habis.
Deletegood tips dik, kak ana kalau rumah tak kemas mula lah pening kepala tengok kan :)
ReplyDeleteSama dengan saya. Nak buat keje lain pun tak tenteram.
DeleteHari hari mengemas. Naniey sehari 2-3 kali sapu dan mop.
ReplyDeleteMop tu kalau lantai kotor, memang bukan seminggu sekaki dah, akan jadi seminggu 3 kali๐
Deletekerja rumah memang kerja yang tiada noktah. Bila weekend mmg ammi kerah anak-anak turut sama bersihkan rumah. biar penat sama-sama dan biar droang tau mengemas tu tak mudah.
ReplyDeletetapi tang mop tu ammi memang mop 2 hari sekali sebab rumah ammi ada kucing...
Betul. Perlu ajar anak sejak diorang masih kecil lagi. Cima bab mop, anak-anak saya tak pandai guna. Habis basah lantai. Terfikir cara macam nak suruh lap lantai guna kain je... Macam dekat Jepun tu.
DeleteYa, kena buat jugak walaupun tak mahu. Hahaha. Lipat pakaian ok, cuma bab nak angkat masuk almari tu... ya Allah, malas betul saya. Kalau pakaian tu beratur masuk sendiri dalam almari kan best๐
ReplyDelete