Kisah Anak Nombor Tiga - Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan Satu

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, keputusan untuk kemasukan sekolah Tingkatan Satu dah dapat. Tapi, anak nombor 3 ditawarkan ke sekolah lain. Saya terpaksa menolak.

Walau macam mana pun, dia tetap akan tinggal dan merasai kehidupan di asrama. Rezeki di negeri Darul Makmur. Untungnya di sini, dia dapat bersekolah satu bumbung dengan kakaknya.

Bagi seorang ibu, inilah pilihan terbaik untuk masa depannya. Hanya pada ALLAH sahaja saya berserah. Moga pengorbanan ini berbaloi.

Kisah anak nombor 3 ini sedikit unik. Lahir secara normal selepas sehari ulangtahun saya dan 2 hari selepas ulangtahun kelahiran suami. Kiranya anak ini "hadiah istimewa" buat kami berdua pada tahun itu. Kebetulan pula, anak lelaki. Suami sudah ada geng!

Anak ini membesar dengan susu ibunya. Cuma dia tak nak direct feed. Terpaksalah saya mengusung Medela FS ke mana sahaja saya pergi. Banyak saya coret pengalaman di blog lama saya. Kalau stress, setitik susu pun tak keluar. Maka, melalak lah dia minta susu.

Masuk umur 4 tahun, saya masukkan dia ke taska. Umur 5 dan 6 tahun saya daftar ke pra sekolah. Bersekolah di sekolah kerajaan setakat Tahun 2 sahaja. Tahun 3, saya pindahkan ke sekolah swasta (8 pagi - 5 petang) disebabkan agak susah untuk saya pantau dari pejabat bila anak kena transit sekejap di rumah.

Kisahnya, anak saya kerap tertinggal bas. Dia terlajak tidur selepas balik sekolah agama. Kami hanya berhubung dengan menggunakan telefon. Masalah selesai bila dia bersekolah swasta. Makan minum semua terjaga. Di sekolah baru, dia dilantik menjadi ketua kelas. Cuma, prestasi setiap tahun mula merosot. Saya jadi risau.

Bila saya sudah bekerja dari rumah, saya pindahkan semula anak saya ke sekolah kerajaan. Lagi pula, suami perlu susun semula kewangan memandangkan pendapatan isi rumah kami sudah jatuh 1 kategori, banyak kena kurangkan kos. Al-maklumlah, sekolah swasta ni buku teks pun kena beli.

Anak yang ini rajin membantu saya meniaga. Adik-beradik yang lain perempuan kan... semua malu... dan atas faktor keselamatan juga mereka tak mahu. Nampaknya, lepas ni 100% guna platform online je la.

Tahun ni akan berbuka puasa tanpa 2 orang anak. Tiada lagi salam selamat malam dan pelukan sambil minta maaf setiap hari. Tinggal kami berempatlah. Mungkin sedikit berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Apa-apa pun, saya terima perubahan ini.

Ummu Hariz

Peserta Kuiz Pendidikan Islam.

Di tengah, dapat nombor 2.

8 comments:

  1. Wahhh selamat datang ke negeri darul makmur. Hihi

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tahniah utk anak puan ๐Ÿ‘
    Semoga terus sukses.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Insha-Allah... Moga begitu hendaknya.

      Delete
  3. Semoga yang baik2 je utk ibu dan anak nya... Aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... Insha-Allah. Ada kakaknya boleh ajarkan. Tu rasa tenang maknya.

      Delete
  4. Alhamdulillah. Dapat satu sekolah dengan kakak pula. Ibu tak perlu risau.

    ReplyDelete