Tapak Perkhemahan Di Port Dickson

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pemandangan malam di H&n Campsite

Ada yang suka berkhemah? Atau yang suka sangat dengan pantai dan laut? Kalau suka, saya ada cadangan. Saya dah beberapa kali ke H&n Campsite yang terletak di Jalan Pantai, Batu 4, Port Dickson.

Tapak perkhemahan ni agak unik. Kiri, pemandangan pokok bakau. Kanan, pemandangan pantai dan depan, pemandangan laut. Kiranya, ia berada di kawasan tanjung. Macam kita berkhemah di tengah-tengah laut gitew.

H&n Campsite, dekat dengan Pantai Saujana.

Pertama kali saya pergi berkhemah 2H1M selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Waktu tu tak ramai sangat. Senang nak cari tapak untuk dirikan khemah. Saya bawa sendiri khemah. Pacak betul-betul depan open sea. Angin bayu membawa diri ku... Sepintas lalu ku terkenang kan muuu...๐ŸŽถ Eh!

Caj tapak yang dikenakan hanyalah RM30 (sekarang dah RM50/tapak). Ada kemudahan seperti sewaan khemah, kabin surau, beberapa buah tandas dan bilik mandi, parkir, kereta sorong (untuk bawa barang ke tapak), genset untuk lampu dan plug point juga disediakan.

Di sini bolehlah buat aktiviti seperti memancing, BBQ, berenang, membina istana pasir, menangkap ketam, mengumpul siput waktu air surut dan menyaksikan matahari terbenam.

Tak bawa bekalan makanan? Jangan susah hati... keluar sedikit ke jalan raya utama, banyak gerai makan sedang menunggu. Cuma buka dan tak buka je la. Berhampiran stesen minyak, ada pasar malam. Boleh lah nak tapau bawa balik ke khemah. Makan tepi laut bertemankan cahaya lampu.

Kadang, saya tidak bermalam disebabkan suami kerja esoknya. Hanya santai-santai dalam khemah dan melayan karenah anak-anak mandi laut. Pernah juga saya buat kerja sambil menikmati deruan ombak. Baca di sini. Bestkan.. tapi, kena pastikan bateri telefon penuh lah.

Cuma yang tak best, waktu puncak, waktu pengunjung ramai. Nak dapat tapak best, memang susah sikit. Baru-baru ni saya ke sana lagi, tepi laut semua dah penuh dengan khemah. Saya dapat pacak di bawah pokok. Kekurangan? Tak privacy sebab laluan pengujung, agak panas sebab terlindung daripada laluan angin dan agak jauh nak ke tebing. Itu yang malas nak melepak dalam khemah. Panasss...

Kalau duduk sebelah kiri, seram pula tengok pokok-pokok bakau. Di bahagian hadapan, kalau air surut... nampak pemandangan bongkah batu. Rasanya tanjung buatan kot (ditambak)... ya, sebelah kanan port paling best. View pantai, laut yang luas… dekat dengan tebing, boleh duduk sambil celup kaki bila air pasang. Tapi, port ni cepat habis...

Lagi satu bab tandas dan bilik mandi. Lagi-lagi dah nak masuk maghrib. Waktu tu la ramai yang nak guna.. waktu puncak, jenuh menunggu. Lepas penat menunggu, waktu giliran kita nak mandi, air pula habis. Hahaha... naya. Kalau subuh tu, kena bangun awal tau.

So far, tempat ni best je. Kalau anak-anak ajak ke pantai, memang ke sinilah kami. Tak bawa khemah, kami bentang tikar melepak di Pantai Saujana. Nampaklah H&N Campsite dari jauh. 

You happy, we happy.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan: Klik SINI

Cahaya matahari menembusi awan

Sedap dia tidooo..
Sharhanah

4 comments:

  1. iqin pernh pergi camp site kat pd
    tapi kami masuk tempat free je x dikenakan bayaran..buka khemas biasa2 je suami bawa kanvas zaman askar dia dlu...klu tgk kemah org lain mmg wowwww sgt hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni dah tak boleh open khemah. Lagi-lagi di 3 pantai awam (Pantai Bagan Pinang, Pantai Saujana & Pantai Cahaya Negeri). Kompaun 1K.

      Delete
  2. baru kelmarin wak jalan2 ke pulau burung PD tuh., nmpk menarik je siap ada pasang khemah penuh ., hehe

    ReplyDelete