بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Nampak macam momen biasa je dalam gambar ni kan? Anak-anak tengah seronok menunggang belakang abah mereka. Muka semua ceria je, langsung tak ada beban kat kepala. Masa ni, mereka budak lagi, tak fikir apa... dapat gelak-gelak atas belakang abah pun dah rasa seronok sangat. Cuma tulah, bila tengok balik gambar lama ni, senyuman dalam gambar ni tiba-tiba buat hati saya jadi sayu dan termenung..
![]() |
| . |
Gambar ini mungkin sudah berbelas tahun, tapi rasa bahagianya masih terasa sampai hari ni.
Kalau saya boleh minta satu perkara daripada masa, saya cuma mahu pinjam semula sehari daripada zaman tu.
Ya, sehari je.
Untuk tengok balik anak-anak mama masa kecik, nak dengar balik gelak tawa tu, dan nak merasai sekali lagi betapa indahnya menjadi ibu bapa kepada kalian semua.
Namun saya sedar, masa tidak akan berputar balik. Yang tinggal hanyalah kenangan, doa, dan harapan.
Semoga Allah terus memelihara keluarga kecil kami. Semoga kasih sayang ini bukan hanya terhenti di dunia, tapi menjadi sebab untuk kami berkumpul semula di syurga-Nya nanti.
Kerana sebesar mana pun kasih ibu bapa kepada anak-anak, kasih dan rahmat Allah jauh lebih besar.
Sayang anak-anak mama dulu, sekarang, dan selamanya........❤️

Tiada ulasan:
Catat Ulasan