Persiapan "Back To School" Sesi Persekolahan 2024/2025

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Minggu ni, Sekolah Rendah Agama (SRA) dah buka kaunter selama 2 hari untuk pembayaran yuran sesi persekolahan 2024/2025. Kaedah pembayaran pula hanya tunai sahaja. Saya pula jenis tak suka bawa wang tunai. Apa-apa transaksi, guna kad, e-Wallet atau QRPay sahaja. Terpaksalah singgah ke ATM untuk keluarkan duit. Maka, selesai untuk 1 sekolah. Ada lagi 3 buah sekolah!

Yuran

Yuran untuk  4 sekolah

Pakaian/Peralatan

Tahun ni, ada yang naik Tingkatan 1 dan berasrama. Ada yang bertukar warna uniform sekolah juga. Maka, maknya pun senaraikan apa yang perlu diganti baharu. Nak kongsi di sini, panjang pula senarainya.

Untuk yang susah nak dapat seperti seluar sekolah menengah agama, baju kurung, tudung berwarna kuning dan barang yang lebih murah dari kedai, saya beli di Shopee je. Untuk barang asrama, banyak saya beli di Mr D.I.Y. Untuk kasut sekolah, saya lebih suka beli di pasaraya besar. Tahun ni, 2 orang anak memerlukan kasut sekolah baharu. Anak laki, setahun 2 kali beli kasut sekolah. Sejenis haus tapak. Ntah berjalan suka seret kasut kot. Harga kasut sekolah sekarang dah hampir mencecah RM50/pasang. Kalau 4 orang anak dah berapa...

Alhamdulillah, untuk alat tulis... semua dah lengkap. Majoriti dapat hadiah masa sesi persekolahan lepas. Cuma tambah correction tape untuk anak-anak sekolah menengah.

Menjahit

Hahaha, bab paling saya lemah. Perlu tunggu happy mood nak buat benda ni. Nak jahit lencana sekolah, nak jahit nama di setiap pakaian sekolah, nak buat tanda la... belum ada mood lagi. Mood blogging je ada buat masa ni.

Rasanya, 3 benda tu je la untuk sesi kali ni. Bajet semua mungkin akan mencecah RM4K termasuk nak menghantar balik anak-anak ke asrama. Hidup ini keras ya. Inilah amanah yang perlu digalas oleh semua ibu bapa dengan memberi pendidikan sempurna dunia dan akhirat buat semua anak-anak. Semoga usaha dan pengorbanan kita dibalas oleh Allah.

Sharhanah

SEGMEN : MENCARI BLOGLIST BARU by Nieza

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Di dalam dunia blog ni, untuk mendapatkan ramai kenalan perlulah rajin tinggalkan komen dan kerap join segmen dan giveaway yang dianjurkan oleh mana-mana blogger. Blog saya ni pun baru berumur 3 tahun. Haruslah saya join mana-mana segmen yang dianjurkan bila berkelapangan. 

Kali ini, saya join segmen oleh blogger Nieza. Syarat pun mudah. Jom kita memeriahkan segmen beliau.

Klik banner untuk join
Sharhanah

Cari Punca Masalah Kulit Kepala

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Walaupun masa saya banyak duduk di rumah tak bermakna saya tidak perlu berdandan. Paling penting sentiasa menjaga kebersihan kulit kepala, barulah rambut dapat memiliki rambut yang cantik. Suami pun sayang.

Semalam, saya bawa anak-anak perempuan saya ke salon & spa berdekatan rumah. Jalan kaki je pun. Hehehe. Cadangnya nak potong dan cuci rambut. Alang-alang terus buat konsultasi dengan imbasan kulit kepala memandangkan saya nak tahu sangat keadaan kulit kepala sebenar kami bagaimana. Dah tahu masalah, baru boleh cari punca.

Rupanya, pemilihan produk yang salah pun menjadikan punca selain perubahan hormon. Minyak berlebihan, liang folikel tersumbat, kulit kepala menjadi gatal, keguguran rambut dan keradangan. Disebabkan saya sekeluarga memakai syampu yang sama, masalah kulit kepala kami pun hampir sama! 

Kulit kepala berminyak bila cuci tak bersih, boleh menyebabkan liang folikel tersumbat. Bila tersumbat, akan menyebabkan keradangan. Bila radang/gatal, kita akan garu sampai terluka.  Bekas luka pula akan dijangkiti kuman. Liang folikel tersumbat juga boleh menyebabkan anak rambut tak boleh nak tumbuh. Bila tak tumbuh, akan menyebabkan kebotakan.

Untuk rambut yang sihat, 1 liang folikel ada beberapa batang rambut. Kalau ada masalah tersumbat... kita boleh nampak 1 batang rambut je. Kalau teruk sangat, liang tersebut akan tertutup dan tidak akan menghasilkan anak rambut lagi. Serammm.

Selepas mendapat konsultasi, saya potong rambut bagi sama. Selama ni, potong rambut sendiri je... agak-agaklah rupanya macam mana? Hahaha. Lepas tu baru cuci rambut dan keringkan. Rambut saya diletakkan dengan minyak untuk memberi kilauan serta merta kepada rambut, melindungi daripada sinaran UV dan mudah diuruskan. Saya suka bau minyak rambut ni, besttt.

Lama jugalah sesi untuk saya anak-beranak. Al-maklumlah, semuanya berambut tebal. Sampai bapaknya WhatsApp tanya, kenapa lama sangat.

Lepas cut + wash + blow, rasa segar kulit kepala. Staf pun melayan dengan lembut. Lupa dah nama dia.

Jom potong rambut sket

Dapat disimpulkan di sini, penjagaan kulit kepala sangatlah penting. Rambut yang cantik dan bersinar datang daripada kulit kepala yang sihat. Rahsia untuk rambut yang cantik, kuat dan sihat adalah dengan mengamalkan pemakanan yang sesuai. Rambutkan mahkota wanita!

Teringin betul nak join sesi rawatan rambut berkala di salon. Hurmmm... Mimpi je dulu.

Sharhanah

Kemaskini Senarai Peserta: Pencarian Bloglist Untuk Blog Sharhanah Sepanjang 2024

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Jom semak blogger yang menyertai segmen "Pencarian bloglist Blog Sharhanah Sepanjang 2024". Kalau ada yang tercicir, boleh inform ya.

Senarai blogger setakat 29/2/2024

Kepada yang nak join, masih ada masa lagi tau. Tarikh tutup penyertaan pada 3 Mac 2024. Kalau rezeki, penyertaan disaat akhir pun boleh tersenarai menjadi pemenang.
Klik banner untuk join.
Sharhanah

Nak Resipi Makanan Sihat Macam Dekat Wad, Boleh?

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dua minggu berlalu, Alhamdulillah... suami dah pun sihat untuk mula bekerja. Lega hati saya. Mana taknya, asyik mengadu sakit. Dah pergi ke klinik pun, doktor rujuk ke hospital. Saya suruh ke hospital swasta sebab kesnya bukan emergency nak suruh doktor kerajaan ambil kes. Kalau ambil pun, kena la tunggu. Banyak lagi kes urgent. Dia pergi juga ke Jabatan Kecemasan di salah satu hospital kerajaan. Sudahnya, doktor hanya bagi ubat tahan sakit. Masalah tak selesai juga.

Nak dijadikan cerita, lepas saya solat Maghrib tu... sakitnya dah kemuncak. Suami ke klinik lagi. Dapat je surat rujukan, terus saya bawa suami ke hospital swasta yang berdekatan. Esok pagi tu juga dia kena operate. Dapatlah suami berehat 2 hari di wad. Cuti sakit diberi 11 hari. Puas duduk rumah. Kes penakut kena operate kekdahnya ni...hihihi.

Saya sangat suka menu di wad. Sedap dan sihat. Masa tunggu suami nak discaj, makanan dihantar, dia tak nak makan. Lalu, saya yang habiskan. Sayangnya biar macam tu je. Kebetulan saya datang pun dengan perut kosong. Langkah kanan. Sedap sangat. Citarasa memang kena dengan tekak saya.

Masa anak-anak masih kecil dan kerap masuk wad, saya yang meneman ni kan... tak pernah lah kena gastrik. Mana taknya, makan semua ikut masa. Boleh pilih pula nak menu apa. Bila anak-anak dah besar-besar, syukur... masing-masing sihat dan tak pernah masuk wad. Tapi, jadi rindu pula nak makan makanan di wad.

Gambar makanan di wad lupa pula saya nak snap. Kalau blog lama saya, asal makanan sampai saya akan snap untuk dibuat rujukan. Saya rasa, wad hospital kerajaan ke, swasta ke...menunya semua sedap-sedap. Ingat lagi bubur ayam di Hospital Ampang, kalah bubur mekdi uiii...

Gambar menu mana???

Siapa yang ada resipi sihat macam dekat wad tu, boleh la kongsi di ruang komen. Terima kasih.

Sharhanah

Sambut Hari Jadi Di LiLLA Rainforest Retreats

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Minggu lepas, saya menghadiri sambutan ulangtahun kelahiran anak kawan di sebuah resort di Hulu Langat, Selangor. Rasanya kali terakhir saya berjumpa anaknya waktu PKP. Dah besar pun.

Perjalanan masuk dari jalan besar ke Lilla Rainforest Retreat dalam 2KM. Agak dalam jugalah. Kebanyakan resort di sini bukan terletak di tepi jalan utama. Perlu melalui jalan tar untuk sampai. Saya dan anak-anak sampai dalam pukul 4 petang.


Resort ini menyediakan ruang parking yang agak luas, terletak di pintu masuk. Takde lah jauh nak menapak. Sampai sahaja, dah nampak satu keluarga besar sedang melakukan aktiviti di dalam kolam. Kolamnya takdelah proper macam kolam renang dan airnya tak jernih. Nampak macam punca air daripada anak sungai yang berdekatan. Setakat nak main air boleh lah.

Petang tu, kami buat aktiviti BBQ dan memasak oden. Semuanya buat di tepi kolam. Ada bangku dan meja berbumbung disediakan. Seronok buat kerja ramai-ramai kan. Ada yang nyalakan arang, yang menggoreng, merebus.

Anak-anak semua rajin membantu. Ada yang bantu tiup belon untuk sambutan hari jadi malam nanti, tolong angkat-angkat barang dan yang ikut maknya ke kedai beli barang. Comel je kan.

Lepas solat Maghrib, kami buat persediaan untuk majlis tersebut. Ada 2 orang birthday girls rupanya. Ingatkan sorang.

Kami memasang belon dan hias apa yang patut. Lepas aktiviti memotong kek, ada beberapa acara untuk anak-anak. Antaranya ialah pecahkan belon, makan biskut dari dahi, si buta dengan senduk rezeki dan rebut kerusi berirama. Memang enjoy dan anak-anak pun tak bosan.

Si buta dengan senduk rezeki

Makan biskut dari dahi. Siapa dapat makan dulu, dia menang. Paling kelakar tengok muka sorang-sorang. Lagi-lagi tang hidung 🀣.

Persiapan...

Lepak dulu sebelum acara bermula

Alhamdulillah, semua dapat hadiah. Anak-anak saya pun seronok sangat. Al-maklumlah, cuti sekolah asyik memerap di rumah je kan. Sekali boleh keluar, kemain seronok arrrr.

Moga ukhwah antara kami berpanjangan dan disambung pula dengan anak-anak kami. Murah rezeki juga buat yang menaja hadiah, makanan dan masa...

Dear Riri & Medina,
May Allah bless both of you with good health and lots of success♥️

With luv,
Aunty Sharhanah

Kenali Taktik Panggilan Oleh Scammer

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ada yang pernah terima panggilan yang mencurigakan? Kerap juga saya terima. Tapi, saya matikan panggilan dan pernah juga saya aktifkan speaker telefon sebab nak dengar suara scammer tersebut🀭 (slag negara jiran pun ada ya).

Ada juga yang rajin melayan. Untuk saya yang sentiasa banyak kerja, takde masa lah nak melayan. Buang masa dan habis bateri telefon  je. Masa itu emas tau.

Jom kenal taktik panggilan oleh scammer.

Panggilan dimulakan dengan operator yang memerlukan kita menyambung panggilan dengan menekan nombor 0.

Pemanggil cuba mengambil tahu mengenai maklumat perbankan kita.

Pemanggil memaklumkan bahawa kita telah memenangi cabutan bertuah.

Pemanggil mengatakan kita mempunyai cukai tertunggak di Jabatan Hasil Dalam Negeri.

Pemanggil menyamar sebagai pegawai Mahkamah  Tinggi KL dan mempunyai waran untuk menangkap kita.

Scammer fikir kita banyak duit agaknya. Duit-duit banyaklah di pokok.

Kadang tu, lawak pun ada sebab saya takde kena mengena. Macam saya dapat panggilan daripada Pos Malaysia, Telekom & LHDN. Pernah sekali pemanggil dari BigPay minta OTP. Macam pelik sangat. Terus saya matikan telefon.

Zaman sekarang ramai terdesak nak duit orang secara menipu. So, hati-hati ya. Moga apa yang dikongsikan menjadi panduan buat pembaca.

Psttt... Jangan cuba klik pautan yang diterima di SMS atau aplikasi WhatsApp/Telegram. Data dan akaun anda mungkin digodam!

Sharhanah

Alan Walker, Putri Ariani, Peder Elias - Who I Am (Official Music Video)


Who I Am 

Don't say this, don't say that

I'm not playing by the rules if they were made by you

I won't break just like that

I'll make my own mistakes 'til I'm wrong in all the right ways

Save all your tears

You don't wanna waste them on me

I'm not gonna be just like them

This is just the way that I am

Head in the clouds

I do not fit in to the crowd

Baby, it's all making perfect sense

'Cause this is who I am

Who I am

Don't say this, don't say that

I'm not playing by the rules if they were made by you

I won't break just like that

I'll make my own mistakes 'til I'm wrong in all the right ways

Save all your tears

You don't wanna waste them on me

I'm not gonna be just like them

This is just the way that I am

Head in the clouds

I do not fit in to the crowd

Baby, it's all making perfect sense

'Cause this is who I am

Who I am

If only I was wide awake

There's more than I can take

And when you dive into the blue

I'll be right next to you

I never wanna miss a thing

We fall in love again

You know I may hold on to June

'Cause all that you go through, I'm with you

'Cause all that you go through, I'm-

'Cause all that you go through, I'm with you

Source: LyricFind

Songwriters: Alan Olav Walker / Christian Hartmann / Fredrik Borch Olsen / Gunnar Greve / Marcus Arnbekk / Mats Lie Skare

Who I Am lyrics © Sony/ATV Music Publishing LLC

Rezeki Orang Sakit

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Selagi ketentuan Allah bagi sakit itu belum menepati qadar Allah iaitu sembuh maka kekallah sakit itu biar pun pelbagai usaha dan ikhtiar dilakukan. Maka usaha kita itu dikira ibadah dan berbaik sangkalah kepada Allah dalam semua hal.

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 malaikat;

  1. Malaikat pertama akan mengambil selera makannya
  2. Malaikat kedua akan mengambil rezekinya
  3. Malaikat ketiga akan mengambil kecantikan. Wajahnya pucat.
  4. Malaikat keempat akan mengambil dosanya
Apabila sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hamba-Nya kembali sihat, Allah akan menyuruh malaikat pertama, kedua dan ketiga memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh malaikat keempat memberi balik dosa hamba-Nya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah kifarah dosa dan itulah sebesar rezeki dibawa pulang bertemu Allah. 

“Sakit itu kifarah dosa. Allah nak hapuskan dosa kita yang ada untuk digantikan dengan pahala sebab Allah sayang hamba-Nya”.

Sharhanah

Resipi Bihun Goreng

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Bihun goreng penuh hiasan... tapi lupa nak potong cili merah tu haaa. Baru berseri

Dulu, saya tak pandai nak buat bihun goreng. Asal buat je... keras...kadang lembik sangat...rasa ke laut...hehehe. Anak-anak pun tak suka cik bihun ni mungkin fobia lepas makan mak diorang masak. Memang tak laku bihun saya. Sedih. Dah la masak sampai 1 bungkus, tak habis pula tu. Bihun sup je laku dekat rumah ni.

Saya hanya buat bihun Singapore. Itu je yang saya agak pandai. Sekarang saya dah pandai. Tu yang berani kongsi resipi. Tapi, saya sampai sekarang tak pandai nak masak dalam portion yang banyak. Hanya untuk keluarga saya yang 6 pax.

Saya minta resipi dekat adik di kampung. Adik kalau memasak, memang terer. Lagipun anak-anaknya jenis kuat makan. Seronok la masak. Asal masak je licin. Memang bersemangat hari-hari nak masak.

Resipi Bihun Goreng

Bahan-bahan:

2 keping bihun kering (rendam lama pun ok, kemudian toskan)

Sejemput udang kering - ditumbuk

1 biji bawang merah - ditumbuk halus

1 biji bawang putih - ditumbuk halus

5 sudu sos cili

3 sudu kicap

Garam secukup rasa

Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara Membuat:

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
  2. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga garing.
  3. Dengan api sederhana, masukkan sos cili, kicap dan sedikit garam. Kacau sebati.
  4. Masukkan bihun dan kacau sehingga sebati. Kuatkan api dan goreng sehingga nampak kering. Tutup api dan hidangkan.

Hiasan:

Telur dadar - gulung dan hiris

Sedikit daun bawang - ditabur

Sedikit daun ketumbar - dihiris

Sedikit bawang goreng - ditabur

1 cili hidup - dihiris

Itu je. Mudah kan??? Kenapa la baru sekarang saya baru pandai masak.πŸ˜‚

#TIPS: Selepas angkat bihun, masukkan air dalam kuali dan biarkan.  Nanti senanglah nak cuci.

Sharhanah

Hadiah Sudah Sampai: Giveaway by Blog Roziah Muhammad Nor

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, blog picisan saya dipilih oleh wheelofnames untuk memenangi hadiah Giveaway by Blog Roziah Muhammad Nor. Terharu betul. Sebenarnya saya sudah lama pencen dalam dunia blog sejak 2015. Saya bangkit kembali dengan blog dan semangat yang baharu pada tahun 2021. Minat menulis tak pernah pudar dalam kehidupan saya. Dalam tempoh 5 tahun tu, saya hanya mencoret di dalam nota sahaja.

Kali ke-2, blog saya terpilih. Ia menjadikan saya lebih bersemangat untuk berblog. Terima kasih kepada blogger yang rajin buat giveaway, semoga kalian dimurahi rezeki selalu.

Tadaaaaa..... hadiah sampai pada pukul 11 pagi tadi. Terus saya buat posting memandangkan saya tak sibuk hari ini. Terima kasih kepada Cie dan Shaklee.


Banyak items... terima kasih tau😁

Untuk melihat senarai pemenang, sila klik di SINI.

Sharhanah



Hadiah Piala: Tiada Ruang Nak Simpan

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sesi persekolahan 2023/2024 sudah tamat. Semua buku teks telah dipulangkan dan 2 orang anak saya sudah menerima buku teks untuk sesi berikutnya.

Saya perasan, piala-piala sudah bertambah di rumah. Anak lelaki saya bawa balik 3 buah lagi selepas memenangi 3 anugerah pada majlis kecemerlangan sekolah baru-baru ini.

Tak tau nak letak mana...

Sebelum tu, si bongsu pun turut menyumbang piala selepas memenangi beberapa peraduan dan sukan. Kalau la boleh dijual, kaya makcik! 

Saya tengah pening kepala nak letak mana piala-piala ni semua. Takde la banyak pun. Kalau rumah ada ruang khas, ok la.  Nak buang kang merajuk anak-anak.

Macam medal tu okay lagi sebab boleh DIY. Samada tanggalkan tali dan gantung dekat board/dinding. Macam piala ni leceh, makan ruang dan habuk mudah berkumpul. Siapa la rajin nak mengelap...

Saya lebih suka kalau anugerah tu jadikan sticker yang berkualiti. Lekat dalam fail untuk dijadikan koleksi. Kalau yang suka pamer... Lekat dan letak satu ruang di dinding dan pasang plastik lutsinar atau kaca. 

Adakah apa yang saya suka disukai semua orang?πŸ™„

Mak yang perlukan ruang,

Sharhanah

Review Dendeng Nyet Berapi by KhairulAmingbrand

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sepeket dendeng 180g... Jauh perjalanannya dari Kelantan 

Alhamdulillah, baru sampai. Ramai dah beri ulasan tentang dendeng Nyet ni ha... Saya lambat sikit disebabkan parcel baru sampai pada 6/2/2024 dalam pukul 2 petang macam tu. Nak cuba makan dengan nasi, perut masih kenyang sebab baru lunch sebelum zohor. Kang paksa diri makan, lain pula ulasan jujurnya. Kita cuba waktu betul-betul santai ok. Tak lapar dan tak kenyang.

Apa pun ulasan, semua bergantung kepada tekak masing-masing. Ini pula ulasan saya... Teruskan membaca.

Saya mula membuka paket dendeng ni, waktu dah nak Maghrib. Konon makan malam lah kan. Saya makan semata-mata dendeng dengan nasi putih panas-panas. Tak ambil dah ikan siakap 3 rasa yang saya masak. Sebab nak rasa betul-betul baru boleh buat review kan.

Saya rendam dulu paket ni dalam air panas selama beberapa minit untuk naikkan aroma (ikut arahan dekat belakang pek). Kemudian baru saya koyakkan. Ambil sudu dan cedok dendeng letak sebelah nasi.

So far, rasa kena dengan tekak saya. Cuma tak puas tekstur daging macam serunding. Tu je. Masih teringat-ingat kawan buat daging dendeng bawa bekal ke Bali, Indonesia. Sedap kemain! Saya minat yang sedikit berkuah. 

Saya simpulkan seperti di bawah;

Pembungkusan: Berbalut elok dengan bubble wrap. Tiada bocor atau pecah.

Selamat di dalam itu

Perkhidmatan Kurier: J&T 

Lewat sikit sebab Feb 4, tiada aktiviti. Kena peram.

Rasa: Rasa semua okey. Takde la terlebih masin ke hape.

Tahap Kepedasan: Saya suka pedas tahap 4/10 ni. Anak-anak pun boleh makan. Lepas makan pun perut saya tak pedih.

Tekstur: Macam serunding. 

Harga: RM14.99/pek (180g) Mampu beli buat masa ni

Kesesuaian: 

1) Sesuai untuk travel

2) Sesuai untuk sahur

3) Sesuai makan dengan nasi, roti, mi goreng dan ketupat palas

4) Sesuai untuk yang sibuk dan tak sempat nak masak

Cadangan/Penambahbaikan: 

1) Sedikit berkuah

2) Biar nampak tekstur daging berketul. Syiok nak cubit.

Kemungkinan untuk repeat order tu tinggi. Sebab anak saya kata, dia sempat makan sikit je. Kakak-kakak semua belasah dulu. Sapa suruh lambat kan...

Saya tak perasan gambar ni dalam bungkusan... dah terbuang, baca review orang lain.. baru perasan. Terus cari balik.

Ketupat palas utara frozen by kakak sulung saya di Pulau Pinang (Since 2018). Makan dengan dendeng KA, sangat sesuai. Tempahan telah dibuka untuk raya 2024. COD: Sekitar Ampang, Cheras & Hulu Langat (WhatsApp only: 010-444 7177)

Saya pandai buat sambal hijau ikan bilis je,

Sharhanah

Rabu Yang Bisu: Gambar-Gambar Kenangan

Bergambar kenangan dengan geng Universiti Teknologi Malaysia (UTM) semasa XPDC Trans Korbu-Gayong. Diorang turun, kami baru nak naik. Bertembung tengah jalan. Bergambar dah macam lama kenal.

Klinik Kayak

Salah 1 kem sebelum sampai ke Gunung Tahan

Xpdc Gunung Bintang & White water rafting di Sedim, Kedah

Water confident

Taring Belum Keluar!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Gigi taring atas masih tidak tumbuh walaupun sudah berumur 15 tahun! Gigi taring atau lebih dikenali sebagai gigi kanin merupakan gigi kekal yang paling lambat tumbuh di dalam mulut selepas gigi geraham ketiga. Ia mempunyai akar yang panjang dan adalah penyokong tulang yang baik. Dah lama kisah ni. Tapi masih dalam progress. Mana taknya, kita follow the flow. Walaupun slow...

Bulan Oktober 2023, doktor gigi selitkan surat untuk anak no.2 buat x-tray gigi di Klinik Kesihatan (KK) berdekatan dengan rumah. Bulan November baru ke KK. Mana tak lambat, tunggu anak cuti balik dari asrama di Pahang nuuu. Itu pun minta pelepasan sehari awal.

Masalah? Set gigi anak ke-2 saya tak cukup 1. Ya, gigi taring.

"Dik, taring kau belum keluar lagi?"

"Bila taring dah keluar... kemain eh.. blablabla"

Dah alang-alang nak ke KK, saya bawa semua sekali untuk pemeriksaan gigi. Kecuali si bongsu sebab dia pergi sekolah. Pagi tu tak ramai, dengan saya-saya sekali buat pemeriksaan gigi. Hihihi. Untuk anak ke-2 ni, saya sertakan sekali surat rujukan semasa pendaftaran.

Kisahnya bawa 3 orang anak, bila naik nombor giliran... dua-dua bilik rawatan saya kena masuk untuk dapatkan tandatangan persetujuan. Kejap-kejap doktor gigi A panggil saya, doktor gigi B pula panggil. Sekejap lari ke bilik rawatan 1, sekejap ke bilik rawatan 2. Inilah nasib mak, semua ini untuk kebaikan anak-anak.

Untuk anak ke-2, kenapa set gigi dia tak cukup? Lepas x-tray.... tadaaaaa...

Malu tang situ rupanya... Nyorok pula

Gigi taring dia tak boleh nak keluar dek ruang yang sempit. Saya rujuk je pendapat doktor gigi macam mana nanti. Hujung Februari akan ada temujanji dengan KK di tempat lain (agak jauh). Dua orang anak saya dapat surat rujukan Ortodontik. Si sulung kena pakai braces. Saya akan update bila semua dah selesai. Doakan urusan kami dipermudahkan. Terima kasih.

Sharhanah

Keperluan Untuk Kerja-Kerja Pembersihan

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Antara peralatan yang diperlukan

Amboi tema pink nooo... kalau lengkap semua, senang nak buat kerja-kerja membersih. Cuma dekat rumah saya takde sarung tangan getah. Tak hairanlah, tangan dah kasar macam jantanπŸ˜‚

Bibik tanpa gaji,
Sharhanah

Pengalaman Berjaya Membeli Dendeng Nyet Berapi Di TikTok Live Shop Khairulamingbrand

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dah perasan dalam sosial media Khairul Aming (KA) akan lancarkan produk terbaharu beliau, Dendeng Nyet Berapi pada 2/2/2024 (9 malam). Produk sebelum ni, Sambal Nyet saya tak beli disebabkan baca review, rata-rata katanya pedas. Bukan tak nak support, tapi saya ada gastrik. Tak berani. Pedih perut kang kalau saya makan. Support hanya sebagai follower.

Kali ini betul-betul saya support anak muda ni disebabkan saya penggemar dendeng. Pertama kali juga saya beli di TikTok Live. Sebelum ni pernah beli 2 kali di TikTok Shop sahaja. Itu pun anak nak beli wireless earbuds RM1. Ingatkan scammer ke hape kan, sekali sampai memang barang tu berkualiti. Saya tak minat sangat layan TT ni, mungkin saya datang dari generasi Y.

Order placed.

Saya masuk lewat 1 minit. Ingatkan dah terlambat. Rupanya, KA baru nak mula masukkan unit ke dalam sistem. Dia nak masukkan nilai lapan puluh ribu pun, dia suruh Kemey tengokkan. Takut dia pi letak terlebih "0" jenuh nak cover. Sebab stok batch pertama tersedia hanya 80K unit.

Lepas tu KA siap buat countdown lagi tu bila boleh mula beli. Saya pula yang berdebar. Macam nak berlawan dalam perebutan besar-besaran. Hahaha. 

Bila start je, beg kuning muncul. Cepat-cepat tekan beg tersebut. Saya tekan banyak kali. Beberapa kali juga percubaan saya gagal. Asyik keluar error. Huhuhu, macam gagal je sebab katanya system error. Banyak orang komen macam tu.

Stok rebound ke dalam sistem bila ada pembeli amatur yang tak lepas pembayaran atau yang terpaksa batalkan pesanan. Apa lagi, saya stay la menunggu sambil tengok KA. Dia pun nervous. Hihihi. Saya klik je beg kuning tu berkali-kali sehingga sampai ke proses pembayaran.

Bila nak bayar, keluar pula mesej seperti di bawah;

Lahai...jenuh nak menunggu

Awal pembelian tu, saya guna pembayaran menggunakan TNG e-Wallet. Duit dah tolak, tapi belum dapat pengesahan pembelian. Saya cuba tukar kaedah pembayaran menggunakan Maybank. Laju berdesup. Kemain naaaa...

Alhamdulillah, barulah pembelian saya disahkan. Dapat beli 1 paket je. Ada yang gigih nak beli 6 pek... kang tengah duk tambah bilangan unit, sekali habis stok daaaa...(Jangan tamak, kan dah tak dapat).

Apa cerita dengan TNG e-Wallet? Duit dah ditolak dalam akaun saya. Syukur, tak lama je duit itu dikembalikan semula ke akaun. Ingatkan akan jadi 2 pembelian. Rupanya tidakπŸ˜…. Dekat sini, saya lupa nak claim shipping coupon RM5. Itulah kalut sangatkan.. kalau tak, boleh dapat murah lagi.

Dalam 3 minit lebih je, dendeng SOLD OUT! 80K unit habis terjual. Hasil jualan malam tu bernilai RM1,199,200. Cuma tunggu payment masuk untuk dapatkan total tersebut. Saya tak tunggu live sampai habis. Orang jenis tidur awal kan, dapat beli 1... saya masuk tidur lah. Hihihi

Fuh! satu pengalaman membeli yang sangat mendebarkan. Tahniah anak muda. Berjaya menjadi usahawan bijak yang berpengaruh. Sebab itulah ilmu itu penting. Kena pesan dekat anak, jangan sekolah pun tak habis, dah berangan nak jadi content creator.

Semoga terus maju dan berjaya KA!

KA menunjukkan hasil jualan sudah mencecah RM1 juta! Baru setengah jam okey...dah cecah figure macam tu.
 
Tunggu barang sampai. Nanti saya buat review pula yaπŸ˜‰

Sharhanah