Sambut Hari Jadi Di LiLLA Rainforest Retreats

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Minggu lepas, saya menghadiri sambutan ulangtahun kelahiran anak kawan di sebuah resort di Hulu Langat, Selangor. Rasanya kali terakhir saya berjumpa anaknya waktu PKP. Dah besar pun.

Perjalanan masuk dari jalan besar ke Lilla Rainforest Retreat dalam 2KM. Agak dalam jugalah. Kebanyakan resort di sini bukan terletak di tepi jalan utama. Perlu melalui jalan tar untuk sampai. Saya dan anak-anak sampai dalam pukul 4 petang.


Resort ini menyediakan ruang parking yang agak luas, terletak di pintu masuk. Takde lah jauh nak menapak. Sampai sahaja, dah nampak satu keluarga besar sedang melakukan aktiviti di dalam kolam. Kolamnya takdelah proper macam kolam renang dan airnya tak jernih. Nampak macam punca air daripada anak sungai yang berdekatan. Setakat nak main air boleh lah.

Petang tu, kami buat aktiviti BBQ dan memasak oden. Semuanya buat di tepi kolam. Ada bangku dan meja berbumbung disediakan. Seronok buat kerja ramai-ramai kan. Ada yang nyalakan arang, yang menggoreng, merebus.

Anak-anak semua rajin membantu. Ada yang bantu tiup belon untuk sambutan hari jadi malam nanti, tolong angkat-angkat barang dan yang ikut maknya ke kedai beli barang. Comel je kan.

Lepas solat Maghrib, kami buat persediaan untuk majlis tersebut. Ada 2 orang birthday girls rupanya. Ingatkan sorang.

Kami memasang belon dan hias apa yang patut. Lepas aktiviti memotong kek, ada beberapa acara untuk anak-anak. Antaranya ialah pecahkan belon, makan biskut dari dahi, si buta dengan senduk rezeki dan rebut kerusi berirama. Memang enjoy dan anak-anak pun tak bosan.

Si buta dengan senduk rezeki

Makan biskut dari dahi. Siapa dapat makan dulu, dia menang. Paling kelakar tengok muka sorang-sorang. Lagi-lagi tang hidung ๐Ÿคฃ.

Persiapan...

Lepak dulu sebelum acara bermula

Alhamdulillah, semua dapat hadiah. Anak-anak saya pun seronok sangat. Al-maklumlah, cuti sekolah asyik memerap di rumah je kan. Sekali boleh keluar, kemain seronok arrrr.

Moga ukhwah antara kami berpanjangan dan disambung pula dengan anak-anak kami. Murah rezeki juga buat yang menaja hadiah, makanan dan masa...

Dear Riri & Medina,
May Allah bless both of you with good health and lots of success♥️

With luv,
Aunty Sharhanah

4 comments:

  1. Replies
    1. Itulah... anak-anak happy, kita pun tumpang happy.

      Delete
  2. cantik lah tempat dia, aktiviti pun best. yang penting anak-anak enjoy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat ni kalau dijaga rapi, rasanya lagi cantik... aha, aktiviti tu memang enjoy. Lawak pun ya ๐Ÿ˜‚

      Delete