Taring Belum Keluar!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Gigi taring atas masih tidak tumbuh walaupun sudah berumur 15 tahun! Gigi taring atau lebih dikenali sebagai gigi kanin merupakan gigi kekal yang paling lambat tumbuh di dalam mulut selepas gigi geraham ketiga. Ia mempunyai akar yang panjang dan adalah penyokong tulang yang baik. Dah lama kisah ni. Tapi masih dalam progress. Mana taknya, kita follow the flow. Walaupun slow...

Bulan Oktober 2023, doktor gigi selitkan surat untuk anak no.2 buat x-tray gigi di Klinik Kesihatan (KK) berdekatan dengan rumah. Bulan November baru ke KK. Mana tak lambat, tunggu anak cuti balik dari asrama di Pahang nuuu. Itu pun minta pelepasan sehari awal.

Masalah? Set gigi anak ke-2 saya tak cukup 1. Ya, gigi taring.

"Dik, taring kau belum keluar lagi?"

"Bila taring dah keluar... kemain eh.. blablabla"

Dah alang-alang nak ke KK, saya bawa semua sekali untuk pemeriksaan gigi. Kecuali si bongsu sebab dia pergi sekolah. Pagi tu tak ramai, dengan saya-saya sekali buat pemeriksaan gigi. Hihihi. Untuk anak ke-2 ni, saya sertakan sekali surat rujukan semasa pendaftaran.

Kisahnya bawa 3 orang anak, bila naik nombor giliran... dua-dua bilik rawatan saya kena masuk untuk dapatkan tandatangan persetujuan. Kejap-kejap doktor gigi A panggil saya, doktor gigi B pula panggil. Sekejap lari ke bilik rawatan 1, sekejap ke bilik rawatan 2. Inilah nasib mak, semua ini untuk kebaikan anak-anak.

Untuk anak ke-2, kenapa set gigi dia tak cukup? Lepas x-tray.... tadaaaaa...

Malu tang situ rupanya... Nyorok pula

Gigi taring dia tak boleh nak keluar dek ruang yang sempit. Saya rujuk je pendapat doktor gigi macam mana nanti. Hujung Februari akan ada temujanji dengan KK di tempat lain (agak jauh). Dua orang anak saya dapat surat rujukan Ortodontik. Si sulung kena pakai braces. Saya akan update bila semua dah selesai. Doakan urusan kami dipermudahkan. Terima kasih.

Sharhanah

4 comments:

  1. anak ikin pun sakit gg mgu lepas, ggi garham susu yg sakit tu berlubang doc kta biarkan dia cabut sdri, doc hnya bg ubt thn sakit

    ReplyDelete
  2. Lamanya dia sembunyi ye. Memang malu nak keluar rupanya. Moga dipermudahkan urusan rawatan pergigiannya.

    ReplyDelete