Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Bihun goreng penuh hiasan... tapi lupa nak potong cili merah tu haaa. Baru berseri |
Dulu, saya tak pandai nak buat bihun goreng. Asal buat je... keras...kadang lembik sangat...rasa ke laut...hehehe. Anak-anak pun tak suka cik bihun ni mungkin fobia lepas makan mak diorang masak. Memang tak laku bihun saya. Sedih. Dah la masak sampai 1 bungkus, tak habis pula tu. Bihun sup je laku dekat rumah ni.
Saya hanya buat bihun Singapore. Itu je yang saya agak pandai. Sekarang saya dah pandai. Tu yang berani kongsi resipi. Tapi, saya sampai sekarang tak pandai nak masak dalam portion yang banyak. Hanya untuk keluarga saya yang 6 pax.
Saya minta resipi dekat adik di kampung. Adik kalau memasak, memang terer. Lagipun anak-anaknya jenis kuat makan. Seronok la masak. Asal masak je licin. Memang bersemangat hari-hari nak masak.
Resipi Bihun Goreng
Bahan-bahan:
2 keping bihun kering (rendam lama pun ok, kemudian toskan)
Sejemput udang kering - ditumbuk
1 biji bawang merah - ditumbuk halus
1 biji bawang putih - ditumbuk halus
5 sudu sos cili
3 sudu kicap
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara Membuat:
- Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
- Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga garing.
- Dengan api sederhana, masukkan sos cili, kicap dan sedikit garam. Kacau sebati.
- Masukkan bihun dan kacau sehingga sebati. Kuatkan api dan goreng sehingga nampak kering. Tutup api dan hidangkan.
Hiasan:
Telur dadar - gulung dan hiris
Sedikit daun bawang - ditabur
Sedikit daun ketumbar - dihiris
Sedikit bawang goreng - ditabur
1 cili hidup - dihiris
Itu je. Mudah kan??? Kenapa la baru sekarang saya baru pandai masak.๐
#TIPS: Selepas angkat bihun, masukkan air dalam kuali dan biarkan. Nanti senanglah nak cuci.
Sharhanah
Sedap ni makan masa panas-panas, lawan dengan kopi atau teh ๐
ReplyDeleteMakan pula time tengah lapar ๐คญ
Deletesedap ni sis.. ldy sampai skrg kalau buat meehun, mehun jd hancur.. :D.. buruk benor rupenye..
ReplyDeleteSama la... Ini pun baru menjadi, tu yang excited๐คญ
Delete