Persiapan "Back To School" Sesi Persekolahan 2024/2025

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Minggu ni, Sekolah Rendah Agama (SRA) dah buka kaunter selama 2 hari untuk pembayaran yuran sesi persekolahan 2024/2025. Kaedah pembayaran pula hanya tunai sahaja. Saya pula jenis tak suka bawa wang tunai. Apa-apa transaksi, guna kad, e-Wallet atau QRPay sahaja. Terpaksalah singgah ke ATM untuk keluarkan duit. Maka, selesai untuk 1 sekolah. Ada lagi 3 buah sekolah!

Yuran

Yuran untuk  4 sekolah

Pakaian/Peralatan

Tahun ni, ada yang naik Tingkatan 1 dan berasrama. Ada yang bertukar warna uniform sekolah juga. Maka, maknya pun senaraikan apa yang perlu diganti baharu. Nak kongsi di sini, panjang pula senarainya.

Untuk yang susah nak dapat seperti seluar sekolah menengah agama, baju kurung, tudung berwarna kuning dan barang yang lebih murah dari kedai, saya beli di Shopee je. Untuk barang asrama, banyak saya beli di Mr D.I.Y. Untuk kasut sekolah, saya lebih suka beli di pasaraya besar. Tahun ni, 2 orang anak memerlukan kasut sekolah baharu. Anak laki, setahun 2 kali beli kasut sekolah. Sejenis haus tapak. Ntah berjalan suka seret kasut kot. Harga kasut sekolah sekarang dah hampir mencecah RM50/pasang. Kalau 4 orang anak dah berapa...

Alhamdulillah, untuk alat tulis... semua dah lengkap. Majoriti dapat hadiah masa sesi persekolahan lepas. Cuma tambah correction tape untuk anak-anak sekolah menengah.

Menjahit

Hahaha, bab paling saya lemah. Perlu tunggu happy mood nak buat benda ni. Nak jahit lencana sekolah, nak jahit nama di setiap pakaian sekolah, nak buat tanda la... belum ada mood lagi. Mood blogging je ada buat masa ni.

Rasanya, 3 benda tu je la untuk sesi kali ni. Bajet semua mungkin akan mencecah RM4K termasuk nak menghantar balik anak-anak ke asrama. Hidup ini keras ya. Inilah amanah yang perlu digalas oleh semua ibu bapa dengan memberi pendidikan sempurna dunia dan akhirat buat semua anak-anak. Semoga usaha dan pengorbanan kita dibalas oleh Allah.

Sharhanah

4 comments:

  1. semoga kita semua ibu bapa diberikan kemudahan untuk memenuhi persekolahan anak2.. dan para anak2, kalian belajarlah bersungguh2.. kami mengharapkan kalian untuk belajar dgn baik, dapat A atau tidak, cemerlang atau tidak serahkan pada Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn... begitulah harapan semua ibu bapa. Paling penting anak-anak tinggi dengan adab.

      Delete
  2. Telan air liur kejap ..Belanja pendidikan sekarang kemain tinggi kan..Semoga ibu bapa semua dilancarkan rezeki dan dimudahkan urusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn... aha, terpaksa melayan sebab nak anak-anak membesar dengan ilmu. Biarlah susah macam mana pun, ibu bapa cuba untuk cukupkan serba-serbi keperluan anak-anak, walaupun duit yuran lebih daripada gaji sebulan ibunya๐Ÿฅฒ

      Delete