Cari Punca Masalah Kulit Kepala

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Walaupun masa saya banyak duduk di rumah tak bermakna saya tidak perlu berdandan. Paling penting sentiasa menjaga kebersihan kulit kepala, barulah rambut dapat memiliki rambut yang cantik. Suami pun sayang.

Semalam, saya bawa anak-anak perempuan saya ke salon & spa berdekatan rumah. Jalan kaki je pun. Hehehe. Cadangnya nak potong dan cuci rambut. Alang-alang terus buat konsultasi dengan imbasan kulit kepala memandangkan saya nak tahu sangat keadaan kulit kepala sebenar kami bagaimana. Dah tahu masalah, baru boleh cari punca.

Rupanya, pemilihan produk yang salah pun menjadikan punca selain perubahan hormon. Minyak berlebihan, liang folikel tersumbat, kulit kepala menjadi gatal, keguguran rambut dan keradangan. Disebabkan saya sekeluarga memakai syampu yang sama, masalah kulit kepala kami pun hampir sama! 

Kulit kepala berminyak bila cuci tak bersih, boleh menyebabkan liang folikel tersumbat. Bila tersumbat, akan menyebabkan keradangan. Bila radang/gatal, kita akan garu sampai terluka.  Bekas luka pula akan dijangkiti kuman. Liang folikel tersumbat juga boleh menyebabkan anak rambut tak boleh nak tumbuh. Bila tak tumbuh, akan menyebabkan kebotakan.

Untuk rambut yang sihat, 1 liang folikel ada beberapa batang rambut. Kalau ada masalah tersumbat... kita boleh nampak 1 batang rambut je. Kalau teruk sangat, liang tersebut akan tertutup dan tidak akan menghasilkan anak rambut lagi. Serammm.

Selepas mendapat konsultasi, saya potong rambut bagi sama. Selama ni, potong rambut sendiri je... agak-agaklah rupanya macam mana? Hahaha. Lepas tu baru cuci rambut dan keringkan. Rambut saya diletakkan dengan minyak untuk memberi kilauan serta merta kepada rambut, melindungi daripada sinaran UV dan mudah diuruskan. Saya suka bau minyak rambut ni, besttt.

Lama jugalah sesi untuk saya anak-beranak. Al-maklumlah, semuanya berambut tebal. Sampai bapaknya WhatsApp tanya, kenapa lama sangat.

Lepas cut + wash + blow, rasa segar kulit kepala. Staf pun melayan dengan lembut. Lupa dah nama dia.

Jom potong rambut sket

Dapat disimpulkan di sini, penjagaan kulit kepala sangatlah penting. Rambut yang cantik dan bersinar datang daripada kulit kepala yang sihat. Rahsia untuk rambut yang cantik, kuat dan sihat adalah dengan mengamalkan pemakanan yang sesuai. Rambutkan mahkota wanita!

Teringin betul nak join sesi rawatan rambut berkala di salon. Hurmmm... Mimpi je dulu.

Sharhanah

2 comments:

  1. dah sangat lama x pergi ke salon, manja2 rambut... rasa ringan kepala..

    ReplyDelete