Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ada yang pernah terima panggilan yang mencurigakan? Kerap juga saya terima. Tapi, saya matikan panggilan dan pernah juga saya aktifkan speaker telefon sebab nak dengar suara scammer tersebut🤭 (slag negara jiran pun ada ya).
Ada juga yang rajin melayan. Untuk saya yang sentiasa banyak kerja, takde masa lah nak melayan. Buang masa dan habis bateri telefon je. Masa itu emas tau.
Jom kenal taktik panggilan oleh scammer.
Panggilan dimulakan dengan operator yang memerlukan kita menyambung panggilan dengan menekan nombor 0.
Pemanggil cuba mengambil tahu mengenai maklumat perbankan kita.
Pemanggil memaklumkan bahawa kita telah memenangi cabutan bertuah.
Pemanggil mengatakan kita mempunyai cukai tertunggak di Jabatan Hasil Dalam Negeri.
Pemanggil menyamar sebagai pegawai Mahkamah Tinggi KL dan mempunyai waran untuk menangkap kita.
Scammer fikir kita banyak duit agaknya. Duit-duit banyaklah di pokok. |
Kadang tu, lawak pun ada sebab saya takde kena mengena. Macam saya dapat panggilan daripada Pos Malaysia, Telekom & LHDN. Pernah sekali pemanggil dari BigPay minta OTP. Macam pelik sangat. Terus saya matikan telefon.
Zaman sekarang ramai terdesak nak duit orang secara menipu. So, hati-hati ya. Moga apa yang dikongsikan menjadi panduan buat pembaca.
Psttt... Jangan cuba klik pautan yang diterima di SMS atau aplikasi WhatsApp/Telegram. Data dan akaun anda mungkin digodam!
Sharhanah
Macam² cara digunakan, tak segan silu nak rompak duit orang :(
ReplyDeleteItulah.. Kita kena beringat selalu.
Deleteldy kalau angkat telefon ade suara2 yg bukan familiar atau tidak berkaitan ldy akan terus letak. biasanya scammer ni suara dia mcm robot pun ade :D
ReplyDeleteBetul...hehehe..baca teks kot.
Delete