بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Bagi saya, dalam hidup ni kena ada dua benda yang paling utama dalam diri kita iaitu ilmu dengan adab. Dua-dua ni tak boleh pisah. Ilmu buat kita tahu beza mana betul, mana salah. Tapi adab pulak yang ajar kita macam mana nak hormat orang dan macam mana nak guna ilmu tu ke jalan yang betul.
Sebab apa tau? Kalau orang tu bijak sangat, ilmu tinggi melangit tapi adab hilang, hujung-hujung dia boleh salah guna ilmu tu untuk kepentingan diri sendiri. Sama jugalah kalau ada adab tapi kurang ilmu, nanti payah pulak nak buat keputusan yang betul bila berdepan dengan masalah.
Itu sebabnya dua perkara ni kena jalan seiring. Barulah boleh lahirkan orang yang bukan setakat bijak, tapi ada akhlak, jujur, dan adil.
Senang cerita macam ni lah... Ilmu buat kita jadi bijak, tapi adab yang buat kita jadi manusia yang baik.
Kita belajar tinggi-tinggi bukan sekadar nak tunjuk pandai je. Paling penting, kena belajar cara nak hormat orang lain, jaga bahasa bila bercakap, dan sentiasa jujur dengan apa yang kita buat. Gunalah ilmu yang ada tu untuk buat kebaikan dan tolong orang. Bukannya guna untuk merendah-rendahkan, menipu, atau nak sakitkan hati sesiapa.
Satu benda yang kita kena selalu ingat ialah orang yang betul-betul berilmu ni, hebat dia bukan pada sembang kencang atau cakapnya sahaja, tapi nampak pada perbuatan dia yang baik.
Kalau nak ringkaskan peranan setiap satu benda ni:
• Ilmu: Buat kita faham erti kehidupan dan cari kebenaran.
• Adab: Ajar kita cara nak hormat dan hargai orang sekeliling.
Sebab kalau ilmu tak ada adab, takut-takut dia bawa datang rasa sombong dalam diri. Tapi kalau adab tu datang sekali dengan ilmu, barulah pakej tu lengkap untuk bentuk manusia yang betul-betul bijaksana dan mulia.
Jadilah insan yang tinggi ilmu, yang terjaga adabnya, jujur hatinya, dan adil tindakannya. Bila ilmu dan adab tu seiring, impak kebaikan dia bukan kat diri kita sorang je, tapi sampai ke keluarga, masyarakat, dan negara pun boleh tumpang dapat manfaat sekali. Setuju?
- Sharhanah

Tiada ulasan:
Catat Ulasan