Pejabat Bagi Pungutan Pasport Cuti Umum, Bagaimana dengan Tarikh Sistem Temujanji Online (STO)?

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sudahlah memilih tarikh 18/11/2022 untuk mengambil pasport, sekali kerajaan umumkan cuti daaaa... macam mana Sistem Temujanji Online (STO) yang sudah ada tarikh? Perlu batalkan ke? Perlu buat semula pemilihan tarikh ke di STO?

Saya terus ke laman website mereka. Tiada pengumuman. Saya terus ke socmed mereka pula. Tiada juga posting berkenaan pemberitahuan mengenai STO bertarikh 18/11/2022. Cuma saya perasan ada sorang je pengguna Twitter yang bertanya soalan yang sama kes dengan saya. Tapi tiada reply. Arghhh... 

Tanya pada pakcik Google. Tiada pula maklumat carian yang saya nak. Tiada siapa yang buat entry berkenaan STO.

Belek emel yang hari tu pihak imigresen antar. Jumpa nombor telefon di bahagian bawah. Saya menghubungi berkali-kali talian 03-8892 6000 & 03-8892 6037 untuk kepastian. Nampaknya, panggilan saya tidak dijawab. Saya menghubungi pula nombor ini 03-8000 8000. Alhamdulillah, ada respon. Cuma tidak membantu menyelesaikan pertanyaan saya.

"Puan boleh menghubungi pejabat sana, samada perlu batalkan STO lama dan buat yang baharu," seorang kakitangan khidmat pelanggan melayan pertanyaan saya.

"Oh, baik", balas saya pendek.

"Puan, saya beri nombor pejabat cawangan itu ya..." 

"Sekejap, saya salin...", sambil mencapai satu lagi smartphone. Dalam kepala ingat nak google je.

Selepas mengucapkan terima kasih, saya cuba menghubungi nombor tersebut. Talian sibuk. Hubungi semula, ada yang mengangkat tapi macam talian saya disambung-sambung ke tempat lain.

"Assalammualaikum... Puan Atikah ke ni?" tanya kakitangan yang menjawab panggilan saya tadi.

"Eh, bukan. Saya yang call sebentar tadi", macam pelik pula... saya call dulu ke, dia yang call dulu? bahahaha... adoila.

"Maaf ye puan, saya ingat Puan Atikah, sorry, sorry", dia meminta maaf. Terus meletakkan gagang telefon.

"Errrr... saya nak taaa...nya", mati dekat situ je soalan saya. Hurm... pasrah je la.

Malas sungguh saya nak menelefon lagi. Sudah berkali-kali. Buang masa. 

Saya terus menerjah semula ke website mereka. Kali ni, saya nak cari bahagian pertanyaan. Hantar soalan saya dekat situ. Nyawa paling akhir yang saya ada.

JUMPA! Sistem Pertanyaan Online. Terus saya isi maklumat yang diperlukan dan saya sertakan sekali soalan pendek saya tu. Moga-moga ada jawapan.

Dua hari, baru saya terima emel. Ya, Allah... jawapan terjawab.

MAKLUMBALAS:

selamat sejahtera. semua pejabat imigresen di seleruh negara ditutup berikutan cuti umum yang dimaklumkan kerajaan. anda boleh hadir di pejabat imigresen ****** dengan sto bertarikh 18.11.2022 tanpa perlo buat sto baru. terima kasih. 

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Alhamdulillah. Tak kisah la salah eja ke (laju cara dia taip).. ayat tak rasmi ke.. janji jawapan dah dijawab. Lega satu bab.

Tengah fikir, nak pergi hari apa pula? Habis plan nak keluar esok. Bertabahlah.

Sharhanah

2 comments:

  1. Bertabahlah... Hehe. Nasib baik dia reply kan, tak ternanti-nanti dah.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Ada juga yang buat keje walaupun makan hari juga nak dapat jawapan tu.

    ReplyDelete