Tempoh Memperbaharui Pasport Secara Online

Tempoh memperbaharui pasport secara online memakan masa 11 hari! Nak mohon tu cepat je, nak menunggu siap tu je... lamberttt. Tambah lagi 10 hari untuk dapatkan hari yang kita free nak pergi ambil. Maknanya, pada hari ke-21, baru dapat seketul pasport.

Maka, jangan berlengah kalau bab nak berurusan dengan jabatan kerajaan ya. Awal tak kalut!

28/10/2022 (Jumaat)

10 pagi: Pergi ke kedai gambar untuk dapatkan softcopy gambar berukuran pasport dengan caj sebanyak RM13 dikenakan. Hanya sertakan alamat emel yang aktif.

4 petang: Permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet. Isi maklumat dengan betul. Ambil masa kurang 20 minit.

8/11/2022 (Selasa)



12:29 tengahari: Terima notifikasi melalui emel dengan tajuk "myONLINE PASPORT - Keputusan Permohonan Pasport"

Terus saya tekan pada pautan yang diberikan untuk membuat temujanji secara atas talian.

13:02 petang: Terima notifikasi melalui emel dengan tajuk PERMOHONAN TEMUJANJI (STO) DI PEJ IMI XXXXXX

18/11/2022 (Jumaat)

Saya pilih hari Jumaat, sebab tuan badan off day setiap hari Jumaat

Slot 8:00-9:00 pagi: Hadir ke pejabat IMI yang telah didaftarkan semasa membuat permohonan.

Awal tu saya ingat hari ini mohon online, paling cepat esok dah boleh ambil. Rupanya, sangkaan saya meleset sama sekali. Patutlah sahabat saya menggesa saya untuk memperbaharui pasport awal sedikit. Lambat rupanya ya๐Ÿ˜‚

Kalau tak, hujung November baru nak renew. Pertengahan Disember baru nak guna. Berani sungguh makcik sorang ni, cari nahas waktu kecederaan! Memang makcik fly soranglah tanpa pakcik di sisi… sebab cerita ini berkenaan passport dialah๐Ÿคญ

Sharhanah

2 comments:

  1. Sekarang semua online. Tapi itu lah. Tak semua online ni pantas.

    ReplyDelete
  2. Itulah, saya berprasangka asal online, semua benda jadi pantas. Baik terus walk-in je kan, buat dan terus dapat. Tapi walk-in hanya di bawah kategori khas je.

    ReplyDelete