Benarlah kata peribahasa ni sikit sikit lama lama jadi bukit. Janji istiqamah ditambah perasa dengan sifat sabar, akan terciptalah tabung dengan duit yang penuh. Waktu tu, baru terasa apa yang dikorbankan amatlah berbaloi.
Saya dah praktikkan lebih daripada 2 tahun cara simpanan yang sangat mudah. Tanpa perlu fikir setiap bulan nak simpan macam mana. Orang kata effortless.
Ini semua berdasarkan pengalaman saya ya. Saya tak tahu orang lain simpan macam mana.
Saya ada tabung hijau. Semua duit RM5, saya letakkan dalam satu bekas. Asal jumpa jer, memang saya dan suami akan masukkan ke dalam bekas tu. Sampai tak berani nak gunalah🤭. Nak buat tabung oren tak mampu.
Setahun lebih menyimpan, dapatlah tunai RM1.3k. Dengan duit itulah kami dapat balik kampung beraya, dapat bayar kos baik pulih mesin basuh yang kebetulan rosak waktu tu.
Untuk tabung online, saya create 5 tabung dalam Maybank2u. Tabung-tabung ni hanya untuk setahun, dan ada 1 tabung yang saya sengaja target lebih daripada setahun.
Create goal di Maybank2u |
Tabung kereta (roadtax and insurance), tabung ibadah korban, tabung travel & tabung emergency. Maksimum 5 tabung je yer... Tak boleh lebih. Best time nak create nama tabung tu je. Hihihi.
Contoh tabung ibadah korban, target simpanan adalah RM800. Saya akan bahagi kepada 12 bulan. Maka, bulan-bulan, RM67 akan dipotong terus dari akaun bank saya.
Bila dah cukup RM800, saya akan pecah tabung. RM800 akan terus masuk ke akaun bank simpanan saya. Boleh dah nak buat ibadah korban setiap tahun.
Paling rendah, saya buat pemotongan RM10 je. Yang ini, tabung yang lebih daripada setahunlah . Memang tak terasa bila potong. Tahu-tahu, dah banyak. Boleh terus masuk ASB atau Tabung Haji. Sebab ASB minimum kalau nak simpan RM100 dan ke atas. Kalau nak direct potong guna Maybank2u pun boleh. Tapi ada caj la.
Tabung-tabung online ni saya sangat suka sebab boleh asingkan dan mudah create. Lepas tu, biarkan je tiap-tiap bulan duit masuk. Bila penuh kita harvest lah.
Untuk yang simpan lebih pada setahun, Maybank ada bagi dividen. Tapi sikit je la. Sebab tu saya cadangkan cukup setahun keluarkan dan letak tempat yang boleh kembangkan duit tu lagi. Lepas tu, create semula tabung yang baharu. Begitulah seterusnya.
Insha-Allah, hujung tahun ni saya nak ke luar negara. Berkat kesabaran menabung. Masa untuk berehat sambil main salji pula. Dah penat bekerja di rumah sebenarnya. Inilah masa yang sesuai untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Esa.
Sharhanah
semoga istiqamah menyimpan wang ;)
ReplyDeleteInsha-Allah.
DeleteSeronok menabung, seronok juga pecah tabung🤭