Minggu ni ramai yang dah mula merentas negeri. Saya masih di sini. Tak rentas mana-mana lagi😅. Biarlah orang lain balik dulu. Kami akan menyusul nanti. Lagipun, anak-anak belum full vaccinated. Lagi... Akaun perniagaan baru jer dapat tadi. Sekarang masih fokus kepada perniagaan kecil ku ini. Insha-Allah, saya rancang nak balik kampung pada Krismas nanti.
Saya tambah perisa baharu. Sirap bandung. So far, rasanya memang padu! Musim panas memang seronok layan weh. Kadang, kita fikir musim hujan tak laku... Rupanya ada jer orang beli. Percaya pada rezeki Allah.
Sejak tak bekerja, tiada lagi gaji bulanan... Hanya mengharapkan jualan. Memang tawakal habislah. Dulu tak merasa semua ni, hujung bulan gaji masuk je ke dalam akaun bank. Tak perlu nak risau. Sekarang, saya rasa benar-benar rasa kebergantungan kepada sang pencipta.
Alhamdulillah, ada juga rezeki hari ini dalam platform SF. Sebab ramai dah pakat balik kampung dan ramai yang dine-in luar. Foodpanda dah 2 hari sepi. Takpe lah, SF cover.
Sharhanah
Nampak menyelerakan aiskrim Malaysia yang Sharhanah buat tu. Saya pun ada buat aiskrim Malaysia secara sambilan dengan jiran. Seronok juga bila tengok budak-budak yang beli kata sedap kan. Walau apapun, keep it up! InsyaAllah, saya doakan perniagaan Sharhanah terus maju.
ReplyDeleteTerima kasih. Alhamdulillah.. Hampir setahun sy usahakan bersama sahabat saya. Kami buat 3 perisa setiap sorang. Tak terbeban sangat bila bahagi 2. Buat happy2 jer tanpa nak stress bagai😄
ReplyDelete