Saya mula meniaga karipap pusing ni sejak Jun 2021. Baru lagi kan... Tapi, dah hari-hari goreng... Dah tahu cara camner nak dapatkan karipap yang rangup dan tak berminyak.
Ada caranya,
#1 Tuangkan minyak ke dalam kuali dengan api yang kecil. Tak perlu tunggu sampai minyak panas sangat, masukkan je karipap pusing terus ke dalam kuali. Selalunya saya goreng pakai kuali kecik, maka 1 set tu sekali goreng, 5 biji jer.
#2 Rajinkan diri untuk balik-balikkan karipap tersebut. Jangan biar camtu jer, nanti warna karipap tak sekata.
#3 Bila nampak warna karipap dah sedikit kekuningan, waktu ni lah, ampa kena pandai main api pula. Untuk mengelakkan karipap serap banyak minyak. Besarkan api sedikit. Goreng sehingga semua warna sekata, barulah angkat.
#4 Untuk gorengan kedua pula, pastikan minyak tadi tidak panas... Maknanya, boleh jer tutup api selepas gorengan pertama. Ikut langkah macam tadi.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Ohh macam tu caranya. Terima kasih berkongsi tips :)
ReplyDeleteTerima kasih juga singgah di blog saya😊
Deletethanks untuk tips...selalu kakak yang buatkan karipap pusing yang selalu gorengkan jadi saya tukang makan jer
ReplyDeleteSama-sama☺️
DeleteTukang goreng happy kalau tukang makan boleh habiskan karipap pusing sambil puji kesedapannya😁