Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Dua hari berturut-turut saya teman sorang kawan berniaga di Pasar Seloka anjuran Kelab Media Prima. Walhal, saya ni online seller je. Pemalu dan tak reti la nak panggil-panggil customer datang membeli. Punyalah tawakal habis. Bayangkan lah, betapa saya kekok berniaga di hadapan orangπ. Selalunya jari je duk text customers.
Alhamdulillah, kekok-kekok pun ada saleπ. Saya hanya bawa ketupat palas utara yang dibawa khas dari Penang. Kakak saya memang tiap-tiap tahun dia buat. Lagipun, saya dah ada regular customers. Senang, ambil order je.
Nak cerita pengalaman je ni. Hahaha.
Hari pertama, kami ke driveaway Balai Berita, Bangsar. Waktu Pasar Seloka dari pukul 12 tengahari sehingga 5 petang. Pukul 11 pagi, kami berdua dah loading barang niaga. Kami memang bekas pekerja di sini. Maka, dah tau la selok-belok nak parking kete kat mana, tandas dekat mana, surau dekat mana.
|
Tulis siap-siap harga |
Sesampai je, kami keluarkan kotak-kotak yang boleh tahan berat dari bonet kereta ke meja yang telah disediakan penganjur. Dua-dua tengah puasa, tapi kekal bertenaga berkat sahur. Lepas tu baru susun-susun biskut raya, kuah kacang, kerepek nangka dan 1 tong ketupat... waktu ni, kawan yang kenal dah mula menegur. Hahahaha.
|
Pes kuah kacang.... letak air je. |
|
Ketupat palas utara kakak saya. Dah masak, cuma defrost dan kukus selama 20 minit. |
Dapat jumpa kawan-kawan lama, diorang datang support. Tak sempat pukul 12 tengahari, ramai yang dah datang membeli. Biskut suji dan biskut butter spiral dah sold out. Pukul 3, kami dah cabut balik. Kawan saya ajak balik awal sebab dia nak buat biskut yang dah habis.
|
Pemandangan dari meja saya di Sri Pentas |
Hari kedua, kami ke Sri Pentas pula. Sampai dalam pukul 10 pagi. Ini adalah kali ke-2 saya ke sini. Pertama kali datang sebab saya hadir ke kursus bahasa untuk media massa. Ingat-ingat lupa.
|
Untuk kali-2 datang sini |
Kali ini, meja kami di dalam ruang lobi. Terpaksalah angkat bawa masuk semua kotak-kotak ke dalam. Agak jauh juga. Fuh!
Sebab dah pandai menyusun, saya rileks je susun atur semua tu. Dalam fikiran, kalau buat hari-hari... mestilah pandaiπ. Banyak juga peniaga di sini. Majoriti jual biskut raya. Ada juga yang jual tudung, pakaian, buah-buahan dan makanan ready-to-eat.
Bila semua dah siap, kami duduk-duduk sambil borak-borak. Agak janggal di sini sebab tak ramai kawan kami berbanding di Balai Berita. Yang kami kenal, selebriti je lah. Ada yang borong biskut raya di meja kami disebabkan biskut kami harga sangat rahmah.
Ada staf yang beli. Lepas tu, dia datang bawa kawan pula. Dia bagi review, samperit sedap. Aikkkk... kami pakat gelak. Dia kata dah tak boleh puasa, alang-alang dia rasa terus. Sebab sedap, dia bagitau kawan.
Alhamdulillah, ketupat palas saya sold out. Itu pun ada yang datang bertanya lagi. Benda rare kan. Majoriti yang membeli, orang utara la. Banyak biskut yang sold out. Saya juga up di status. Jiran-jiran pm pakat order. 21 balang sold kurang sejam. Sebab tu saya suka berniaga online. Kurang penat. Heeee.
|
Saya up dalam status Wa dan group taman perumahan |
Pukul 4 petang, kami siap-siap kemas. Dapatlah bubur lambuk, nugget, kurma dan air mineral daripada pihak penganjur. Balik tu, jalan kemain jem. Memang tak sempat nak masak. Pukul 6.30 petang, baru saya sampai di rumah. Nak order lauk, kedai makan yang saya suka beli tu, tutup pula. Sudahnya, saya sekeluarga berbuka dengan bubur lambuk. Alhamdulillah, licin.
Tengoklah tahun depan macam mana. Nak join lagi ke ntah.
Salam 26 Ramadan 1445,
Sharhanah