Keadaan Bilik/Rumah Selepas Daftar Keluar/Check-Out Cerminan Peribadi Diri

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya banyak berurusan dengan tetamu yang menginap. Menjadi orang tengah bukanlah mudah yang disangka. Ada tetamu sengaja melengah-lengahkan waktu check-out sehingga menyusahkan tuan rumah/staf untuk membuat persiapan tetamu berikutnya. Hanya kurang 2 jam untuk mereka membersihkan rumah/bilik tersebut. Itu kalau satu rumah atau 1 unit bilik. Kalau ada banyak unit bilik???

Membayar penuh bayaran sewa untuk menginap di hotel/homestay BUKAN bermakna kita boleh tinggalkan rumah/bilik dalam keadaan yang teruk dan tidak tepati masa waktu check-out. Orang yang sudah biasa tinggal dalam rumah yang bersih tidak akan meninggalkan rumah dalam keadaan yang kotor. Orang yang tahu peraturan dan beradab tidak akan merokok dalam rumah apatah lagi membuat semak.

Ini sebenarnya adalah cerminan sikap peribadi. Kita mudahkan urusan orang lain, Allah permudahkan urusan kita.

Psttt... Perkara ini sangat penting kerana sikap buruk akan terbawa sehingga ke tempat lain termasuk luar negara. Jangan sampai host tidak mahu menerima tetamu dari Malaysia kerana sikap pengotor.

Sharhanah

9 comments:

  1. Betul.. win win situation. Kita mudahkan kerja tuan rumah, tuan rumah pasti gembira.

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat.
    Ianya cerminan akhlak dan adab kita, selain kita mudahkan urusan orang lain.

    ReplyDelete
  3. betul sgt..kita senangkan org lain, moga Allah pun senangkan urusan kita...
    MA kalau nak check out, memang akan kemas2 mana yg patut..spt tuala yg dah guna, longgokkan satu tempat, susun2 barang semua, sampah siap2 ikatkan... senang la org yg mengemas tu nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. si tukang kemas pun rasa lega. Sedikit sebanyak, kita memudahkan kerjanya. Mana la tahu, dia mendoakan kita yang baik-baik. Doa tanpa pengetahuan kita lebih mustajab.

      Delete
  4. ldy setiap kali keluar dari homestay mmg akn bersihkan balik.. dan sampah2 akn diletakkan di luar pintu bilik.. cadar dikemaskan .. just lipat supaya mata sedap memandang.

    ReplyDelete