Menang Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1!

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Pakej satu family dapat merasa

Dingggg dongggggg! Parcel dihulurkan.

Berteka-teki kami anak beranak... Rasanya takde pun kami beli online. Kalau beli pun semua dah selamat terima. 

Anak-anak pakat merebut nak membuka. Macam tu lah selalu, dah jadi kebiasaan kalau ada barang sampai, mesti bergaduh. Sampai kena buat giliran lah turn sapa boleh buka.

Sekali tengok.... Oh ya, ini hadiah giveaway daripada Syazni Rahim. Saya tersenarai dalam ramai-ramai pemenang tu๐Ÿคญ. Memang rezeki, Alhamdulillah. Ini adalah pertama kali saya menang sejak buat blog baharu. Blog lama dulu (2008) pernah 3 kali menang. Kali  ini saya sangat teruja memandangkan agak lama saya pencen berblog๐Ÿ˜™. Orang kata, pembakar semangat untuk saya aktif kembali.

Terima kasih Syaz. Saya sangat berbesar hati dapat hadiah ni. Tak sangka, banyak pula isinya... Kain batik, tudung, minyak wangi, tepung kek strawberi, minuman 3-in-1, kain microfibre dan Tam Tam. Kemas betul Syaz balut. Nampak sangat Syaz bersungguh-sungguh dalam ikhlas memberi. Saya doakan moga Syaz murah rezeki, bahagia bersama keluarga tersayang dan teruskan berblog.

Psttt... blog saya baru umo 5 bulan๐Ÿ˜‡

Sharhanah

Kenangan Paling Tak Best 2021

Kisah ini akan menjadi kenangan saya sampai bila-bila. Waktu pandemik Covid-19 sedang rancak merebak menjangkiti ramai orang dan bila semua takut dengan virus cilik ini. Pada masa yang sama saya masih bekerja. Dah setahun lebih dah.

Permulaan yg tak berapa nak happy. 31/1/2021 (Ahad) suami disahkan positif Covid. 2/2 (Selasa) baru tau diri tu positif. Walhal.. Dah merata berjalan. 3/2 (Rabu) warded di Hospital Sungai Buloh. 6/2 (Sabtu) discaj. Suami stage 4. Terpaksa menggunakan bantuan oksigen.

 

6/2 juga la saya dan anak-anak buat swab selepas update di MySejahtera. 5/2 lewat petang tu, saya terima panggilan kerana perlu hadirkan diri ke Klinik Kesihatan berdekatan untuk buat swab test.


6/2 juga adalah pengalaman paling tak best. Kami smp agak awal di KKS. Jarak rumah ke sana hampir 40km! Hanya klinik kesihatan tu saja yg beroperasi pada hari Sabtu. Yang paling dekat 2km tutup. Sesi jam 9.30 pagi tapi kami sampai 8.45 pagi. Saya pergi mengikut bantuan  Waze. Alhamdulillah. Waze bawa ke jln  yang benar.

 

Orang dah ramai di pekarangan klinik kesihatan. Ada 3 khemah. Khemah pertama untuk semak nama dan dapatkan nombor giliran, khemah kedua (paling besar) utk swab test dan khemah terakhir untuk pemakaian gelang.

 

Hanya semak nama sahaja, sudah mengambil masa yang lama. Nama saya dan anak-anak belum dicetak mungkin pihak PKD lambat update. Dengan memberi lima keping kad identiti kami, petugas KK terpaksalah menulis setiap nama kami beserta no IC. Saya agak, dia mesti stress menulis nama2 anak saya yang agak panjang berjela. Nama yang terakhir tu… Dia tulis dgn huruf kecil. Yang atas semua huruf besar. Wakaka.

 

Dengan keadaan yang panas di bawah terik matahari, khemah tanpa kipas yg berpusing, petugas KKM yang dah mcm org bulan, orang pula ramai.. Korang rasa???

 

Kalau tahu mcm ni, serius saya tak nak datang. 

 

Hahaha… Tetapi, saya bukan manusia pentingkan diri. Gigih juga datang bersama 4 org anak tanpa suami. Suami di wad. Mana mungkin dia boleh menemani. Hanya Allah sahaja tempat saya bergantung. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, saya ada di sini.

 

Selesai dapat no. Giliran (A17-1-5), kami ke khemah kedua. Agak ramai.. Semua duduk dengan penjarakan sosial. Ikut giliran. Ada 3 barisan kesemuanya. Saya di barisan paling kiri.

 

Sambil menunggu, sambil dengar raungan seorang kanak-kanak menangis. Oh sudaaaah! Saya harap anak-anak saya steady.. Don’t drop my water face. Hihihi

 

Dalam setengah jam juga.. Giliran kami sampai juga. Saya dah mcm ke tali gantung. Saya hulur ke semua kad identiti bersama no giliran. Dah 1 kena marah, sebab saya tak susun ikut giliran. Ha sudahhh… 2 petugas sibuk menulis dan menyusun nama kami. Dalam pada masa yg sama seorang petugas dah setia nk jalankan tugasnya. Seram betul. 

 

Yang menulis minta Hariz (anak lelaki tunggal) buat dulu. Saya tengok Hariz cool sungguh. Steady betul. Hahaha. Tapi saya tak sure, perasaan dia mcm mana. Di sini saya telah ditegur utk tidak mengambil gambar. Ok.. 

 

Selepas Hariz, Sofea, Zahra, saya dan Arissa. Sapa pun tak nangis… Hanya rasa hingus nk terkeluar dan berair air mata juga la… Mana taknya, cotton bud tu digerak2 dalam tekak dan hidung. Tak kan korang tak rasa pape kan. Hahaha.

 

Selesai, kami gerak ke khemah terakhir. Macam diperbodohkan pula menunggu kosong. Sudahla lama. Orang yang buat swab selepas kami pun dah dapat gelang. Pelik. Saya tengah berfikir secara logik. Ada 2 borang untuk sorang… nama dipanggil mengikut borang-borang tersebut. Masa bila petugas nak isi borang kami? Masa ambil nombor giliran, derang isi nama dan no IC sahaja. Itu pun jenuh dia isi… Inikan pula nak isi setiap borang.. Nama.. Ic… Alamat… Nama.. Ic… Tandatangan. Tak kan petugas khemah kedua pas   borang kami ke khemah terakhir? Tak nampak punnnn…

 

Sah!!! Borang kena isi weh. Sorang, 2 salinan. Saya pun minta la siap dengan pen. Sorang drp 2 petugas tu terangkan kat saya.. Isi utk ank camna… Utk diri sendiri camna… Pastu… saya duduk dan isi. Waktu ini la rasa menyesal tak sudah bila mana nama ank panjang berjela. Rasakan!!! Untung bapaknya… Letak nama, tinggal! Mak juga yang lenguh nak isi.

 

Ambil masa nak isi semua.. 10 helai dengan nama berjela dan alamat rumah. Kah kah nasib la.

 

Saya perasan, khemah kedua dah tinggal petugas-petugas je.. Orang ramai dah reda di khemah terakhir. Petugas di khemah terakhir minta bantuan petugas lain. Barulah proses cepat. Itupun kerusi di susun kembali. Kami dipanggil untuk duduk di setiap kerusi yang disusun. Saya, Sofea, Arissa, Hariz dan Zahra. Masing-masing pegang borang masing-masing beserta IC. Zahra jauh dari saya. Rileks mukanya mengikut arahan. Sebab.. Kami kena bergerak bila orang depan dah bergerak. 

 

Saya malas nk bertanya, hanya hulur tangan untuk dipakaikan wristband. Mood saya down betul. Stress sebab rasanya saya dah buang masa tadi menunggu. Patutnya ada petugas yang beri arahan selepas kami buat swab. Ini, suruh Q sahaja. What the heck??? Salah saya ke? sebab tak bertanya dahulu. Slack betul waktu menunggu tu… Jam dah menunjukkan pukul sebelas lebih.

 

Selesai. Saya drive pulang ke rumah tanpa menyinggah. Dalam kereta kami anak beranak banyak membisu. Mungkin serik dengan pengalaman swab test tadi tu kot. Doakan covid tidak suka pada kami. Sekian. 



Abah jer takde waktu ni

#time buka gelang baru tahu keputusan saya dan anak-anak negatif. Punya lah kami baik duduk di rumah. Untung suami.. dia habis tempoh kuarantin waktu dia discaj.

#alhamdulillah dah 2022... Kami masih dipelihara daripada wabak tersebut. Cukuplah kenangan lalu. Kuarantin double pulak tu. Kuarantin masa suami disahkan positif sambung kuarantin lagi selepas kena buat swab test... Apa punya lama daaaaa.....


 Sharhanah

Restock Ketupat Palas Utara

Alhamdulillah, stok ketupat daun palas telah mendarat. Jauh dia mai. Dari Penang nuuu. Kali ini saya ambil lebih sikit untuk persediaan Hari Raya. Semuanya dibuat oleh kakak sulung. Dia memang pandai bab membalut ketupat. Tidak seperti adiknya, gagal sehingga ke sudah๐Ÿ˜…

Saya menjual pada jiran-jiran dan juga di platform online. Sebenarnya saya baru bermula berniaga ketupat ni. Orang kata test market jer pun. Tak sangka, ada permintaan. Siap ada yang ulang beli.

Ketupat palas utara frozen

Kakak-kakak saya yang 6 orang tu, majoriti pandai memasak. Sayangnya, mereka tak pandai nak pasarkan. Saya jer yang tak pandai masak. Tapi bolehlah tolong pasarkan. Sebab tu saya ambil inisiatif untuk menjual ketupat ini di lembah Klang. Lagipun kakak sulung saya dah bersemangat nak kumpul duit berniaga ni untuk menunaikan umrah. Niat yang baik. Moga impian kakak tercapai.

Kepada penggemar ketupat palas original mai daripada utara nuuu, boleh hubungi saya untuk dapatkannya. Makan dengan rendang atau serunding memang sesuai sangatlah. Tak payah tunggu musim perayaan, ketupat palas ni available sepanjang tahun. Insha-Allah.

Sharhanah (Adik yang baik)

Tugas Seorang Suri Rumah / Homemaker

Hehehe… tajuk macam la ada orang nak cari ๐Ÿ˜†

Eskrem ni tak semanis senyuman mu.

Kalau ada yang menggunakan enjin pencarian Google dan boleh sampai ke sini, saya ucapkan tahniah!

Tugas suri rumah nampak remeh, tapi kalau tak buat je sehari, rumah dah tunggang langgang. Semak dan duduk rumah pun rasa tak selesa. 

Ya, hampir setahun saya jadi suri rumah, buat keje yang sama setiap hari untuk memastikan kehidupan keluarga sempurna di rumah. Suami pun rasa cepat je nak balik setelah penat bekerja. Begitu juga dengan anak-anak. Maka, benarlah kata pepatah "rumah ku syurga ku". Pergi mana-mana pun, rumah sendiri juga yang terbaik.

Rumah saya kecil dan simple. Sejak kena banjir, saya menukar semua perabot berasaskan besi. Kawan-kawan anak selalu cakap yang rumah kami macam orang kaya๐Ÿ˜‚. Rupanya mereka tak tahu, saya hanya memastikan susun atur yang betul dan kemas serta rumah dalam keadaan bersih sentiasa.

Nak tahu tugas saya sebagai suri rumah sambil berniaga online? Tugas tak pernah habis. Tapi saya suka sebab kerja saya fleksibel. Letih boleh baring-baring atas tilam Coway (saya juga Coway Health Planner secara sambilan), sambil tu boleh bump produk di kedai Shopee saya, up status di Whatsapp untuk iklankan produk dan lari masuk dapur kalau ada order Foodpanda/ShopeeFood /Grabfood masuk. Agak kalut kalau sekali order masuk kena prepare patin masak tempoyak, mana nak goreng karipap pusing, mana lagi nak masak ketupat palas...Nak siapkan packaging lagi. Syukur ada anak-anak yang membantu. Hahaha, tengah fikir bila anak-anak dara saya masuk sekolah bulan depan๐Ÿฅด

Saya buat tugas ini mengikut susunan di bawah. 

Mengelap habuk
Usai solat Subuh, saya mula mengelap habuk pada perabot di ruang tamu. Terutama sekali kabinet TV dan rak buku di ruang tamu serta rak pakaian di bilik tidur. Saya buat 3 hari sekali sebab rumah saya cepat berhabuk. 

Menyapu sampah
Selepas mengelap habuk, saya akan menyapu seluruh ruang rumah. Dari bilik tidur utama, ruang tamu, ruang makan, bilik kedua, bilik ketiga dan dapur. Penyapu dapur saya asing tak campur dengan penyapu biasa sebab tahap kekotoran sangat berbeza.

Mengemop lantai 
Selalunya seminggu sekali saya mop lantai atau tengok keadaan lantai tu macam mana. Kalau melekit sikit, memang satu rumah saya mop!

Cuci pakaian 
Kutip pakaian di setiap bilik. Saya cuci dengan menggunakan perkhidmatan anak dara Jepun. Tak kuasa la nak basuh pakai tangan. Kecuali terpaksa guna bila basuh baju sekolah dan pakaian yang alah dengan mesin basuh. 

Mencuci pinggan 
Kutip semua pinggan mangkuk dan periuk belanga yang belum dicuci. Selalunya, anak sulung akan kutip basuh sebelum dia tidur. Esok pagi tu, tugas sayalah... Mencari apa yang tertinggal untuk dibasuh.

Melipat pakaian
Sambil tunggu anak dara Jepun habis keje membasuh, layan dulu tugas hakiki saya ๐Ÿ˜…. Suka melipat tapi tak suka angkat susun masuk bilik. Selalunya saya sub jer dekat anak-anak. Sambil melipat sambil tengok TV rancangan Tanyalah Ustaz. Faktor usia kot, saya dah tak lalu nak tengok movie atau hiburan waktu pagi. Suka layan rancangan agama jer waktu tu. Waktu tu jugalah anak-anak tak boleh tukar siaran sehingga pukul 8.30 pagi. Sapa tukar, kena petir juga kang.

Menyidai kain
Selalunya sub pada anak sulung jer. Tapi tahun ni dia masuk sekolah sesi pagi, nak tak nak, maknyer la kena menyidai. Bila menyidai, depan rumah semak… kemas dulu apa yang patut. Kasut bersepah, waktu ni la gigih menyusun. Serius, saya jarang keluar rumah untuk menyidai๐Ÿคญ

Memasak
Mula memasak dengan membasuh beras dahulu. Masak guna anak dara Jepun juga. Mudah tak payah fikir nak jaga api macam orang dulu-dulu. Sementara nasi nak masak, saya dah mula memotong bawang. Siap sedia nak memasak dah ni. Lauk siap, nasi pun siap. Siapa lapar boleh makan dulu.

Lap dapur
Habis masak, wajib lap dapur hingga merelit! Pakai buih sabun.

Susun pakaian
Dah kalau anak-anak pergi sekolah, nak suruh sapa angkat??? Akak la jugak... Tak suka pun terpaksa buat. Huhuhu... Kalau tak angkat, tepi ruang tamu tu penuh baju bersusun, kang Kiko masuk langgar macam mana? Tak ke kena lipat lagi sekali. Oh tidak! Angkat je la.

Sental lantai, dinding dan mangkuk tandas
Sebulan, 3 kali bergantung pada kekotoran. Kadang sambil mandi sambil sental. Kurang la sikit kotornya. 

Cuci peti sejuk
Sebulan sekali bergantung pada kekotoran. 

Kutip pakaian di ampaian
Sebelum pukul 7 malam, baju dah siap masuk raga. Raga ni kalau biar dua tiga hari tak melipat, boleh tengok setinggi gunung Everest. Nak settlekan melipat, memang bercinta!

Kemas kini akaun dan stok
Setiap malam lepas solat Isyak, saya akan jadi kerani. Kira duit masuk, kira banyak mana duit keluar. Semuanya saya rekod pakai Google Sheet. Kalau ada order masuk di kedai Shopee, esok saya print AWB dan packing barang untuk drop di J&T depan rumah. Kadang minta tolong suami drop. Kalau jiran-jiran membeli, anak lelaki sayalah selalunya yang jadi runner. Senyum sampai ke telinga bila jiran kasi upah. Suami pula jadi runner kalau dia keje petang. On e way ke tempat keje, dialah singgah hantar kepada pelanggan.

Kedai online saya buka pada pukul 9 pagi sehingga 7 petang. Saya akan pastikan tugas mengemas rumah siap sebelum kedai dibuka. Bila siap, mudah. Saya buat kerja sambil-sambil je. Bila notifikasi berbunyi, baru masuk dapur. Cuci tangan dan capai apron untuk mulakan tugas.

Begitulah.

Sharhanah 

GIVEAWAY 2022 : HAPPY 1ST ANNIVERSARY CCL & HUSBAND


Buat CCL & Suami,

Genap setahun sudah melayari bahtera perkahwinan kalian,
Percayalah, perjalanan masih panjang,
Ujian dan tekanan berumah tangga pasti datang,
Datang untuk menjadikan kalian lebih matang, lebih bahagia,
Semoga Allah memelihara rumahtangga kalian berdua,
Moga Allah juga limpah usia perkahwinan dengan sakinah, mawaddah wa rahmah
Hingga ke syurga….


Kepada yang nak sertai giveaway daripada CCL, klik jer gambar di atas tu tau. Moga ada rezeki kalian.

Sharhanah 

Ulasan Filem Animasi Turning Red

Hujung minggu baru-baru ni, saya melayan filem animasi karya kolaborasi antara Walt Disney Pictures dengan Pixar Animation Studios bersama anak-anak sambil melipat kain. Cerita ni best, sesuai sangatlah untuk kami. Women to women.

Tengok gambar kartun ni pun comel, penuh warna, tekstur serta gaya animasi yang menonjolkan ekspresi. Orang kata tak jemu. Boleh layan sampai habis lah. Tak hairanlah, saya dah ulang tengok 2 kali.

Turning Red ni mengisahkan tentang Meilin Lee (suara oleh Rosalie Chiang), seorang budak perempuan yang sedang meningkat remaja di Toronto. Dia adalah pelajar ceria, pandai, memiliki rasa percaya pada diri yang tinggi, semangat setia kawan dan anak yang taat pada ibu bapa. Sekilas, boleh dikatakan Meilin adalah seorang yang sempurna sehingga semuanya tahu bahawa kehidupan remaja tidaklah seperti tu.

Sebab dia adalah anak tunggal harapan keluarga, ibunya (suara oleh Sandra Oh) yang tegas tersangatlah melindungi Meilin. Segala kehidupannya dikawal rapi oleh ibunya. Sehingga Meilin berasa  rimas apabila jiwa remajanya dikongkong.

Cuma, Meilin tak perasan yang keturunan ibunya ada kena mengena dengan sejarah semangat panda merah. Patutlah ibunya sangat menjaga Meilin sepenuh jiwa raganya, kerana suatu hari nanti Meilin juga akan menjadi sepertinya dahulu iaitu menjalani ritual khusus pada bulan mengambang penuh bila tiba masanya.

Akhirnya, Meilin bertukar menjadi panda merah apabila dia berubah emosi. Dia menjadi malu dan takut berinteraksi dengan orang lain. Hanya dengan cara mengawal emosi dia akan kembali kepada dia yang asal. 

Dalam filem ni, banyak ditunjukkan sisi kehidupan remaja dengan konflik dan dilema yang membawa perubahan besar. Meilin dapat menjadikan perubahan tersebut kepada yang lebih baik.

Psttt... Saya ada 3 orang anak perempuan sedang membesar. Tinggal sorang jer lagi nak turning red. Jenuh nak menjaga emosi derang ni๐Ÿคญ

“I am my own person, but it doesn’t mean I can do whatever I want.” - Meilin Lee

Sharhanah

Baucar Foodpanda Mac 2022

Untuk para pelanggan Foodpanda, sepanjang bulan ini.. Korang boleh gunakan baucar diskaun di SEMUA RESTORAN Foodpanda dengan nilai diskaun yang berbeza mengikut masa. 

Letakkan kod BRUNCH (sehingga pukul 2.30 ptg)  / HIGHTEA (3 petang sehingga 6.30 petang) / DINNER (pukul 6 petang ke atas)

Jangan lepaskan peluang tau. Sebab dengarnya Foodpanda sudah melabur banyak untuk tujuan pemasaran mereka. Jom menyokong perniagaan orang kita. Hanya duduk rumah, biar rider yang hantarkan.

Sharhanah (Vendor Foodpanda juga)

Berani atas dasar keyakinan

Saya mula berdikari bila dapat sambung pelajaran ke universiti. Semester pertama sahaja saya rasa agak menyusahkan keluarga. Semester berikutnya, saya dah ada PTPTN๐Ÿคญ.

Untungnya, saya ada 4 sahabat daripada sekolah yang sama belajar di universiti yang sama. Balik kampung pun kami travel sama-sama. Perasaan takut dan malu sedikit-sedikit hilang. Saya dah pandai menyesuaikan diri di kampus. Saya punyai teman-teman di setiap negeri di Malaysia. Best kan?

Serius saya katakan, jika saya masih di kampung, saya tetap sama macam dulu. Tak yakin, penakut dan pemalu tak bertempat. Rasa macam katak bawah tempurung. Syukurlah, Allah beri rezeki saya sambung belajar, dapat kenal dunia luar. 

Waktu tu saya dapat 2 tawaran tempat sambung belajar... Samada di lembah Klang atau Utara... Dan majoriti keluarga saya memilih utara sahaja disebabkan lebih dekat. Cuma ayah jer yang beria-ria nak saya belajar jauh-jauh.  Huhuhu.

Saya masuk Kelab Rekreasi dan beberapa kelab di Universiti. Semester pertama, saya dah sertai Trans Korbu-Gayong. Saya suka aktiviti sebegini. Mendekatkan lagi diri dengan Sang Pencipta. Menduga tahap kesabaran, ketabahan, keberanian, belajar semangat setia kawan, tolong menolong dan banyak lagi.

Camping di Telok Sekadeh, Pulau Pangkor

Sepanjang belajar di sana, saya banyak sertai aktiviti rekreasi seperti berkhemah, rock climbing, absiling, mendaki, berkayak, rafting.... Budak kampung kan… Alhamdulillah, dapat kawan-kawan semua yang baik-baik. Rezeki. Ukhwah kami sehinggalah sekarang. Tak hairanlah, zaman itu zaman paling best untuk dikenang.

Saya dah panjat Gunung Tahan, Gunung Irau, Gunung Bintang dan beberapa lagi gunung yang setiap kali panjat, ada ceritanya tersendiri. Pengalaman ni bila kumpul-kumpul, jadilah seperti saya sekarang. Alhamdulillah.

Psttt..... Cuma... Tengok gaya anak-anak saya sekarang... Macam tak ikut mamanya pun๐Ÿคญ. 

Ini adalah sambungan daripada entry Keyakinan di Atas Sifat Takut dan Malu? 

Sharhanah

CETAK TERUS DARIPADA MESIN PENCETAK (PRINTER)

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani 

Baru-baru ini saya perlu mencetak borang untuk kemasukan anak ke Darjah Satu. Gelabah sebab dua-dua komputer di rumah tak boleh guna.

Membebel jugalah saya pun. Kebetulan urgent nak cetak Shopee AWB juga.

Printer Canon E410 pula tak support wireless. Kalau support senanglah. Maka saya terpaksalah guna android smartphone anak saya.

Oh ya, untuk mencetak pada printer tanpa wifi, saya perlukan OTG adapter cable. Sambungkan dari smartphone ke printer.

Install dulu aplikasi NokoPrint di Google Play. Nak setting tu, kena pilih jenis printer tu betul-betul. Macam saya, kena pilih canon>Pixma>E410.

Lepas tu, pilih dokumen apa yg nak dicetak, set saiz kertas dan bilangan.

Tekan "print"

Alhamdulillah... Selesai masalah.

Sharhanah

Review: Biskut Mazola Paling Agong

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya memang peminat biskut Mazola. Pernah buat entry biskut ni sebab teringin sangat nak makan. Lagipun biskut ni senang sangat nak buat. Bahan pun tak banyak. Kalau susah, memang saya tak buat aih.... Dasar pemaaaa...lasss!


Sejak jadi follower Bapa Biskut Kebangsaan FB: khairul hakimin muhammad, saya teringin betul nak rasa biskut Mazola yang diusahakan menggunakan resipi ibunya. Tengok gambar pun dah terliur.

Terliur kan๐Ÿคค๐Ÿคค๐Ÿคค (kalah orang mengidam)

Saya beli dekat agen berdekatan. Hanya PM di WhatsApp, petang tu juga biskut mazola ni sampai ke rumah saya dengan kos penghantaran RM3 sahaja. 

Biskut ni bukan jenis boleh pos-pos... Kang sampai nanti, makan serdak je.

Saya beli sebalang jer habuan nak merasa.  Harga RM30 (45 biji tersusun tersangatlah cantik). Makan puas kalau awak makan sorang-sorang.

Tekstur : Sangat gebu dan lembut

Saiz anggaran : Diameter duit syiling 20 sen lama dan tebal setengah inci.

Rasa : Sedap. Cair di mulut turun ke hati.

Cadangan saya:  Letak sebelah kacang tanah buat topping. Mesti rangup kena dengan tekstur biskut yang gebu dan lembut.

So far, kena betul dengan tekak saya ni. Cuma kalau makan atas 4 biji tanpa henti, akan rasa kelat-kelat sikit. Saya tak pasti samada ia kesan pewarna topping mazola atau kulit kacang tanah itu sendiri. Ke tekak saya jer ni? 

Maka, hint nya... kalau pergi nak beraya, jangan bedal sebalang biskut raya tuan rumah pula. Makan setakat rasa-rasa sudahlah weh๐Ÿ˜™

Insha-Allah, boleh ulang beli lagi ni. Selagi ada stok sebab permintaan sangat tinggi. Moga bisnes bapa biskut kebangsaan terus maju dan menjadi pilihan penggemar biskut homemade di persada dunia!

Done.

Sharhanah

Keyakinan Di Atas Sifat Takut Dan Malu?


Sebenarnya saya seorang yang penakut dan pemalu. Takut untuk beri pendapat, takut untuk meluahkan dan malu untuk menonjol. Disebabkan sifat ini, saya sering disisihkan dalam pelbagai hal.

Masa sekolah rendah, cikgu panggil saya untuk lantik menjadi Penolong Ketua Darjah. Saya diam keras membatu tiada reaksi. Hahaha. Terus cikgu lantik Mas Ayu, budak cantik bertahi lalat dan berambut kerinting jadi penolong ketua darjah.

Disebabkan pemalu sangat, saya tidak terpilih untuk masuk persembahan boria di sekolah. Apatah lagi nak masuk pertandingan bercerita pada Hari Kanak-Kanak. Saya hanya terpilih mewakili sekolah apabila cikgu menyedari saya tinggi, ada bakat melukis dan mewarna.

Disebabkan saya tinggi dan lemah lembut, cikgu jadikan saya pemain bola jaring sebagai GS. Duduk je dalam kawasan D dengan tugas menjaringkan gol. Daya tumpuan kena tinggi. Paling best, bila bola masuk ke dalam jaring, semua orang akan tepuk tangan. Malu!

Alhamdulillah, sifat saya ni tak terkesan dalam pembelajaran. Walaupun malu, saya tersenarai juga dalam top 10 pelajar cemerlang. Cikgu kata saya ni berat mulut. Pernah juga kena cubit dekat perut dengan cikgu sebab cikgu tanya saya tak jawab. Sakit yakmattt. Rasa nak lari balik rumah, tapi saya takut kena marah.

Bila sekolah menengah, sifat itu masih menebal. Saya sangat pendiam dan lembik. Insiden kena langgar bahu dengan pelajar perempuan kelas sebelah membuka mata saya. Dia langsung tak pandang, nak mintak maaf jauh sekali. Mungkin, orang lemah selalu orang tak nampak. Saya semakin rendah diri. Berlapis-lapis. 

Cikgu sering memuji disebabkan saya mempunyai tulisan yang cantik, pandai melukis dan karangan saya selalu dijadikan contoh untuk pelajar-pelajar yang lain. Saya lebih yakin akan diri sendiri.  Dan ada pula yang iri hati. Sudahhhh.

Tingkatan 4 saya cabar diri untuk tukar sekolah dalam daerah yang sama. Daripada aliran perdagangan ke aliran teknikal. Saya tinggalkan "best friend" aka jiran baik saya di sekolah itu. Kami dah berjanji daripada sekolah rendah nak sekolah menengah sama-sama. Sekali, dia cabar saya untuk bertukar sekolah, saya apalagi... pantang kena cabar. Terus tukar.

Saya pegang ayat ini waktu berkira-kira nak tukar sekolah..."Kejayaan memerlukan perubahan"..Ya, saya perlu hijrah. Akhirnya, saya ke bilik Pengetua. Ambil borang pertukaran.

Di sekolah baharu, saya masuk Kadet Polis, Kelab Tenis dan Persatuan Bahasa Melayu. Aktiviti kokurikulum  tu semua membina peribadi saya lebih baik. Alhamdulillah, Form 5 saya dapat pangkat 1 dengan 17 agregat.. Takdelah cemerlang macam budak 7 agregat tu kan..majoriti kawan-kawan yang tukar sekolah ke aliran Sains semua dapat pangkat 1. Kami berani berhijrah. 

Sifat takut ini saya menjadikan saya lebih yakin dalam alam remaja. Nak tahu kisah saya di alam universiti??? Tunggu sambungan next entry. Jemu juga baca panjang-panjang kan.

Sharhanah

Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1!



Alhamdulillah, hari ini ada banyak masa untuk blog walking. Sekali ke rumah SR, ada giveaway sedang dianjurkan beliau. Dah sampai ke sana tak kan lah saya tak join kan, mestilah join.

Memandangkan SR tawarkan 5, 6 pemenang... Peluang nak menang tu agak cerah. Maka, jom lah kita memeriahkan segmen giveaway beliau. Mana lah tahu rezeki...

SYARAT-SYARAT 

Giveaway Syazni Rahim Blog Masuk Tingkatan 1 adalah seperti berikut:

1. Buat satu post entri bertajuk : Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1!


3. Letak banner giveaway di atas dan backlink kan ke entri giveaway beliau.

4. Kalau nak bagi panjang sikit, bolehlah ceritakan entry SR yang mana yang kalian paling ingat? Dan kenapa? (Tak wajib)

5. Selepas selesai semua, bolehlah publish dan submit link entry kalian itu ke ruangan komen di entry giveaway beliau.

6. Tarikh akhir untuk submit link penyertaan ke ruangan komen entry giveaway ini adalah pada 20 Mac 2022!

Apa-apapun tahniah SR kerana blog sudah masuk ke alam remaja. Orang panggil, dah cukup umur tu....hihihi. Keep blogging ya!

Sharhanah 

Fenomena Alam - Pelangi Pada Awan Kumulonimbus


Subhanallah... dapat tengok awan yang jarang berlaku

Petang 28 Februari lalu, anak 10 tahun bergegas masuk ke dalam rumah untuk mendapatkan telefon pintar saya. Kenapa tergesa-gesa? Rupanya dia hendak  tunjukkan awan yang pelik kepada saya. 

"Awan apa ni mama? Cantik, macam pelangi", tanya anak bersungguh-sungguh.

Rupanya ini ialah Iridescent cloud atau fenomena optik berwarna-warni yang menyerupai pelangi pada awan tingkat menengah seperti Kumulonimbus. Ia fenomena biasa tapi jarang berlaku.

Fenomena ini terjadi bila serakkan cahaya matahari oleh titisan air di atmosfera dengan ukuran yang cukup seragam.

Rasanya, melihat dengan mata sendiri lebih cantik daripada gambar di atas. MasyaAllah! Tidak terungkap dengan kata-kata.

Moga anak-anak berfikir betapa berkuasanya Allah SWT dalam mencipta alam ini dan betapa lemahnya kita sebagai manusia.

Sharhanah