Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Saya memang peminat biskut Mazola. Pernah buat entry biskut ni sebab teringin sangat nak makan. Lagipun biskut ni senang sangat nak buat. Bahan pun tak banyak. Kalau susah, memang saya tak buat aih.... Dasar pemaaaa...lasss!
Sejak jadi follower Bapa Biskut Kebangsaan FB: khairul hakimin muhammad, saya teringin betul nak rasa biskut Mazola yang diusahakan menggunakan resipi ibunya. Tengok gambar pun dah terliur.
Terliur kan๐คค๐คค๐คค (kalah orang mengidam)
Saya beli dekat agen berdekatan. Hanya PM di WhatsApp, petang tu juga biskut mazola ni sampai ke rumah saya dengan kos penghantaran RM3 sahaja.
Biskut ni bukan jenis boleh pos-pos... Kang sampai nanti, makan serdak je.
Saya beli sebalang jer habuan nak merasa. Harga RM30 (45 biji tersusun tersangatlah cantik). Makan puas kalau awak makan sorang-sorang.
Tekstur : Sangat gebu dan lembut
Saiz anggaran : Diameter duit syiling 20 sen lama dan tebal setengah inci.
Rasa : Sedap. Cair di mulut turun ke hati.
Cadangan saya: Letak sebelah kacang tanah buat topping. Mesti rangup kena dengan tekstur biskut yang gebu dan lembut.
So far, kena betul dengan tekak saya ni. Cuma kalau makan atas 4 biji tanpa henti, akan rasa kelat-kelat sikit. Saya tak pasti samada ia kesan pewarna topping mazola atau kulit kacang tanah itu sendiri. Ke tekak saya jer ni?
Maka, hint nya... kalau pergi nak beraya, jangan bedal sebalang biskut raya tuan rumah pula. Makan setakat rasa-rasa sudahlah weh๐
Insha-Allah, boleh ulang beli lagi ni. Selagi ada stok sebab permintaan sangat tinggi. Moga bisnes bapa biskut kebangsaan terus maju dan menjadi pilihan penggemar biskut homemade di persada dunia!
Done.
Sharhanah
wahh sedap sangat ni...ms sek menengah dlu suka buat biskut ni sebab mak suka sangat..jadi kita yg sulung ni haruslah belajar buat haha..
ReplyDeleteKakak saya yg sulung pun rajin buat biskut ni. Saya jadi tukang rasa.
DeleteMasa kecik selalu beli kat kedai runcit. Sedap.
ReplyDeleteSama la... Mengimbau kenangan betul :)
Delete