Alhamdulillah, stok ketupat daun palas telah mendarat. Jauh dia mai. Dari Penang nuuu. Kali ini saya ambil lebih sikit untuk persediaan Hari Raya. Semuanya dibuat oleh kakak sulung. Dia memang pandai bab membalut ketupat. Tidak seperti adiknya, gagal sehingga ke sudah๐
Saya menjual pada jiran-jiran dan juga di platform online. Sebenarnya saya baru bermula berniaga ketupat ni. Orang kata test market jer pun. Tak sangka, ada permintaan. Siap ada yang ulang beli.
Ketupat palas utara frozen |
Kakak-kakak saya yang 6 orang tu, majoriti pandai memasak. Sayangnya, mereka tak pandai nak pasarkan. Saya jer yang tak pandai masak. Tapi bolehlah tolong pasarkan. Sebab tu saya ambil inisiatif untuk menjual ketupat ini di lembah Klang. Lagipun kakak sulung saya dah bersemangat nak kumpul duit berniaga ni untuk menunaikan umrah. Niat yang baik. Moga impian kakak tercapai.
Kepada penggemar ketupat palas original mai daripada utara nuuu, boleh hubungi saya untuk dapatkannya. Makan dengan rendang atau serunding memang sesuai sangatlah. Tak payah tunggu musim perayaan, ketupat palas ni available sepanjang tahun. Insha-Allah.
Sharhanah (Adik yang baik)
Wahh dah mood raya nii
ReplyDelete๐
ReplyDelete