1 pek Patin Tempoyak. Ada 1/3 bahagian ikan patin bersama pes tempoyak |
Ikan patin masak tempoyak di dalam kuali. Kurang setengah jam didihkan, siaplah dihidang. |
1 pek Patin Tempoyak. Ada 1/3 bahagian ikan patin bersama pes tempoyak |
Ikan patin masak tempoyak di dalam kuali. Kurang setengah jam didihkan, siaplah dihidang. |
Sebenarnya mood nak berjalan. Tapi apakan daya, boleh tengok album lama je lah. Sekarang bukan macam dulu, nak jalan bila-bila pun boleh.
Bila belek album lama, berkenan betul dengan Pulau Redang. Pasir pantai lembut macam tepung, bersih, laut membiru dan suasana yang damai. Orang kata, tempat paling sesuai nak lari daripada kesibukan kota. Tengok laut yang luas, lega kepala…
Berjalan ke jeti. Nak ke Taman Laut sebenarnya. Tak sabar nak berenang dengan ikan. |
Sharhanah
Anda dah ada kad BigPay belum? Saya dah hampir dua tahun guna. So far, best sangat. Sebab ia adalah kad prepaid Mastercard/Visa dan bukan kad kredit yang perlu berhutang dulu pastu baru bayar. Ada duit baru boleh guna okey.
Boleh cek duit keluar masuk dengan menggunakan telefon pintar anda. Senang nak bajet. Pastu senang nak "freeze" kad kalau kad hilang atau tercicir kat mana-mana. Kalau dah jumpa, "unfreeze" jer. Kalau hilang, tak perlu nak call Bigpay, hanya tekan pada "Support" dan support team mereka akan melayan 24 jam 7 hari seminggu. Kad ganti yang baharu akan dipos ke rumah anda.
Tahun lepas saya ke Saudi Arabia. Memang sangat berguna kad ni. Tak perlu nak tukar duit. Saya keluarkan duit dekat ATM tanpa perlu nak aktifkan apa-apa pun. Nilai tukaran wang asing pun pada kadar paling rendah. Best kan? Beli barang pun saya pakai kad ni je. Duit tunai memang saya dah tukar siap-siap di Malaysia tapi, tak banyak pun. Lepas duit makan je la.
Kalau anak saya nak ke kedai depan rumah nak beli telur ayam ke, saya bagi kad BigPay. Saya top-up la dalam RM15 siap-siap dekat aplikasi. Mereka akan "wave" dan guna banyak tu jer. Tak perlu nak pegang duit baki waktu Covid-19 ni kan. Pastu, takde la duk capai cekedis lollipop ke... Sebab mak mereka ni akan top up ngam-ngam Ho! Lainlah kalau nak upah sikit kan. Buat upah penat jalan bawah terik mentari. Hehehe.
Dah tak bekerja dan tak berjalan ke mana sekarang ni, saya bagi suami guna. Senang sikit nak pantau. Kad bank dia, saya simpan memandangkan dah banyak kali dia hilangkan kad ATM. Sebab keje dia pun penghantar barang... Asyik tercicir, pening mak! Senang nak top up kalau duit dalam ni dah menyusut. Saya tak letak banyak pun.. Bajet untuk 3 hari je untuk buat duit poket pergi keje.
Untuk kaki travel, memang elok sangat lah… elok juga kaki shopping online. Guna sambil dapat points. Kot boleh redeem naik kapal terbang AirAsia percuma. Jimat banyak!
Ok... Jom tebus RM 20 PERCUMA daripada BigPay (company AirAsia). Ramai dah tebus sebenarnya. Duit yang anda dapat tu boleh transfer ke ShopeePay atau GrabPay dan boleh start guna π€. Cara-cara nak tebus RM 20 free dari bigpay dan anda boleh belanjakan di shopee atau grab
Tekan di sini π SIGN UP
Atau
1) Download apps BigPay
2) Sign Up & Masuk Referral Code
3) Guna Referral Code
π KZ9FMXJNZD
4) Jangan Skip Referral Code untuk dapat Rm20 percuma dari bigpay.
5) Ikut sahaja step yang diminta untuk verify
6) Top up RM 5 untuk aktifkan (ampa akan dapat balik duit RM 5 tu dalam akaun)
APA ITU BIG PAY?
Ianya merupakan e-wallet (daripada pihak Air Asia) yang membolehkan kita membuat bayaran atau transasksi atau perbelanjaan dengan menggunakan kad yang diberi. Erti kata lain, ampa daftar BigPay ampa akan dapat kad yang dihantar terus ke rumah ampa.
APA KELEBIHAN MENGGUNAKAN KAD DAN APLIKASI BIG PAY?
P/S: TOLONG KONGSI MAKLUMAT ANDA SELAIN DI DALAM APPS TU. JANGAN BAGI NOMBOR OTP ATAU NOMBOR IC KEPADA ORANG YANG CALL ATAU SMS ANDA.
Kalau apa2 tak jelas boleh wasap nombor di bawah untuk pertanyaan DI SINI
Semoga bermanfaat!
Sharhanah
Last saya ada kucing masa di bangku sekolah rendah. Namanya "Moning". Mati lepas ayah balik daripada solat Jumaat, depan mata saya pula. Punyalah sedih. Sejak tu, saya dah takde kucing kesayangan. Yang ada kucing jiran yang suka datang rumah. Namanya "Grey" sebab bulu dia kelabu.
Anak kucing ni, takde pula jiran-jiran war-warkan pasal kehilangan. Kalau ada, dah tentu masuk iklan dalam group Whatsapp taman. Saya rasa ni anak kucing jalanan yang tersesat, mungkin.
Aktif dan sihat dia. Alhamdulillah. Saya panggil dia dengan nama KIKO. Ntah, Saya suka nama tu. Pada mulanya, anak-anak sering tersasul panggil nama Choki... Ekeke... Sempena nama eskrem kah???
Insha-Allah, selagi mampu... Kami akan jaga KIKO yang dah jadi sebahagian daripada keluarga kami ini dengan sebaik-baiknya. Syukur juga, rezeki semakin bertambah. Berikan ilmu dalam menjaganya. Risau, takut kami kalau tak pandai jaga.
Welcome to our family!
Sharhanah
Salam Jumaat. Hari ini belajar menekap gambar menggunakan aplikasi Ibis Paint. Belum pandai nak melukis lagi, tapi faham lah penggunaan “layer”. Belajar pun anak yang bantu. Nak betul-betul belajar, kena ambil masa. Bila dah tua macam ni, rasa lambat nak faham, al-maklumlah … banyak benda nak difikir.
Dulu memang minat sangat nak melukis, sekarang dah takde masa.. sibuk dengan urusan rumah tangga dan perniagaan kecil ku di rumah. Sekarang ni biarlah anak-anak yang menyambung minat maknya ini. Maknya pantau pun dah okey kan.
Esok, hujung minggu… aku macam biasalah, duduk rumah dengan anak-anak memandangkan bapanya bekerja. Ramai yang dah merentas negeri balik kampung dan ada yang pergi bercuti. Kami? Insha-Allah, bulan Disember nanti baru nak balik kampung. Jumpa lagi next entry ya!
Sharhanah
Minggu ni ramai yang dah mula merentas negeri. Saya masih di sini. Tak rentas mana-mana lagiπ . Biarlah orang lain balik dulu. Kami akan menyusul nanti. Lagipun, anak-anak belum full vaccinated. Lagi... Akaun perniagaan baru jer dapat tadi. Sekarang masih fokus kepada perniagaan kecil ku ini. Insha-Allah, saya rancang nak balik kampung pada Krismas nanti.
Saya tambah perisa baharu. Sirap bandung. So far, rasanya memang padu! Musim panas memang seronok layan weh. Kadang, kita fikir musim hujan tak laku... Rupanya ada jer orang beli. Percaya pada rezeki Allah.
Sejak tak bekerja, tiada lagi gaji bulanan... Hanya mengharapkan jualan. Memang tawakal habislah. Dulu tak merasa semua ni, hujung bulan gaji masuk je ke dalam akaun bank. Tak perlu nak risau. Sekarang, saya rasa benar-benar rasa kebergantungan kepada sang pencipta.
Alhamdulillah, ada juga rezeki hari ini dalam platform SF. Sebab ramai dah pakat balik kampung dan ramai yang dine-in luar. Foodpanda dah 2 hari sepi. Takpe lah, SF cover.
Sharhanah
Dah agak lama terperuk dalam rumah, bunyi seperti ini menjadi terapi minda. Alhamdulillah. Sejuk dan damai.
Sharhanah
Dua hari kalut dengan anak-anak nak vaksin. Si sulung jer lepas, si nombor dua tak lepas dek tercicir namanya dalam senarai sekolah. Lepas tu saya bergegas ke bank atas satu urusan yang belum settle sejak 2 minggu lepas. Malangnya, tak dapat selesaikan juga disebabkan masalah sistem.
Hari ini baru ada masa untuk susun atur bilik anak-anak perempuan. Si bongsu pun dah besar. Dengan bilik yang kecil, pening juga lah. Untung si anak bujang, dia sorang je satu bilik. Sesi menyusun dibuat lepas zohor. Penat maknya lom habis lagi.
Sharhanah
Hari ini puasa ganti. Buat lunch siap-siap untuk keluarga. Beria mak depa masak, rupanya sapa pun tak makan sampai ke petang. Baik puasa sekali satu familiπ Buat penat sungguh la. Depa ni tak dak selera kot kalau mak depa tak makan sekali. Bila buka puasa, penuh meja ngan anak-anak. Apakah?
Hari ini layan customers order eskrem dan tengahari tadi ada order patin masak tempoyak. Pastu sunyi sepi.
Lepas Asar, masuk "opis" lah. Sebab berjanji dengan anak-anak nak buat biskut mazola. Semua dah teringin! Kebetulan kacang tanah ada baki lepas buat nasi lemak dua hari lepas. Asben dah belikan minyak jagung pagi tadi sebelum pergi keje. Suruh sorang anak pergi beli gula icing dekat kedai bakery tepi rumah. Sorang lagi tukang goreng kacang tanah. Haaa.. Mak depa bagi tugas dahπ
Makan masa betul duk perisi kacang. Pastu nak kisar pula. Settle segala, duk uli untuk jadikan doh... Tetiba ada order masuk....ikan patin masak tempoyak 2. Saya terpaksa stop dulu lah layan doh mazola ni. Layan lain la pula.
Siap masak... Suruh anak bagi dekat rider, saya sambung buat mazola yang terbengkalai. Lagi setengah jam nak buka puasa, laju-laju bulatkan doh kepada saiz yang lebih kecil ... Ini adalah kali pertama bakar biskut mazola pakai air fryer. Try ikut resepi, 160•c / 20 minit, warna coklat tua plus telur merah bahagian atas jadi agak hangus. So, kali ke-2, saya kurangkan masa sikit kepada 10 minit. Alhamdulillah, kejadian mazola cantik tak macam pertama kali bakar.
Buka puasa saya cuba rasa dia dulu lah... Alhamdulillah... Sedap. Saya refer Resepi Che Nom dan sempat salin lekat dekat pintu peti sejuk. Senang nak buat lagi walaupun bahan dia sangat mudah yakmattt.
Kalau ada yang teringin, cubalah...
Sharhanah
Saya mula meniaga karipap pusing ni sejak Jun 2021. Baru lagi kan... Tapi, dah hari-hari goreng... Dah tahu cara camner nak dapatkan karipap yang rangup dan tak berminyak.
Ada caranya,
#1 Tuangkan minyak ke dalam kuali dengan api yang kecil. Tak perlu tunggu sampai minyak panas sangat, masukkan je karipap pusing terus ke dalam kuali. Selalunya saya goreng pakai kuali kecik, maka 1 set tu sekali goreng, 5 biji jer.
#2 Rajinkan diri untuk balik-balikkan karipap tersebut. Jangan biar camtu jer, nanti warna karipap tak sekata.
#3 Bila nampak warna karipap dah sedikit kekuningan, waktu ni lah, ampa kena pandai main api pula. Untuk mengelakkan karipap serap banyak minyak. Besarkan api sedikit. Goreng sehingga semua warna sekata, barulah angkat.
#4 Untuk gorengan kedua pula, pastikan minyak tadi tidak panas... Maknanya, boleh jer tutup api selepas gorengan pertama. Ikut langkah macam tadi.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Pada 18 September 2021, saya daftar restoran homebased di ShopeeFood Malaysia (SF). Nak bergantung harap sangat dekat FP, tak boleh juga. Sekarang ni ramai pelanggan bijak memilih platform mana yang lebih berbaloi. Maka, kita sebagai penjual pun haruslah bijak juga.
Dua hari lepas saya daftar tu, saya terima emel daripada SF. Derang inform yang menu nak dijual haruslah "ready to eat".. Maka, terpaksalah saya lupakan hasrat nak letak produk frozen. Lepas tu, baru saya dapat emel yang menyatakan saya lulus fasa tinjauan dan akaun ShopeeFood saya telah berjaya dibuat. Dah boleh install aplikasi SF di telefon!
Syukur, disebabkan saya dah pernah daftar sendiri di FP...maka, proses pendaftaran di SF jadi mudah. Gambar menu pun dah ada, link kan saje dalam template yang telah disediakan oleh pihak SF. Semua kena buat dalam Google Drive. Ampa create satu fail dengan nama restoran ampa tu, dalam tu letak semua gambar menu yang nak dijual.
Saya buat ni dalam 3 hari juga la. Siang memang tak sempat, malam je aku ada masa. Itu pun jenuh nak faham apa yang SF nak. Syukur, tak sia-sia saya join kursus Google+ masa keje dulu. Ada basic, senang la faham.
Selesai isi template ni, ampa jadikan fail excel. Nanti senang nak upload dalam form yang kita nak submit nanti dekat SF. Google Drive tu jangan lupa tukar setting ke "Public".Selepas saya hantar notis sebulan nak berhenti kerja pada bulan April lepas, saya terfikir benda apa yang boleh saya buat untuk menambah pendapatan isi rumah merangkap membantu meringankan bebanan suami. Terus terfikir nak daftar nak jadi vendor Foodpanda (FP). Boleh berniaga dari rumah, tak perlu nak sewa-sewa kedai. Lagipun saya dah ada produk nak meniaga. Ya, saya daftar sendiri tanpa agen. Walaupun tak pandai, sis cuba!π Alhamdulillah dah 4 berbulan saya berniaga guna platform FP.
Perkara pertama yang saya buat adalah daftar perniagaan dulu dekat SSM secara online. Caj yang dikenakan untuk lesen setahun adalah RM60.
Dahulu, sewaktu saya keje sebumbung dengan suami… hujung minggu jer, kami akan bawa anak-anak keluar jalan-jalan. Paling suka sangat ke Taman Tasik Ampang. Anak-anak panggil “taman bulat bulat”.
Dekat situ ada taman permainan, ada outdoor gym, ada juga gerai makanan, ada kemudahan surau dan tandas. Saya suka berjalan keliling tasik biar keluar peluh. Kadang, kami bawa roti untuk bagi ikan makan. Seronok anak-anak bila tengok ikan merebut-rebut roti yang dah mulai kembang.
Alhamdulillah, senyum hari ini dapat mandi sungai. Bawa bekal nasi goreng siap khemah dan dapur. Khemah tu berguna bila anak-anak nak salin baju. Dulu masa derang kecik, saya masukkan ke dalam kain batik jer... Biar derang salin kat dalam...saya juz pegang kiri kanan... hikhik... Sekarang pakat dah jadi anak dara, dah tak muat kain batik tuπ
Seekor pepatung di tebing sungai. |
Pokok-pokok tinggi |
Bahan-bahan soto. Alhamdulillah, kawan bawa dari rumah. Sedap betul berkelah di tepi sungai |
Zaman saya dulu, harga aiskrim ni dua ploh sen jer. Sekarang, ada lagi ke? Kos pun tak lepas weh. Harga berubah mengikut peredaran zaman. Saya pernah buat waktu saya keje dulu atas permintaan anak-anak, penat juga walaupun nampak mudah. Selalunya saya buat setiap malam Sabtu, balik keje....Lepas Isyak.. saya masuk dapur. Sempatlah beku esoknya. Tak tengahari... Petang.
Buat aiskrim ni makan masa. Lagi-lagi kalau buat aiskrim sumi. Nak buka sumi satu-satu pun jenuh. Pastu melekit habis meja. Sama juga dengan Choki Choki. Nak kena masukkan pes coklat ke dalam plastik aiskrim. Renyah! Patutlah ramai yang sanggup beli daripada buat sendiri.
Kadang ofis buat "pot luck", saya yang tak pandai masak ni, reti bawa aiskrim jer la. Hihihi. Ada juga kawan sekerja order aiskrim ni untuk dibawa balik ke rumah. Alhamdulillah, ada jer permintaan.
Hujung minggu, anak-anak bawa jual di taman permainan. Saya sediakan "ice box" siap dengan gunting. Kami usung menggunakan beg Ikea. Takde lah jauh pun nak menapak ke taman, dalam 200 tapak.
Pada mulanya depa ni malu-malu nak menjual. Lama kelamaan, dah terer. Sambil main gelungsur, sambil naik buaian, sambil meniaga. Dah pandai kira duit dan dah pandai pulangkan baki. Waktu tu, saya jual dengan harga lima ploh sen. Saja seronok-seronok nak bagi anak-anak belajar menjual. Untung takde, penat berganda. Hahaha. Waktu tu masih bekerja, tak fikir langsung pasal nak untung.
Anak-anak waktu tu, si sulung masih di bangku sekolah rendah. Adik-adik la yang rajin tolong. Seronok tengok derang bekerjasama. Saya lepak atas bangku batu tepi taman sambil tengok derang layan customer.
Sejak wabak Covid-19 melanda dunia, kebetulan saya pula dah diberhentikan keje, kami dah tak menjual dekat taman. Hanya meniaga dari rumah. Saya letak iklan dalam group WhatsApp taman. Nanti ada la jiran-jiran yang membeli... Kami hanya hantarkan. Dulu jalan kaki jer.. Sekarang saya terpaksa beli sebuah basikal murah untuk mudahkan anak. Kadang jiran upah anak... Mungkin kesian tengok anak aku hantar panas-panas.
Kadang, customer jauh datang pick-up aiskrim di rumah. Sekali beli lebih daripada 10 batang. Alhamdulillah... Ini semua rezeki anak-anak. Ada yang suruh hantar... Yang tu, kalau suami ada... saya suruh dia jer...lagipun sejalan nak pergi keje. Singgah kejap antar.
Apa-apa pun, saya selalu pegang prinsip bersusah-susah dahulu, biar lambat asal berjalan...dan bukan senang nak senang... Rezeki tu pasti ada... Usaha dan sentiasa berdoa.
Jumpa lagi!
Sharhanah
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Rempah Ayam Goreng Mamak, c beli daripada kawan sejak saya masih bekerja. Anak-anak suka memandangkan derang selalu makan ayam goreng letak garam kunyit jer. Sesekali tukar, memang akan bertambah nasik tu. Saya memang akan simpan buat stok dalam peti sejuk. Kalau nak guna, keluarkan jer.
Kalau nak tahu, dengan rempah ni (220gm) boleh goreng 2 ekor ayam! Banyak ke banyak? Dulu masa saya baru kenal, duk ingat boleh goreng setengah ekor jer. Rupanya salah tanggapan saya ni. Kalau nak start menggoreng, kenalah perap ayam ni bersama rempah selama 1 jam. Lagi lama, lagi sedap tau.
Ampa perlukan sebutir telur ayam, halia dan bawang putih. Tumbuk halia dan bawang putih sehingga lumat. Masukkan ke dalam rempah bersama ayam tadi. Pastu, pecahkan telur dan gaul bagi sebati. Haaaa... pastu baru perap.
Dah tu, mulalah panaskan minyak masak. Masukkan ayam bila minyak betul² dah panas. Ingat, api tu jangan garang sangat... satgi ayam masak terkejut. Luar nampak masak, kat dalam... masih mentah. Cuba buka api sederhana, baru ayam tu masak sekata dan berjus. Bila dah siap, cubalah rasa... dah macam beli ayam goreng dekat kedai mamak!
Bila goreng sendiri baru puas nak makan. Puas hati sebab kebersihan terjaga. Kita basuh ayam, kita perap ayam, kita goreng... suami dan anak-anak pun bertambah sayang... yerlah, gigih kita kung kang kung kang kat dapur. Takkan depa nak membenci pula. Penat kita masak tau.
Oh ya, rempah ni adalah salah satu produk dalam senarai kat kedai online saya tu... boleh jer klik pada pautan kalau berminat nak try. Saya juga masukkan produk ni ke dalam FB Marketplace untuk kawasan lembah klang sahaja. Nak beli direct dengan saya pun boleh, tekan WhatsApp.
Jumpa di entri seterusnya!
Sharhanah
Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani
Nama saya ialah Sharifah Hasnah S A (Sharhanah) merupakan seorang anak tengah daripada 7 adik-beradik, isteri dan juga ibu kepada empat orang cahaya mata. Lahir pada zaman 80-an di utara Semenanjung dan mempunyai lulusan dalam Pengajian Perniagaan di universiti tempatan. Berpengalaman 14 tahun dalam bidang pengurusan maklumat (syarikat media), meminati fotografi (belajar daripada pembacaan), mengembara (kalau ada duit) dan berekreasi (kalau ada masa). Kini, bekerja dari rumah (wfh) sebagai pembantu tadbir sambil menjalankan perniagaan online secara kecil-kecilan. Kembali aktif berblog setelah sekian lama menyepi. Blog pertama penulis Baca-Lah masih boleh dilayari tetapi sudah tidak dikemaskini.
Salam kenal semua!
Sharhanah
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Blog ini adalah coretan berdasarkan pengalaman penulis. Ia sedikit sebanyak boleh membantu dan bermotivasikan diri untuk memulakan kehidupan sebagai suri rumah sepenuh masa.
Duduk di rumah tidak semestinya membosankan, tapi... jika bijak menyesuaikan diri, pasti setiap hari adalah pengembaraan!
Ia meningkatkan kualiti hidup dan akan mencipta kenangan. Di blog ini, anda akan menemui petua, tutorial, perniagaan, dan catatan inspirasi penjimatan wang untuk membantu anda memulakan kehidupan yang sederhana.
Semoga bermanfaat!
Sharhanah