Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Yang tertera di aplikasi MySejahtera |
Alhamdulillah, 24 Jun yang lalu, keputusan ujian darah dah keluar. Meh baca sampai habis.
Janji temu saya sebelah pagi. Tapi tak dapat hadir atas urusan yang sangat memenatkan di hospital bersama anak lelaki saya. Maka, saya ke Klinik Kesihatan di sebelah petang. Ramai juga umat manusia. Ingatkan sebelah petang tak sama macam sebelah pagi. Rupanya, jangkaan saya salah sama sekali.
Sampai kaunter, macam biasalah... hulur MyKad dan kad kuning (kad temujanji) untuk dapatkan slip nombor panggilan. Lepas tu duduk dulu sementara nombor naik.
Nombor panggilan saya naik dan perlu ke kaunter 1 untuk bayaran RM1. Lepas tu diberitahu perlu tunggu di kaunter 3 paling hujung. Tunggu dekat sini lama juga, rupanya kaunter 2 (depan pintu masuk) yang panggil nama saya. Jururawat di kaunter 2 panggil pula nama tak penuh.
"Sharifahhh", panggil jururawat menggunakan microphone.
Sharifah je...Sharifah apa??? terlepas lah pula 1 giliran. Saya terus ke kaunter 2 dan mention nama saya. Jururawat kata akan panggil sebentar lagi selepas memeriksa tekanan darah pesakit lain dulu.
Selesai, baru nama saya dipanggil. Kaunter 3, ada je jururawat panggil nama...tapi dia sebut penuh.
"Sharifah Salwaaaaa, sila ke kaunter 3".
Sah la itu bukan saya. Nampak seorang kakak berjalan menuju ke kaunter 3. Kakak sulung saya namanya Sharifah Salwa juga. Tetiba rindu dia pula. Heeee.
Kedengaran jururawat kaunter 2 panggil nama saya. Segera saya bangun berjalan ke arah kaunter tersebut.
Bacaan tekanan darah saya diambil. Alhamdulillah, bacaan normal. Lepas tu saya diberi kad laporan kesihatan untuk dimasukkan ke dalam bakul pintu nombor 6. Perlu tunggu lagi.
Lama juga menunggu di sini. Lepas tu baru nombor panggilan saya naik. Saya memulas tombol pintu dan melangkah masuk sambil memberi salam. Ada 2 doktor di dalam. Sorang lagi dah ada pesakit. Saya duduk di kerusi yang kosong. Ada doktor perempuan di situ menjawab salam.
Doktor meletakkan keputusan ujian darah saya di atas meja. Dengan menggunakan pen, doktor membuat ulasan. Keputusan ujian fungsi hati, buah pinggang, kolestrol dan glukos saya adalah baik. Paling doktor suka adalah bacaan HDL saya. Ia adalah kolestrol baik. Lagi tinggi nilainya, lagi bagus sebab ia sangat membantu membuang LDL/kolestrol jahat di dalam darah. Mungkin saya suka sangat dengan buah avocado, ikan salmon, buah-buahan yang kaya serat tinggi, oat dan kekacang.
Untuk bacaan glukos dalam darah ketika puasa ialah 4.4 mmol/L. Manakala bacaan hemoglobin pula ialah 12.5 g/dL. Doktor menyarankan untuk saya meneruskan menjaga pemakanan dan kekal aktif.
Disebabkan tiada salinan, doktor minta saya snap ujian darah saya tu dan cadangkan pada saya untuk buat ujian darah setiap tahun. Ingatkan keputusan ujian darah akan masuk dalam aplikasi mySejahtera, rupanya tidak. Hanya ada keputusan tekanan darah dan ujian glukos dalam darah masa mula-mula buat je yang ada dimuatnaik dalam aplikasi tersebut.
Kalau macam tu, saya teruskan je aktiviti harian seperti biasa. Makan nasi sekali sehari, tidur selepas Isyak dan aktif mengemas rumah (menyapu, mengemop rumah) dan melompat di atas trampolin (kadang tak sempat nak buat, tau-tau dah lewat petang).
Banyak orang tanya, macam mana saya tak gemuk selepas kawin? Saya jawab la, saya jenis tak makan banyak. Cuma, saya ni ada masalah gastrik. Huhuhu.
Doktor ada suruh saya ambil tarikh temu janji untuk pap smear. Saya jawab, nanti-nantilah. Hahaha. Walhal, boleh je ambil tarikh dulu.
Selepas mengucapkan terima kasih kepada doktor, saya pun keluar sambil tengok jam di telefon. Kaki laju terus melangkah menuju ke ruang parkir. Mak aiiii, 2 jam lebih saya di sini๐ . Banyak la keje sedang menunggu.
Kalau banyak duit, boleh je buat di klinik swasta. Cepat dan pantas!
Inilah pengalaman...
Baca Part 1 di sini.
Sharhanah
Gomen Hospital kan.. patient terlalu ramai.. mmg kena banyak bersabar lah .. huhuhuu sejam dua dah kira normal :P
ReplyDeleteSejak saya WFH, saya mencuba perkhidmatan kesihatan daripada kerajaan. Macam cek gigi ke... cek darah macam saya buat sekarang ni. Yang lain, saya ke klinik swasta. Pakai kad perubatan yang majikan bagi.
DeleteAlhamdulillah la at least ada kad perubaan dari majikan.. yg perkara biasa boleh ke klinik swasta.. semoga kita semua diberi kesihatan yg elok sentiasa amin
DeleteAamiin
Deletebagus ujian darah akak..
ReplyDeleteAlhamdulillah... sebab risau juga ada sejarah family yang kena strok.
Delete