▼

WFH: Rutin Harian - Kerja Tak Banyak Bulan Puasa Ni


Sesambil boleh blog walking

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sempena bulan puasa ni, kerja-kerja hakiki saya tak banyak. Sistem tempahan pun berehat. Cuma ada juga beberapa inquiries yang perlu dilayan juga. Saya tahu, beban kerja akan naik mendadak semula selepas Raya Aidilfitri nanti. Maka, bersedialah! 

Rutin harian saya di bulan puasa:

4.30 pagi: Bangun tidur - mandi - solat sunat Tahajjud 2 rakaat
4.45 pagi: Masuk dapur dan sediakan makan minum
5.30 pagi: Kejut semua bangun untuk bersahur
5.50 pagi: Kemas sinki dan masuk pakaian dalam mesin basuh
6.15 pagi: Solat Subuh
6.45 pagi: Menyapu 1 rumah
7.00 pagi: WFH sambil layan Islamic Channel
8.00 pagi: Melipat pakaian - solat sunat Dhuha - baca Al-Quran
9.00 pagi: Sidai pakaian, menyapu di luar rumah, sirap pokok
10.00 pagi: WFH
12.50 tengahari: Tidur - Mandi - solat zohor
2.00 petang: WFH
4.45 petang: Solat Asar - Baca Al-Quran
5.00 petang: Memasak
6.30 petang: WFH
7.00 petang: Persiapan berbuka - berbuka - Kemas sinki - solat Maghrib - Baca Al-Quran
8.40 malam: Solat Isyak - Solat sunat Tarawih - Solat sunat Witir
10.00 malam: Tidur
(Ulang)

Tak sempat nak boring.
Sharhanah

10 ulasan:

  1. lebih kurang daily routine ngn ikin cuma beza ikin xsempat baca alquran lepas asar tu

    BalasPadam
  2. Endingnya.. betul, memang tak sempat boring.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak mengadu boring. Saya cakap kat dia, kena buat something. Isikan masa dengan sesuatu... baru masa tu cepat berlalu 😁

      Padam
  3. Alhamdulillah, jadual penuh...

    BalasPadam
  4. Moga ibadah kita diterima oleh Allah....

    BalasPadam
  5. Elok tersusun ada jadual. Kita punya huru-hara. Sekejap buat ini. Sekejap buat itu 😂.

    BalasPadam
  6. Bagusnya ada jadual yang tersusun

    BalasPadam