Kenali Simbol Label Pada Pakaian Untuk Elak Fabrik Rosak

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya pernah masukkan baju dan tudung ke dalam dryer. Lupa nak asingkan fabrik jenis voile dan kain halus. Bila keluar je, berkedut dan melekat-lekat. Sudahnya, tudung tu saya buat alas dan baju pula saya hantar ke pusat kitar semula.


Simbol Penjagaan Cucian Pakaian dan maksudnya

Kerap kali label simbol yang tertera pada pakaian kita diabaikan. Patutlah pakaian kita tak tahan lama, nampak lusuh dengan cepat. Kalau dicuci ikut cara yang disarankan, pasti pakaian kita tahan lebih lama. Memang jenis tak kisah, akan belasah je la. Rosak kita beli baru.

Saya pernah dapat pakaian preloved untuk kanak-kanak semasa bantuan banjir 2021. Baju semuanya elok dan cantik. Wangi pula tu. Sah, orang yang derma ni jenis sangat menjaga pakaian. Bila masih elok, boleh disedekahkan. Moga si pemberi mendapat pahala yang berpanjangan.

Terdapat dalil yang jelas berkenaan keutamaan menyedekahkan pakaian berdasarkan kepada satu riwayat daripada Abu Umamah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memakai pakaian yang baharu hendaklah dia mengucapkan: “Segala puji bagi ALLAH yang telah memakaikan aku sesuatu yang aku dapat menutup auratku dengannya dan aku memperindahkan diri dengannya di dalam kehidupanku”. Kemudian dia pergi kepada pakaian yang telah ditanggalkannya itu (pakaian lama), lalu dia menyedekahkannya, maka dia berada di bawah lindungan ALLAH, pemeliharaan-NYA, dan ditutup (keaibannya) semasa hidup dan selepas meninggal dunia.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibn Majah dan Ahmad)

Ambil kisah,
Sharhanah

12 comments:

  1. selalu guna dryer dekat dobi je...time tu baru terpk, yg mana boleh, yg mana tak boleh..kikiki...
    dekat rumah kita bantai je semua masuk mesin basuh

    ReplyDelete
  2. huhuhuhu.. kan.. lady pun begitu.. abaikan label..

    ReplyDelete
  3. Selalu nampak label2 ni kat baju. Tapi....kita tak amik port pun. Hu3 ๐Ÿ˜‚.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu, saya buang tanda label ni, macam ganggu tengkuk je. Rupanya, ada info di situ.

      Delete
  4. Terima kasih info..Ni baru tau..adoii..nampak sangat saya ni jenis tak ambil tahu

    ReplyDelete
  5. Memang x pernah la SA amik tau pasal simbol2 ni..main basuh je ...apapun terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  6. Dlm life ni banyak benda kena amik tahu.. selama ni basuk baju hentam jer sumbat semua sekali hahahah

    ReplyDelete