Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Kali terakhir saya ke Taman Tasik Titiwangsa entah tahun bila. Tak berapa ingat. Masa anak baru 2 orang, saya kerap ke sini bila suami ada event. Lepas tu, terus tak datang dah. Punyalah lama. Hilang ingatan terus.
Baru-baru ni, saya datang lagi. Kali ni bawak anak 4 orang. Si bongsu dan abangnya memang tak pernah sampai. Kebetulan si bongsu celik di zaman bapaknya sudah bertukar kerja. Tiada lagi cuti dihujung minggu. Ditambah lagi dia membesar di zaman PKP. Maka, sedikit teruja budak tu.
Saya rasa banyak dah berubah. Nampak lain sangat. Kami brisk walk sepanjang tasik selepas hujan. Sayangnya, nampak banyak sampah sarap dimerata-rata tempat. Sakit mata saya ni hah. View dah cantik, tapi sampah tak boleh blah.
Dengan keluasan 114 ekar, kalau kutip sampah... agak-agak banyak mana yer dapat?
Eh, lari tajuk.
Kami singgah di taman permainan. Ada Taman Air Kanak-Kanak. Menyesal anak bongsu saya tak bawa baju salin. Merengek dia. Yer la, bukan merancang nak datang pun. Terjah je. Si abangnya, boleh lah melayan permainan mencabar ala-ala obstacle course atau jungle gym tu. Kedua-duanya bersebelahan je pun.
Anak-anak dara saya, pilih lokasi untuk ‘outdoor shooting’ sebab pemandangannya tenang dan cantik dengan berlatar belakangkan bangunan pencakar langit. Dalam kolam pula ada bunga teratai dengan 3 warna (putih, biru dan merah jambu). Memang tukar moodlah.
Waktu ni nyaman sangat sebab kena tempias air pancut. |
Closed up gambar bunga teratai. Masya Allah, hebat ciptaan Allah |
Kalau boleh nak pusing semua |
Pemandangan tenang berlatarbelakangkan bangunan pencakar langit. |
Taman yang disukai anak-anak yang lasak |
Lasak? Si bongsu saya ni... Nanti kita panjat pokok plak. Hihihi |
Rambu(t) Rambu(t) Temple of Togetherness 2023... Dari jauh nampak macam rumah nanas, rupanya penyapu lidi. |
Cantik pokok ni. |
Pokok nyiur |
Dekat sini juga boleh berkayak dan berbasikal. Kalau kereta muat, saya dah bawa basikal dari rumah. Terpaksalah menyewa dengan harga RM10 untuk 1 basikal. Nak berkelah pun best ni. Kalau musim hujan memang tak sesuai nak feeling-feeling makan atas tikar di bawah pohon rendang. Mampu duduk bawah pondok je. Hehehe
Kami juga melayan Kanopi Banjaran Titiwangsa dan Laman Kerawang (Taman Maze). Seronok juga. Sampai berpeluh-peluh. Syukur ada air kosong dari rumah. Masih sejuk dalam termos. Saya dah praktikkan bawa air kosong sejuk ke mana-mana saja kalau saya outing. Minum air manis tak puas, nak air kosong jugak.
Selepas basikal sewa dipulangkan pada pukul 6.45 petang, kami pun berangkat untuk pulang ke rumah. Rasa macam nak datang lagi je, tapi waktu pagi lah. Insha-Allah. Tapi, bila fikir keadaan sampah dan jarak 24KM nak sampai ke sini dari rumah, jadi terus malas. Baik ke taman tasik yang berdekatan je.
Psttt... patutnya snap sampah-sarap kan... asyik highlight yang indah-indah je๐
Sharhanah
wah...ad kayak ke? tahun lepas p, xd pulak...nie boleh la repeat lagi...bawak anak2 main ayor..kikiki
ReplyDeleteAda...best ada aktiviti ni.
Deleteteruk betul sikap pengunjung kat situ! X ada kesedaran sivik langsung!
ReplyDeleteSayang betul pemandangan cantik, tapi tercemar pula. Bayangkan dalam tasik dibuangnya bekas plastik air minuman.
DeleteBest jalan2 di taman mcm nie... biasanya pagi2 yg seronok kalau nak jalan ke taman...
ReplyDeleteBetul.. pagi-pagi ada vitamin D. Jangan dah pukul 10 pagi baru nak sampai, memang terbakar kulit.
DeleteSaya pun dah lama tak ke sana...Bila lalu situ time tengahariacam tak kena pulak nak singgah...Kalau pagi weekend ok la kot kan...
ReplyDeleteMacam tak sesuai je tengahari... tapi kalau Taman Botani Perdana, KL tu ok kot... banyak pokok-pokok jenis rendang. Takde la panas sangat.
DeleteSeronok dapat riadah petang-petang.
ReplyDeleteBetul.
Deletesini kalau sabtu ahad pagi ke petang selalu la sesak
ReplyDeleteOh ye ke... saya kalau jenjalan, jarang pilih weekends.
DeleteBaru nak tanya, mana sampah-sampahnya, ok dapat jawapan pada perenggan akhir. Dok ralit tengok semua gambar yang diambil.
ReplyDeleteHehehe
DeleteMemang cantik gambar closed-up bunga teratai tu. Best juga dapat riadah di sini, banyak aktiviti. Paling best aktiviti sampan kayuh tu.
ReplyDeleteNak dapat gambar closed-up tu pun susah juga. Tak boleh berangin dan tangan tak boleh sedikit pun bergoyang, nanti gambar blur.
Deletetempat lawa, sayang sangat bila ada yang suka cemarkan dengan sampah sarap
ReplyDeletePengunjung mentaliti sampah
Delete