Langkah-Langkah Penamatan Sebagai Vendor (Home Chef) Foodpanda

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 

Dua tahun saya menjalankan perniagaan dari rumah dengan berniaga secara kecil-kecilan menggunakan platform Foodpanda (FP). Akhirnya, saya berhenti menggunakannya.

Kenapa?

Pertama, saya dah bekerja.

Kedua, saya (agent) dah tak ambil stok (ada masalah HQ dengan Distibutor, menyebabkan kos meningkat). Sudahlah komisyen untuk FP tinggi (35%). Untung kepada si penjual sangatlah rendah. Kalau tak naikkan harga, langsung takde untung pula. Bila dah naikkan harga, kita pula yang takut tengok harga.

Cara mengatasi? Buat produk sendiri. Tapi, saya tak yakin.

Saya hanya menjual tanpa bantuan platform FP. Untung memang terus kepada saya. Sekarang, saya jual yang frozen je. Lebih mudah dan tak kalut. Boleh fokus kerja hakiki saya, sebab tak perlu nak masak.

Kalau ada jualan, FP akan caj yuran langganan device sebanyak RM12/bulan. Untung dah la tak banyak, kena tolak yuran tu pulak😅. 

Langkah pertama untuk menamatkan adalah seperti berikut;

1) Login ke My Restaurant portal 

2) Help Centre

3) Raise a new Question 

4) Contract, Promotions and Deals

5) Close my restaurant permanently

6) Write something

7) Send

Tak lama selepas itu, saya terima SMS untuk memulangkan semula peralatan FP. Siap saya sertakan kotaknya. Memang cantik dan dalam keadaan masih elok.

SMS yang diterima selepas permohonan penamatan platform FP

Saya pulangkan semula semua dalam keadaan baik.

Rasanya kurang daripada 3 hari, Ninjavan datang ambil. Kebetulan pula, ada parcel saya juga diorang nak hantar ke rumah. Haa.. Senang, terima parcel dan pulangkan barang FP. Sekali harung.

Alhamdulillah, selesai 1 masalah.

Sekarang ni, saya hanya guna platform Shopeefood dan GrabFood. Yang ini pakai telefon persendirian je. Takde yuran yang perlu dibayar. Ada jualan, diorang ambil komisyen je. Komisyen pula rendah sikit daripada si panda tu. 

Saya juga jual buku dan kain sarung dalam Shopee.

FP ambil komisyen tinggi sebab diorang hebat bab pemasaran. Jualan bulanan saya pernah meriah, tapi belum tolak modal. Lepas tolak, tinggal berapa je. Huhuhu. Waktu tu saya jual karipap pusing, patin tempoyak, ketupat palas, lasagna dan aiskrim Malaysia. Semuanya ambil daripada orang kecuali aiskrim Malaysia.

Kalau saya tak keje macam sekarang, rasanya terpaksa saya teruskan berniaga untuk menolong suami. Hidup ini keras. Tapi, kena bijak juga untuk mengelakkan berniaga dengan keadaan yang rugi. Buat penat badan je.

Sharhanah

No comments:

Post a Comment