Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Pemanas air di bilik mandi utama rosak semalam. Terpaksalah mandi dengan air biasa yang agak sejuk. Dua hari sebelum rosak, tengah mandi dengar bunyi pam sekejap berhenti, sekejap okey. Ingat takde apa-apalah.
Sekali rosak terus. Takde bunyi, takde power. Keluar air biasa je.
Saya pun kalutlah cari kad waranti sebab ada 5 tahun tempoh jaminan untuk DC Pump dan Heating Element. Seingat saya, pembelian pada bulan Februari 2021. Baru guna 2 tahun+ je kot. Cari punya cari, memang tak jumpa. Yang ada hanya kad jaminan peralatan elektrik lain. Huhuhu
Alamak, rumah banjir pada Disember 2021. Memang sah la ia sudah rosak atau hilang disebabkan banjir. Suami ke kedai elektrik yang saya beli tu. Resit-resit yang difailkan pun habis kena banjir. Lupa, kedai pun tak kecuali kena musibah banjir. Maka, tak bolehlah nak dapatkan bukti pembelian.
Saya menelefon khidmat pelanggan jenama pemanas air tersebut. Saya memerlukan juruteknik untuk memeriksa jenis kerosakan. Jaminan Am setahun dah tamat, terpaksalah membayar caj RM90 sendiri nanti. Harga barang ganti belum termasuk okey. Saya rasa pam lah kot yang rosak. Perlulah sediakan duit siap-siap.
Bila saya setuju dengan caj pemeriksaan yang akan dikenakan sebanyak RM90, nama, nombor telefon dan alamat perlulah diberi. Dalam masa 3 hari bekerja, juruteknik akan menghubungi untuk aturkan temu janji.
Saya ada suruh staf tersebut semakkan nombor siri pemanas air. Manalah tahu, saya dah daftar secara online selepas membuat pembelian. Sayangnya, tiada rekod. Oh no!!!
Redha.
Borang pendaftaran produk |
Pengajarannya, selepas membeli barangan elektrik yang ada jaminan... silalah daftar produk secara online. Perlu isi maklumat pembeli (nama, alamat, emel dan nombor telefon), maklumat produk (nombor siri, nama model, tarikh pembelian, nama kedai dan nombor kad jaminan). Muat naik invois dan kad jaminan sebagai bukti.
Kalau takde kemudahan secara atas talian (online), silalah simpan kad jaminan tersebut di tempat yang paling selamat dan mudah dicari.
Akan terima emel selepas mendaftar (baru lepas daftar produk mesin basuh walaupun kad jaminan masih dalam plastik. Ini kena simpan lama sebab ada 10 tahun tempoh jaminan) |
Buta-buta je kena bayar barang ganti. Walhal, 2/2026 baru habis tempoh jaminan. Huhuhu.
Saya akan update bila kerja-kerja pemeriksaan dan pembaikan tu nanti.
Mandi air sejuklah dulu sampai hujung bulan. Huhuhu
Tu yg penting kena register tu kan?
ReplyDeleteBetul tu Uncle. Dulu saya tak kisah, sebab tak pernah pula rosak dalam tempoh jaminan. Nampak sangat peralatan elektrik sekarang kurang kualiti. Huhuhu
Deletegoog sharing dear, betul kak ana pun jarang nak mengisi registration bila beli barang letrik ni, kena lebih alert la kan ..
ReplyDeleteSaya sudah serik. 2 kali dah berlaku ๐ฅด. Moga jadi pengajaran buat semua.
Delete