Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Hari ini nak buat posting berkenaan dengan asas adab-adab sebelum makan dan minum. Nampak macam biasa je kan, tapi eloklah diajar ketika anak-anak masih kecil lagi. Biar jadi amalan sehingga dewasa kelak.
Adab-adab makan dan minum:
- Membasuh tangan hingga bersih
- Membaca doa makan
- Duduk dengan tertib dan menghadap makanan dengan tenang
- Berpakaian bersih dan kemas
Sediakan sekali sabun untuk mencuci tangan berhampiran dengan sinki. Mudah juga untuk anak-anak menggunakannya. Sejak pandemik 2020-2022, rasanya ramai dah ambil kisah pasal ini.
Membaca doa makan
Allah sangat suka kita meminta pada-Nya. Dengan membaca doa dapat menambah keberkatan atas apa yang dimakan dan terhindar dari bahaya yang akan terjadi. Selain itu, doa tersebut juga merupakan bentuk rasa syukur atas nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada kita semua.
“Ya Allah, berkatilah kami dalam rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami dan peliharalah kami dari azab api neraka”
Duduk dengan tertib dan menghadap makanan dengan tenang
Duduklah dengan cara yang baik dan sopan di hadapan rezeki walaupun makan sorang-sorang. Kalau lapar sangat, janganlah gelojoh semasa makan. Cuba kunyah makanan secara tenang dan telan perlahan-lahan. Ambillah makanan yang paling hampir dengan kita dulu, baru ambil yang jauh.
Berpakaian bersih dan kemas
Eh, depan makanan pun perlu berpakaian kemas-kemas ke? Perlu la. Ini namanya ADAB. Tanda kita menyukuri nikmat rezeki di depan mata.
Kita digalakkan beradab kerana ia mencerminkan perwatakan sebenar kita. Orang beradab lebih disukai dan disenangi ramai orang. Percayalah, orang yang tinggi ilmunya, kalau tak beradab... sapa-sapa pun tak suka!
Hidangan tengah hari suami isteri... Ada urusan diluar terpaksa beli. Dalam bekas plastik tu nak bawak balik untuk lauk anak-anak. Yang berbungkus tu, nasi untuk kami berkongsi berdua. |
Nanti saya akan senaraikan adab-adab ketika makan dan minum pula ya. Tunggu.
perkongsian yang amat baik, alhamdulillah .. adab kini makin pupus di kalangan dunia maya
ReplyDeleteBetul. Elok baca doa dulu, sebelum makan.
ReplyDeletemakan la dgn tertib. sy x selesa makan bersama dgn org yg gelojoh.. no manners!
ReplyDeleteSelain tu, saya juga selalu tegur anak-anak agar makan tutup mulut masa mengunyah, jangah berbunyi cet cet cet tu
ReplyDeleteIngatkan terus NGAP je...? hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah.. TQ berkongsi..
ReplyDelete