Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Kepada yang belum pernah buat semakan Wang Tak Dituntut (WTD), apa kata semak. Tapi, sebelum buat semakan, kita perlu daftar dulu ya di portal Jabatan Akaun Negara. Klik Pendaftaran
Maklumat yang perlu diberikan ialah;
1. Nama Penuh* (Nama Penuh seperti pada dokumen pengenalan diri)
2. Jenis Pengenalan* (Pilih NOMBOR KP BARU)
3. No. Pengenalan*
4. E-mel* (Sila pastikan alamat e-mel yang digunakan adalah sah bagi tujuan verifikasi)
5. Nama Pengguna*
6. Kata Laluan*
7. Ulang Kata Laluan*
Buka e-mel, dan sahkan pada pautan yang telah diberikan. Pastu, baru masuk ke portal jabatan tersebut.
https://egumis.anm.gov.my/login
Daftar masuk, korang masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan. Tekan 'Log Masuk'
Klik butang berwarna ungu tu (Peringatan: Hanya 2 carian yang dibenarkan dalam sehari). Masukkan nombor kad pengenalan.
Lepas tekan, takde senarai apa-apa tu... maksudnya, tiada wang yang perlu dituntut. Kalau ada, boleh teruskan memohon. Hanya perlu upload salinan MyKad depan & belakang (buat dalam Google Docs, copy dalam format PDF) dan penyata bank (download dalam perbankan online je, format PDF).
Oh ya, pastikan maklumat yang diisi sama seperti di dalam MyKad yer. (Saya silap pergi upload MyKad lama. Alamat dah la berbeza. Dah jadi lambat pula prosesnya. Perlu delete dan apply semula. Kan melambatkan urusan menuntut.)
Ada yang kurang 2 minggu, duit dah masuk ke dalam akaun. Ada yang lambat seperti saya sebab dokumen tersalah.
Selamat buat semakan! Mana tahu... duit yang dapat tu boleh buat travel. Hehehe
UPDATE: WTD telah masuk akaun pada 4/8/2023
No comments:
Post a Comment