Buah Belimbing Buluh


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, pokok belimbing buluh sebelah dapur saya membesar dengan jayanya. 

Asalnya, saya ambil anak pokok dari kampung 10 tahun yang lalu. Balik sini, tanam. Mula-mula tu, nampak macam taknak hidup je. Saya pun malas nak ambil tahu. Biarkan je di celahan rimbunan pokok pisang. Baru perasan, masa saya tebang pokok-pokok pisang untuk bersihkan kawasan. Tumbuh elok dan nampak kuat.

Buah belimbing buluh selepas hujan

Nah! sekarang ni dah besar, berbuah sakan pula.

Buah belimbing ni berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar sebab rasanya terlalu masam. Ada je jiran ambil buat jeruk. Saya tak pernah cuba pula. Selalunya, saya masukkan ke dalam masak lemak, sambal dan kadang-kadang masuk terus dalam kari ikan. So, tak payah letak asam jawa dah.

Buah yang gugur, saya ambil untuk hilangkan hanyir ikan. Saya tak kira pula berbuah berapa kali dalam setahun, yang pastinya... kerap berbuah!

Begitulah.

Sharhanah

2 comments:

  1. Alhamdulillah berkat berbudi kepada tanah. Walau ambil masa 10 tahun, tetap berbuah akhirnya.

    ReplyDelete