Buah Belimbing Buluh
Sharhanah
Wang Tak Dituntut (WTD) - Daftar, Semak & Tuntut Secara Dalam Talian
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Kepada yang belum pernah buat semakan Wang Tak Dituntut (WTD), apa kata semak. Tapi, sebelum buat semakan, kita perlu daftar dulu ya di portal Jabatan Akaun Negara. Klik Pendaftaran
Maklumat yang perlu diberikan ialah;
1. Nama Penuh* (Nama Penuh seperti pada dokumen pengenalan diri)
2. Jenis Pengenalan* (Pilih NOMBOR KP BARU)
3. No. Pengenalan*
4. E-mel* (Sila pastikan alamat e-mel yang digunakan adalah sah bagi tujuan verifikasi)
5. Nama Pengguna*
6. Kata Laluan*
7. Ulang Kata Laluan*
Buka e-mel, dan sahkan pada pautan yang telah diberikan. Pastu, baru masuk ke portal jabatan tersebut.
https://egumis.anm.gov.my/login
Daftar masuk, korang masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan. Tekan 'Log Masuk'
Klik butang berwarna ungu tu (Peringatan: Hanya 2 carian yang dibenarkan dalam sehari). Masukkan nombor kad pengenalan.
Lepas tekan, takde senarai apa-apa tu... maksudnya, tiada wang yang perlu dituntut. Kalau ada, boleh teruskan memohon. Hanya perlu upload salinan MyKad depan & belakang (buat dalam Google Docs, copy dalam format PDF) dan penyata bank (download dalam perbankan online je, format PDF).
Oh ya, pastikan maklumat yang diisi sama seperti di dalam MyKad yer. (Saya silap pergi upload MyKad lama. Alamat dah la berbeza. Dah jadi lambat pula prosesnya. Perlu delete dan apply semula. Kan melambatkan urusan menuntut.)
Ada yang kurang 2 minggu, duit dah masuk ke dalam akaun. Ada yang lambat seperti saya sebab dokumen tersalah.
Selamat buat semakan! Mana tahu... duit yang dapat tu boleh buat travel. Hehehe
UPDATE: WTD telah masuk akaun pada 4/8/2023
Sharhanah
CARA NAK TAHU EMAIL YANG TELAH DIHANTAR SUDAH DIBACA KE BELUM
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Sebenarnya kan, kita boleh tahu samada emel yang kita hantar tu dibaca atau pun tidak oleh si penerima. Hal ni sangat berguna untuk golongan pencari kerja.
1) Search 'mailtrack.io' dekat Google, ataupun click je link ni - mailtrack.io/en/
2) Click 'Install for Free'
4) Lepas dah install, dah boleh connect dengan email anda
So lepas ni dah mudah la nak tengok orang tu palau email kita ke tak π
Pssstt... Masa bujang berstatus penganggur dulu, saya kerap hantar resume thru email. Tak tahu HR baca ke idok. Cinta banyak tak berbalas. Hukhukhuk
Sharhanah
Anggur Hijau Yang Manis dan Ranggup!
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Hari tu, suami ke AEON BIG. Dia belikan buah anggur hijau. Rupanya, alahai... Macam anggur tempatan je. Bila basuh dan masuk mulut.........
Manis "melecaih" dan rangup pula tu. Sudahlah tanpa biji, makan tak boleh nak berhenti laπ€
Anggur ni import dari Australia rupanya. Harganya bawah RM10 untuk 300gm. Alhamdulillah, anak-anak pun suka. Asal diorang ikut pergi AEON, cari buah syurga ni.
Ini baru anggur dunia yang lazat, ntah macam mana anggur di syurga. Tak leh bayangkan.
Sharhanah
Almari Plastik
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Hanya ada 1 ruang stor di bawah tangga. Itu pun dah penuh dengan barang-barang (ada yang berguna dan ada yang sayang nak buangπ)
Semak pula bila barang memancing suami diletakkan di hadapan rumah. Jadi payah betul nak sapu. Situlah tong cat, situ lah ada baki minyak pelincir.
Baru-baru ni dia cari mata kail yang disimpan di dalam bekas tertutup. Saya tak pasti samada saya terbuang atau salah letak atau anak-anak buat main. Tapi, tak nampak pula anak main. Dia cari sampai ke dalam stor. Tak jumpa juga. Berselerak aih.
Saya ni pula jenis tak boleh nampak sepah. Bekerja di rumah kan, nak nampak kemas je semua. Rumah pun kecik aje. Jenuh fikir apa nak buat. Stor dah penuh. Terpaksa cari alternatif.
Disebabkan taman perumahan saya pernah banjir, saya mencari ruang penyimpanan yang tidak mudah rosak, tahan lama dan tahan cuaca.
Tadaaaa..
Almari plastik je. Tapi, plastik jenis tebal dan berkualiti. Harga RM445.70 termasuk kos penghantaran |
Ruang kanan tu sah la ruang letak joran |
Ibadah Umrah Yang Perlu Kita Tahu
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, saya pernah sekali menunaikan ibadah Umrah. Itu pun tidak dirancang. Cukup jer duit simpanan, terus kawan ajak.
Persediaan mental dan fizikal hanya dalam 3 bulan sahaja. Dalam tempoh itulah, saya menghadiri kursus Umrah sebanyak 2 kali, mengambil vaksin Meningococcal Meningitis, memperbaharui pasport dan menyediakan kelengkapan untuk ke bumi Harmain selama 10 hari.
Sebelum berangkat, perlulah kita wajib tahu ibadah Umrah terlebih dahulu. Memohon doa kepada Allah agar urusan kita dipermudahkan di sana.
Pemandangan luar pintu dari dalam rumah di Thaif. |
Wajib sekali seumur hidup
- Islam
- Baligh (cukup umur)
- Berakal
- Merdeka
- Berkemampuan
- Cukup perbelanjaan pergi dan balik
- Cukup keperluan nafkah asas bagi orang yang ditinggalkan
- Ada kenderaan pergi dan balik
- Aman perjalanan pergi dan balik
- Sihat tubuh badan
- Niat
- Tawaf di Kaabah
- Sa'ie
- Tahlul (bergunting/bercukur)
- Tertib
- Niat di Miqat (Makani/Zamani)
- Menjauhi larangan ihram
- Berwangi-wangian
- Mencabut bulu/rambut
- Memotong kuku
- Memakai pakaian berjahit/bercantum bagi lelaki
- Menutup kepala bagi lelaki
- Menutup muka
- Memakai sarung tangan
- Memburu binatang
- Memotong atau merosakkan tumbuhan
- Hubungan seksual
- Berkahwin atau wakil menerima nikah
- Melakukan perbuatan merangsang syahwat
- Mandi sunat ihram
- Solat sunat ihram
- Membaca talbiah
- Solat sunat selepas melakukan tawaf