Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani
Buat yang belum tahu, Kad Touch ‘n Go ialah kad pintar dengan cip MIFARE, urus niaga yang hanya boleh dilakukan apabila kad terhubung dengan card reader. Oleh itu, untuk reload semula kad TNG, melalui e-Wallet memang TAK BOLEH.
Ada caranya. Kad Touch ‘n Go korang tu perlu diaktifkan pada aplikasi TNG eWallet dengan melakukan beberapa langkah. Bila dah aktif, kita boleh SEMAK BAKI dan SEJARAH penggunaan kad itu. Itu sahaja.
Nak tambah nilai, hanya top up di aplikasi TNG eWallet pada telefon pintar korang. Bila korang top up tu, ia BUKAN menambahkan nilai pada kad tu, tetapi hanya pada aplikasinya.
Buat mereka yang menggunakan RFID, penolakan terus pada e-Wallet. Tetapi malangnya, tidak semua lebuhraya di Malaysia ini tersedia dengan lorong RFID.
Manakala yang tidak menggunakannya, terpaksalah menggunakan "orang tengah". Ya, penggunaan PayDirect, dimana kad Touch ‘n Go yang kurang baki boleh digunakan semasa menggunakan lebuh raya yang *terpilih sahaja. Nilai akan ditolak pada akaun e-Wallet korang. Bukan pada kad Touch ‘n Go.
Sebab tu korang kena tahu lebuh raya mana yang menyediakan perkhidmatan PayDirect. Sebab saya ni dah banyak kali terkena๐
. Reload banyak-banyak di apps, sekali palang tak terbuka. Rupanya highway tu takde PayDirect weh. At last, kena top up kad di situ. Tak pasal-pasal menyusahkan pengguna di belakang. Kita pula dah kena keluar duit tunai lagi. Konon nak cashless... Hambikkkk!
Saya selalu ke Temerloh. Hampir setiap bulan. Dua tol pakai PayDirect... Dua lagi tak. Sebab tu saya perlu juga top up kad Touch 'n Go. Huhuhu... Bila la lagi dua highway nak buat PayDirect? Malas saya nak buat kerja dua kali๐
Haa... Jom tengok senarai * lebuh raya yang sudah ada PayDirect;
So, keraplah semak pada pautan ini untuk sebarang kemaskini lebuh raya yang dah boleh guna PayDirect. Sekian.
Sharhanah
No comments:
Post a Comment