Dalam perjalanan menghantar anak pulang ke asrama. |
Kawan-kawan, dalam berniaga ini kalau orang cakap produk kita mahal, itu tandanya dia bukan pelanggan kita.
Kalau orang cakap produk kita nampak murah, iya itu juga bukan pelanggan kita.
Tak usahlah merungut, meroyan dan merentan bagai di media sosial hanya kerana seorang dua pelanggan yang bising begitu begini.
Di Malaysia ada 32 juta penduduk. Kalau 2 orang bising cakap gitu gini, maksudnya kita ada lagi 31,999,998 peluang untuk jual produk kita.
Tenang. Allah takkan beri mudah-mudah. Allah suruh kita belajar tenangkan hati dahulu. Bisnes bukannya benda senang buka meja kemudian jutaan manusia terus beli. Bisnes ialah tentang bantu orang lain. Banyak benda nak kena buat, fikir, rancang, belajar, baiki dan sentiasa rendah diri.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad
Jom tengok kot ada yang mengidam menu di kedai kecil saya: https://dapurapronhijau.grab.shop/
No comments:
Post a Comment